Bab 8. Menang

Romance Series 205490

12 April 2021

"Macam mana keadaan mummy?" Macam biasalah, bila Ryzal video call, anak-anak yang berebut nak bercakap dulu.

Bila daddy cakap berhenti, barulah nak berhenti semuanya dan bagi peluang pada mummy pulak bercakap dengan daddy. Anak-anak sudah disuruh tidur. Myra pun sudah masuk ke biliknya sendiri.

"Mummy tak ingat abang. Mummy asyik panggil Wong je dekat abang masa abang pergi jumpa mummy dekat hospital" Beritahu Ryzal.

"Wong tu bukan nama abang jugak ke?" Myra keliru, ke Wong mana ni?

"Bukan abang yang mummy maksudkan. Arwah papa. Nampak je abang tadi, dia meracau. Cakap yang dia mintak maaf. Cakap yang dia nak balik Malaysia semula. Nak duduk sama-sama, jaga anak sama-sama dengan.

Itu ajelah yang dia ulang-ulang. Masa abang cakap nama abang, mummy cakap tak kenal. Bila abang cakap nama Chun Seong, dia kenal, tapi muka dia, terperanjat habis.

Dia cakap Chun Seong tu kecik lagi. Baby. Ni dah beruban, mengaku Chun Seong berdiri depan dia, mahu tak terkejut" Balas Ryzal.

"Muka abang sama dengan papa kot. Tu yang dia ingat abang ni papa. Adik-adik abang yang lain, mummy ingat tak?" Tanya Myra.

"Ha ah, muka abang memang handsome macam papa pun. Haha.

Tak, mummy memang tak ingat dorang. Langsung tak ingat. Depan mata abang pulak tu abang nampak.

Sedih betul dorang masa dorang cerita tadi sebab mummy memang tak ingat dorang dari sebelum dia sakit lagi. Her memory has deteriorated" Balas Ryzal, sempat lagi dia selit pujian pada diri sendiri awal-awal tu.

"Iyalah abang. Abang memang handsome" Myra iyakan sahaja, dah datang mood Ryzal nak bergurau tu walaupun tengah dalam keadaan genting dengan hal mummy.

"See, My pun mengaku abang handsome. Sebab tu lah kan My selalu intai abang masa My datang hantar Tupperware mak kat rumah mak dulu-dulu. Baik My mengaku!" Gesa Ryzal.

"Ya Allah, tak habis lagi eh pasal ni? Apa yang abang tak puas hati lagi ni?" Tanya Myra sambil tergelak besar.

"Selagi My tak mengaku My suka abang dari dulu-dulu, abang akan tanya My sampai My bosan" Ryzal sambung gelak Myra yang sudah reda.

"Okey lah, abang menang!" Balas Myra.

"Okay, say the word My!" Galak Ryzal mengusik.

Myra buat muka malas layan.

"Pleaseeee....!" Rayu Ryzal.

"Cakap apa?" Tanya Myra.

"Cakap yang My suka abang dari My sekolah tadika lagi" Gesa Ryzal.

"Eh mana ada dari tadika, melampaunya. Dari My sekolah menengah je lah....." Myra tutup mulut yang dah terlepas cakap tu.

Eh terlepas pulak. Kuat gelak Ryzal disebelah sana talian buat Myra rasa geram. Pandai sahaja pancing orang kan sampai orang tercakap. Myra capai SpongeBob disebelah. Dia tutup muka dengan SpongeBob sedang Ryzal masih seronok bergelak ketawa.

"I love you more bila dah tahu ni. Eh kejap abang rekod tak ni? Oh yess I did! Yeay boleh ulang-ulang. Thank you sayang! Tak sabar nak balik Malaysia" Tutur Ryzal.

"Eeeeiiii abang ni! Saja je kan. Malas lah layan" Merah sudah muka Myra dibuli begini.

"Alah nak malu apa. Okey lah tu mengaku. Baru abang tahu yang abang ni tak lah syok sendiri. Mujur laku lagi di mata My dalam keadaan usia dah banyak macam tu" Giat Ryzal lagi.

"Abang kan cakap abang handsome. Mesti lah tak ada masalah nak dapat mana-mana orang yang abang nak. Kalau tak jadi dengan My pun, abang petik jari je ramai beratur" Myra tak nak kalah.

"Itulah masalahnya. Abang nak My je. Dari dulu-dulu, sekarang, sampai bila-bila. Mujur My nak abang jugak, kan?" Sengaja dia ucapkan kata-kata manis, memujuk isteri yang mukanya sudah tak mampu ditunjukkan lagi kepada Ryzal.

"My bagi peluang je dekat abang ni, sebab PJJ kan, abang dah balik nanti siap abang. My tape kan mulut abang yang dah banyak usik My tu" Balas Myra lagi.

Tawa Ryzal pecah lagi. Eeiii pandai dah isteri eh nak ugut-ugut suami dia ni.

"Tak best lah PJJ kan, memang tabik lah dekat orang yang PJJ jauh, bertahun pulak tu. Semoga cepat-cepat mereka dapat rezeki untuk tukar tempat kerja dan dapat duduk sama-sama dengan keluarga mereka. Aamiinn"

"Itulah. Ramadan ni lagi lah terasa. Tak sambut Ramadan sama-sama, Tarawih dan berbuka sama-sama. Abang, selamat berpuasa. Esok malam abang Tarawih sorang-sorang kat bilik lah kan?"

"Macam itu jelah nampak gayanya, sampai balik Malaysia nanti dan habis kuarantin. My jaga diri ya. Abang tengok jumlah kes makin naik semula tu.

Tadi petang kan My, abang telefon mak. Mak cakap My jaga mak tip top. Tak ada yang kurang.

Terima kasih My. Mak cakap, apa je yang mak tersebut nak makan, cepat-cepat My pergi cari barang dan masakkan"

Bila ada 2 ibu yang perlu dijaga tapi bukan ditempat yang sama, rasa syukur tak mampu nak dicerita bila Myra sukarela menggalas tanggungjawab yang itu.

"Abang selalu cakap terima kasih. Padahal, mak tu kan dulu jaga My jugak. Abang kena ingat, mak bukan sayang abang sorang je. Siapa suruh abang pergi study oversea. Kan mak dah jaga My, sayang My" Usik Myra.

"Mujur abang pergi, mak jaga My, abang boleh kahwin dengan My" Selamba dia balas semula.

"Eeeeiii, tak menang punya cakap dengan abang"

"Tak apalah, My dah menang hati abang. All of me, actually"

"Uuuuu, cheesy nya ayat abang. You sweet talker! Tahu je kan the right word to say"

"Abang cheesy dengan My je. First love abang" Ryzal mengelipkan matanya berkali-kali, mengundang tawa Myra.

"First love yang hampir abang lupa" Myra kenakan Ryzal semula.

Dulu anak mak yang ini mukanya sentiasa serius. Tapi dalam diam sebenarnya anak sulung mak ini pandai menghiburkan. Sampai dia dah boleh bergelak ketawa sama-sama. Allah ambil semula satu nikmat, keluarga dia, tapi Allah berikan nikmat-nikmat yang lain sebagai ganti.

Happy reading! :) Love, N

Share this novel

nizz
2021-04-16 16:18:00 

TQ... best


NovelPlus Premium

The best ads free experience