Bab 25

Drama Series 55275

TANISHA menapak ke arah Tadwini yang berbaring lena di atas katil. Bahu ditepuk mengejutkan gadis itu.

"Hmm ,"

Dia melabuhkan pinggul, mulut terasa berat mahu bertanya.

Kelakuan aneh Tanisha diperasan. Tadwini memusingkan badan. Dia memandang ke arah kembarnya.

"Kenapa? Pelik je kau ni ,"

"Aku nak tanya kau pasal lelaki tempoh hari ,"

Riak wajah Tadwini berubah, yakin lelaki tempoh hari itu ialah Irfan. Dia menjongket alis keningnya.

"Just ask me, macam tak biasa pula ," tawanya cuba menutup gundah di hati.

"Nama dia apa? Umur? Kerja apa ?" Laju soalan meluncur keluar dari mulut Tanisha.

"Irfan Helmi..." perlahan nama itu disebut. Bibir tersenyum kecil, hambar.

"Lagi ," desaknya.

"Umur dia aku tak ingat but pretty sure he's below 30 ,"

"Works as a CEO of I.H.L ," sambungnya.

Mata Tanisha terus membulat teruja. Harta ada, rupa ada, adab pun ada. Gentleman pula. Bibir tersengih lebar. Dia beredar ke katil sebelah, badan dihempas kuat.

"Kenapa kau tanya ?"

"Esok Irfan ajak jumpa, aku nak panggil dia apa? Manusia tak bernama? Macam tu ?"

Tawa meletus keluar dari dua ulas bibir Tadwini. Tanisha dengan sikap buruk loyarnya macam belangkas. Dia berdiri di atas katil, lompat ke katil Tanisha.

"Hei !" menjerit kecil dibuatnya. Gila! Ingat badan dia tu kecil sangat ke?

Tadwini tersengih, dia baringkan badan. Telefon di genggaman Tanisha diambil kasar. Mata membulat.

"Kau stalk Irfan ?"

"Lah, apa salahnya macam tak biasa pula ,"

Akaun Instagram Irfan ditekan kemudian kotak yang tertulis mesej.

'Hai, Tadwini ni. Esok nak jumpa mana?' - Tadwini

'Area KLCC je, nanti send location rumah kau. Aku pergi ambil kau.' - Irfan

Oh! Laju balas.

Petang ni Akind update, insyaaAllah. Tq sudi baca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience