"Daddy, laptop rosak" Mendengarkan aduan dari Rayyan, Ryzal yang sedang berada di dalam bilik kerja cepat sahaja bangun dari kerusinya dan terus ke ruang tamu.
"Bagi daddy tengok" Ryzal mengambil tempat di hadapan komputer riba itu.
Rayyan dan Ikhwan yang ada di sebelahnya dipandang bergilir-gilir.
"Ayen cari apa ni dekat Google?" Tanya Ryzal.
Hampir sahaja terlepas kemarahannya sebaik sahaja dia menggodek history carian pada browser. Rayyan mendiamkan diri. Dengan nada daddy yang sebegitu, tentunya daddy sedang marah.
"Come on, tell me Rayyan Fairus. Sebelum daddy marah"
Rayyan terkebil-kebil. Habislah, daddy dah panggil guna nama penuhnya. Bukan lagi nama manja.
"Ayen nak tahu macam mana nak dapat baby boy. Ayen nak adik lelaki" Jawab Rayyan perlahan.
"Ya Allah, Ayen!" Ryzal memicit kepalanya, ada sahaja ulah Rayyan ni.
Anak lelaki seorang pun begini perangainya, kalau dua lelaki bergabung, meletup rumah ini nanti dengan telatah mereka.
"Mummy, come here for a second!" Panggil Ryzal.
"Kenapa daddy?" Tanya Myra sebaik sahaja dia ke ruang tamu dari dapur.
Melihatkan Rayyan dan Ikhwan menunduk ke bawah sahaja, tentu ada salah yang mereka lakukan.
"Ayen dengan Wan pergi masuk bilik. Daddy nak cakap dengan mummy..." Arah Ryzal, tanpa menunggu lama mereka terus masuk ke bilik Rayyan.
"My, tengok ni" Ryzal tunjukkan apa yang ditemuinya tadi.
"Eh?"
"Yup, nasib baik family link tu filter siap-siap dan block based on the keywords yang abang set kan" Terang Ryzal dalam keadaan berbisik.
"Apa sebabnya?" Tanya Myra.
"He said, he wanted a baby brother" Ryzal mengurut pelipisnya.
"Betul ke ni?" Soal Myra lagi.
Ryzal angguk.
Cara dapat adik lelaki
Macam mana nak jadikan adik saya lelaki
Lahirkan baby lelaki
Dan ada beberapa carian lagi yang membawa kepada laman web mengarut sehinggalah ianya disekat oleh tapisan yang Ryzal pasangkan pada browser. Membuatkan paparan pada komputer riba itu seolah tiada sambungan internet.
OMG, mummy nak pengsan. Advance nya anak aku ya Allah!
*****
"Why Ayen?" Tanya Ryzal, cuba bercakap dari hati ke hati.
"Ayen mintak maaf daddy" Air matanya sudah bergenang.
"Cuba beritahu daddy kenapa Ayen dengan Wan taip benda yang mengarut dekat Google tu"
Rayyan pandang Ryzal lama.
"Wan tak salah. Ayen yang salah. Ayen yang mintak Wan teman Ayen cari cara untuk dapat adik lelaki" Jawab Rayyan, perlahan sahaja, cukup untuk Ryzal yang berada dalam biliknya sahaja yang dengar.
"Kenapa Ayen tak habis-habis dengan nak adik lelaki ni?" Soal Ryzal.
Tak comel pun perangai macam ni Rayyan Fairus!
"Kat rumah ni dah ramai perempuan. Ayen nak jugak ada adik lelaki. Boleh kawan dengan Ayen"
"Daddy ni bukan lelaki ke?" Tanya Ryzal lembut, cuba memahami satu-satunya anak lelaki yang ada sekarang ini.
"Memanglah daddy lelaki. Tapi daddy dah besar. Daddy tak boleh teman Ayen main sama-sama. Petang-petang Ayen main dengan Wan. Tapi malam-malam mana boleh Wan datang rumah dah"
"Malam kan masa untuk tidur. Mana boleh main lagi dah"
"Haaa betul lah. Tapi Wan tak boleh tidur sini. Wan kena tidur kat rumah dia. Tapi kalau ada adik lelaki, dia boleh teman Ayen tidur sama-sama. Malam-malam boleh main sama-sama. Please daddy! Ayen nak adik boy" Rayu Rayyan.
"Ayen, kita tak boleh nak tetapkan yang lahir tu nanti, lelaki atau perempuan. Kita terima lah dengan seadanya. Yang penting sihat. Sebab jantina kita ni, tak boleh ubah.
Ada hikmahnya kenapa kita dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan. Masing-masing ada kepentingan. Ingat tak Rukun Iman? Percaya pada Qada' dan Qadar?
Ada takdir kita boleh ubah bila kita usaha. Ada yang sampai bila-bila pun tak boleh ubah" Terang Ryzal.
"Kalau doa?" Tanya Rayyan.
"Boleh doa, usaha, tapi Allah nak beri atau tidak, kita terima. Kita serahkan pada Allah"
"Daddy..."
"Yes buddy?"
"Kalau adik baby ni perempuan, nanti daddy usaha suruh mummy mengandung lagi sampai dapat adik lelaki ya. Boleh tak?" Perlahan sahaja Rayyan luahkan permintaan dia.
"Uhuk...uhuk...uhuk"
Biru muka daddy nak dengan permintaan awak ni!
Enjoy reading! :) Love, N
Share this novel
pening jg ada anak genius ni ada ja soal-jawabnya
alamak tersen 2x
Rayyan,waktu2 macam ni Rayyan boleh nyanyi oh no,oh no,oh no,no,no,no,no.