Bab 14

Drama Series 55275

TERKOCOH-KOCOH Tadwini mencalitkan bedak di pipi. Jantungnya tidak berhenti-henti bergerak laju dari tadi. Hari ini merupakan pertemuan kedua belah keluarga untuk kali pertama.

Bibir diletakkan gincu merah jambu yang warnanya tidak begitu menyerlah. Mekapnya ringkas namun tetap mempesonakan mata-mata yang memandang.

Hidung yang agak mancung. Bahkan tanpa maskara, bulu mata panjangnya sudah terlentuk elok. Kecantikan seketul Tadwini Melia akhirnya terlihat pada pagi itu.

Almari kasut selebar satu meter itu dibuka. Didalamnya tersusun elok beratus kasut, selipar dan sandal. Kasut bertumit setengah inci menjadi perhatiannya. Tadwini mencapai kasut itu lalu menyarungkannya di kaki.

Dia melangkah keluar dari rumah. Sebuah Audi A6 sudah berada di depan pintu pagar. Tadwini mengunci pintu rumah. Cepat-cepat kereta didekati.

Cermin tingkap diketuk. Wajah Irfan yang masam dipandang dengan sengihan. Tadwini tahu dia bersiap lama. Sedar akan kesilapan diri sendiri.

"Masuklah ."

Laju pintu dibuka, Tadwini Melia masuk ke dalam perut kereta. Perjalanan yang agak lama itu hanya sunyi tanpa sebarang suara.

Takut pula dia mahu bersuara bila melihat muka Irfan yang ketat. Menggerunkan! Sekali sekala ada juga dia melirik ke arah lelaki itu. Irfan tetap sama seperti sebelumnya. Masih tidak berubah kepada riak biasanya.

Perjalanan yang memakan masa hampir setengah jam itu akhirnya berakhir. Mereka keluar masuk ke dalam restoran yang tersergam indah itu. Kelihatan begitu ramai orang sedang menunggu giliran mereka untuk menaiki lif.

Tadwini berbalas tatapan dengan Irfan. Mereka tahu jika menunggu giliran mereka untuk menggunakan lif, alamatnya memang terlambatlah mereka.

Irfan mencapai tangan Tadwini, dia mula berlari ke arah tangga. Tanpa menoleh, larian diteruskan. Pertemuan keluarga mereka berada di tingkat 18 menjadi cabaran buat mereka. Peluh merintik di dahi.

Tadwini melepaskan pegangan tangan Irfan. Kasut bertumit setengah inci itu membuatkan tumitnya terasa pedih bergeser dengan kasut.

"Kau pergi dulu, kaki aku sakit ni ."

Irfan berpusing. Dia duduk bertingguh. Kasut Tadwini dicabut. Luka kecil pada bahagian tumit gadis itu disentuh. Keluhan kecil terbit dari bibir.

Poket seluar diseluk. Bandage dikeluarkan lalu ditampal perlahan-lahan pada luka Tadwini. Mata hazel gadis itu ditatap. Sepertinya tiada pilihan lagi, dia harus mendukung Tadwini. Pinggang gadis itu dirangkul lalu diangkat. Langkah disambung.

Tadwini tersentak. Bibir digigit lembut. Dapat dia dengar degupan jantung Irfan. Laju sekali. Mukanya berubah merah sedikit.

Irfan juga berdebar? Perlahan-lahan leher lelaki itu dirangkul. Tadwini menyembunyikan senyuman. Menghayati saat ketika itu.

Irfan Helmi menurunkan Tadwini bila sudah sampai di tingkat 18. Berat juga wanita itu. Peluh dikesat kasar. Tadwini yang menunduk itu dipandang. Dagu gadis itu dipegang lalu diangkat sedikit.

"Kau pergi tandas dulu, kesat-kesat peluh tu ." dia mengajukan cadangan.

"Ah, tak apa, aku ada bawa tisu. Kau tolong lap boleh tak, aku tak ada cermin. Kan ter lap mekap kan ." Tadwini menolak. Mereka sudah terlewat lima minit. Masa amatlah mencemburui mereka.

Irfan menyambut huluran Tadwini. Tangannya naik mengelap peluh gadis itu. Kekok. Itulah yang dirasanya sekarang. Namun diteruskan jua. Tisu yang sedikit basah itu dimasukkan ke dalam poket tanpa sempat Tadwini mengambil.

"Jomlah, lambat dah ni ."

Langkah Irfan diekori dari belakang. Pintu ditolak. Kelihatan sebuah meja besar dipenuhi keluarga mereka di tengah ruang besar itu. Jari runcing milik Tadwini cuba digenggam, namun pantas wanita itu menolak.

Langkah diatur bersama-sama ke arah meja. Sorakan kedengaran.

"Kenapa lambat ?" suara Tan Sri Hanani membuatkan semua mata kini tertumpu ke arah mereka berdua.

Hanya sengihan membalas kata-kata itu. Irfan menarik sebuah kerusi, membiarkan Tadwini duduk diatas kerusi itu sebelum sebuah kerusi lagi ditarik untuk diri sendiri.

"Amboi! Kak Melia tak kata pun yang Kak Melia dengan Abang Helmi ni sepasang kasih ," suara menyampuk yang datangnya dari adik Tadwini, Sara membuatkan semua di situ tersenyum kecil.

Tadwini menjengil. Jentikan pada tangannya membuatkan dia mengawal kembali riak muka. Irfan dipandang. Nampaknya Irfan adalah anak tunggal. Kesian.. Dia terkekeh ketawa dalam hati.

Mama dan papa Irfan dipandang, hatinya mula kecut. Irfan berkerut dahi pelik dengan wajah pucat Tadwini.

"Demam ?" Soalnya risau.

Semua mata yang mula-mulanya tertumpu pada Tadwini beralih ke pintu yang dikuak dari luar, suapan Irfan terhenti. Tan Sri Hanani bangun berdiri. Ibu anak itu menatap tidak percaya ke arah kelibat yang tercegat berdiri di penjuru meja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience