Bab 44

Drama Series 55275

"Doktor... tolong saya doktor ," rayu Irfan. Dia mencengkam bahu doktor di hadapannya itu diiringi tangisan yang terus merembes keluar. Dadanya sakit, dia teresak-esak kecil. Seketika dia tersungkur ke atas lantai.

Lutut dirapat ke dada, dia duduk memeluk tubuh. Bibir digigit kuat. Matanya masih terbayang-bayang bagaimana Tadwini sempat tersenyum saat dahi itu dikucup lembut.

Tuhan...

Dugaan apakah ini? Irfan terlihat seperti anak kecil yang kehilangan ibunya. Dia terus meraung kecil.

Tan Sri Hanani sudah meluru ke arah anaknya memeluk kuat cuba menyalurkan kekuatan. Rambut anaknya diusap penuh kasih sayang, raungan kecil anaknya membuatkan air mata yang ditahan-tahan akhirnya mengalir keluar.

"Sabar Irfan ," pujuknya walau dirinya juga sudah terikut emosi.

"Tapi Irfan tak kuat ma ," baju mamanya ditarik kuat. Hatinya benar-benar terasa seperti ditusuk sembilu.

"Tadwini pergi tinggal Irfan sekali lagi ma... Dia dah tak nak jumpa Irfan ma! Dia benci kahwin dengan Irfan ," raungnya kuat.

Tan Sri Daniel menunduk. Dia sudah tidak sanggup lagi melihat keadaan anaknya. Baru sahaja terasa sebentar tadi Irfan menjerit teruja kepadanya. `Irfan nak jadi macam papa dah! Nak jadi suami orang dah !'

Sudah lama dia tidak melihat sisi kebudakan anaknya itu. Sangat yakin anaknya begitu mencintai insan yang bernama Tadwini dan sekarang Irfan meratapi pemergian insan tercintanya.

Tabah sayang...
Hanya itu yang terluah di hati.

Tangisan Irfan makin deras merembes keluar. Badannya bergetar kuat. Semua yang terjadi serasa baru sebentar tadi. Lafaz ikatan sah baru sahaja dia lafazkan dan kini orang yang ingin dia kasihi dengan sah sudah pergi meninggalkannya. Meninggalkan dirinya untuk selama-lamanya.

"Sudah Irfan, mari kita balik tenangkan diri dahulu ," panggil Tan Sri Daniel perlahan. Dia berbalas pandangan dengan isterinya. Tuhan, tabahkan hati anakku...

.
. .

Sudah dua hari berlalu, Irfan hanya berkurung di bilik. Meratapi pemergian sang tercinta buat selama-lamanya. Perut yang berkeroncong tidak dihiraukan lagi. Hanya satu yang berada di fikirannya...

Tadwini...

"Bang Irfan !!" ketukan pada pintu langsung tidak diendahkan. Dia seperti mayat yang hidup.

"Kak Tadwini ada tinggal surat untuk abang Irfan dalam laci dia ," laungan dari luar kali ini berjaya mengalihkan perhatiannya. Dia bangun melangkah longlai ke pintu.

Klak... Pintu dibuka. Terjengul wajah Sara, adik bongsu Tadwini di muka pintu. Surat yang terhulur ke arahnya diambil sayu sebelum dia kembali mengunci pintu. Sara hanya mengeluh perlahan.

Irfan merebah diri ke atas tilam. Sepucuk surat di tangannya itu ditatap lemah. Sepertinya Tadwini sudah menjangkakan semua ini.

Jari-jemarinya terketar-ketar mengeluarkan isi surat. Dia membuka lipatan kertas perlahan-lahan. Retina matanya sudah mula menitiskan air mata.

Tadwini, kenapa kau seksa aku begini ?...

Satu demi satu patah perkataan dia baca dengan teliti. Hatinya memberontak kuat ditemani linangan air mata.

Kau pergi terlalu awal, Tad...

Mungkin... kita ditakdirkan untuk bersama di sana. Menyulam kasih kita yang tidak kesampaian di sana. Perjuanganmu di sini sudah cukup. Kau juga sudah lakukan yang terbaik.

Tunggu aku...
Tadwini.


-TAMAT-

Finally it's over~ Thank you for all of your support. Akind betul-betul tak sangka akhirnya dapat tamatkan novel ni. I really appreciate it! Btw kalau korang nak baca surat yang Tad tulis tu meh lah follow ig Akind, nnti Akind post surat tu dekat situ. Thanks! Tata... ig- akindprinces

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience