Myra mundar-mandir di dalam bilik tidurnya itu. Sesekali, dia menggigit kuku jari pada tangan kanannya itu. Sejak dari petang tadi, selepas ditegur Rayyan di dalam kereta ketika dia bertikam lidah dengan Ryzal, Ryzal sentiasa mengelak dari berdua-duaan dengan dia.
Ryzal banyak berkurung di dalam bilik kerja. Solat juga di dalam bilik itu. Sempat dia mencuri dengar sewaktu anak-anak bertanya kenapa daddy berkurung di dalam bilik. Jawab Ryzal, dia sedang mengikuti conference secara online. Pada masa yang sama, dia juga perlu memeriksa kertas soalan untuk para pelajarnya nanti.
Makan malam juga tidak disentuh. Awal-awal lagi dia sudah mengasingkan lauk untuk Ryzal, dan memujuk Rayyan supaya memanggil daddy makan. Tapi tetap juga ditolak Ryzal. Aduhhh, silap besar lah kali ni. Tapi tapi tapi, tak boleh ke Ryzal maafkan saja sikap tantrum dia kali ini? Bukan dia sengaja pun. Dia terbuai dengan emosi.
"Mummy..." Terdengar ketukan pada pintu biliknya.
Myra bangun malas menuju ke pintu bilik. Menerusi bukaan kecil pintu bilik, kelihatan Rayyan sedang berdiri lurus di hadapan pintu itu sambil tangannya memegang satu komik.
"Ada apa Ayen?" Tanya Myra.
"Mummy tak nak mintak maaf lagi ke dengan daddy?" Tanya Rayyan separa berbisik.
Myra menolak pintu bilik itu supaya Rayyan menuruti langkahnya yang kini sudah terhenti. Myra melabuhkan duduknya di birai katil.
"Ayen, Ayen rasa mummy teruk sangat ke?" Tanya Myra.
Perbualan mereka lebih santai. Mungkin kerana jarak umur hanya 21 tahun, Myra bernada lebih santai apabila bercakap dengan anak-anak terutama Rayyan yang lebih cool berbanding kakak-kakaknya.
"Semua manusia buat silap mummy. Tapi, orang yang mintak maaf dulu tu kan lebih baik." Petah Rayyan berkata-kata.
"Ayen tak suka bila mummy dengan daddy bergaduh macam ni. Ayen tak happy. Rumah kita pun rasa tak best. Ayen suka bila mummy dengan daddy baik-baik. Hari ni, kita tak solat jemaah sama pun.
Mummy kat bilik ni, daddy dekat bilik belakang, ayen sorang-sorang dekat ruang tamu. Padahal Ayen dah bentang sejadah untuk semua orang. Mummy kan selalu beritahu Ayen bila Ayen gaduh dengan kakak, dengan Nia, yang siapa mintak maaf dulu tu bukannya sebab orang tu mengalah dan dikira kalah.
Tapi bila kita gaduh dengan orang yang kita sayang, kalau kita mintak maaf dulu, tu tanda sayang kita lebih besar dari marah kita pada kesilapan yang orang tu buat. Mummy sayang daddy kan? Mummy mintak lah maaf. Lagi pun, tadi kan mummy yang tinggi suara dulu.
Ayen tak nak mummy daddy gaduh lama-lama. Nanti malaikat yang bawak rahmat dan kebahagiaan pada kita tak nak masuk rumah kita." Panjang lebar Rayyan memujuk Myra.
"Tapi kalau daddy tak nak maafkan, macam mana?" Tanya Myra.
"Daddy kan sayang mummy jugak. Takkan daddy tak nak maafkan. Mummy cubalah dulu." Rayyan sudah menarik tangan Myra supaya dia berdiri.
Lambat-lambat Myra berdiri. Bibirnya sempat diketap lama, memikirkan kemungkinan yang Ryzal tidak mahu menerima kemaafan yang dipinta setelah dia berkasar petang tadi. Ryzal tak suka orang berkasar atau bersuara tinggi. Padah perbuatan isteri yang tidak berfikir panjang dan tenang.
"Cepatlah mummy!" Rayyan menolak belakang badan Myra supaya berjalan menuju ke bilik belakang tempat Ryzal berkampung sejak dari tadi.
Kini kedua mereka sudah berdiri di hadapan pintu bilik kerja. Rayyan membuat isyarat supaya mummy nya mengetuk pintu. Namun Myra yang masih teragak-agak meramas kedua tangannya kuat. Myra menggeleng. Dia takut! Rayyan menepuk dahinya sendiri. Pantas, pintu bilik kerja diketuk kuat sambil memanggil daddy nya.
"Ada apa Ayen? Daddy tengah buat kerja ni." Laung Ryzal dari dalam bilik.
Dia yang sudah membentang toto di bilik belakang itu sedang selesa membaca. Dia berkira-kira mahu tidur di situ sahaja malam ini. Bantal dan selimut juga ada, di keluarkan dari almari khas untuk menyimpan barang di dalam bilik kerja ini.
"Bukak lah pintu ni dy, Ayen nak tanya sesuatu dekat daddy." Jawab Rayyan.
"Ayen pergi tanya mummy lah. Jangan kacau daddy buat kerja." Laungnya semula.
Dia yang sudah berada pada posisi paling selesa sedang cuba menumpukan perhatian pada buku yang dibacanya.
"Please dy, open this door. Ayen nak cakap dengan daddy." Rayu Rayyan lagi, dengan nada suara yang mendayu-dayu.
Ryzal merengus geram. Ada sahaja ulah Rayyan ni. Buku yang sedang dibaca, dia tutup sahaja setelah diletakkan penanda buku. Ryzal bangun dari pembaringannya dan terus melangkah menuju ke pintu yang hanya beberapa langkah sahaja dari toto itu.
Buka sahaja pintu, pandangannya menyapa wajah si isteri yang ternyata sedang tertunduk ke bawah, memandang lantai bagai pesalah yang sedang menunggu hukuman. Seketika kemudian baru lah dia memandang Rayyan, itu pun kerana terdengar suara Rayyan.
"Mummy, Ayen dah tolong buatkan daddy bukak pintu. Now, mummy dengan daddy kena berbaik. Say sorry to each other. Okay? Ayen nak tidur dah." Myra dipeluk seketika, kemudian beralih ke Ryzal pula.
"Sleep well buddy! Jangan lupa doa." Tutur Ryzal.
"Okay daddy. I love you." Seketika kemudian, Rayyan hilang di sebalik pintu biliknya yang kemudiannya ditutup rapat.
Suasana kekok seketika. Sehingga akhirnya Ryzal mengambil keputusan untuk masuk ke bilik kerja semula namun di tahan Myra yang pantas sahaja menyauk lengannya.
"Abang tak nak masuk tidur bilik kita?" Tanya Myra perlahan.
"Nope!" Pendek sahaja jawapan Ryzal.
"Kenapa? Abang marah My lagi?" Tanya Myra.
"Maybe!" Balas Ryzal sepatah.
"I'm sorry." Ucap Myra.
Ryzal mengangkat kening. Suasana kembali sunyi seketika.
"My mintak maaf. My tak patut layan abang macam tadi. Marah-marah. Depan anak-anak pulak tu. Semua tu salah My. My mintak maaf. Kalau abang nak marah pun, abang marah lah.
My lagi suka abang marah dari abang diam macam ni. I'm so sorry. My janji tak buat lagi lepas ni." Air matanya sudah meleleh ke pipi.
Perempuan! Dia yang salah, dia yang marah, dia jugalah yang pandai mengalirkan air mata untuk membuat suami rasa bersalah. Ryzal melepaskan keluhan panjang. Tangan Myra ditolak perlahan dari terus memegang lengannya.
Saja-saja, suka-suka! Nak tengok sejauh mana usaha isteri memujuk dia kali ini.
"Abang, jangan lah. My mintak maaf. My janji tak buat lagi. Abang janganlah diam macam ni. Please!" Rayu Myra.
"Mintak maaf pun tak ikhlas. Siap kena ada Ayen tolong panggil bukak kan pintu. Ingatkan tak ada mulut dah nak bercakap." Bidas Ryzal.
Myra terpinga-pinga. Adehhh, marah benar ni. Macam tipis sangat harapan untuk menerima sebuah kemaafan.
"Abang janganlah cakap macam tu. My mintak maaf. My janji tak buat lagi. Pleaseee..." Rayu Myra.
"Tengoklah." Balas Ryzal.
"Abangggggggg, sampai hati abang buat My macam ni." Myra sudah teresak menangis.
Lemah betul lah bila dah leleh macam ni. Ryzal melangkah masuk ke bilik kerja. Myra mengikut sama.
"Sampai hati abang lari dari My." Omel Myra.
"Lahhhh, nak tutup air cond lah ni. Nak masuk bilik tidur kita. Beria menangis. Dia yang marah suami, dia yang menangis sampai merah muka." Sempat Ryzal memerli Myra yang mata dan hidungnya sudah mula memerah itu.
"Dah abang tak nak maafkan My." Bebel Myra.
"Eh suka hati abang lah nak maafkan ke tak." Ryzal menyambung usikan.
"Abanggggg..."
"Haaaa ya ya, jom masuk tidur. Jangan sambung menangis lagi dah. Abang mengantuk sangat ni. Mujur My datang mintak maaf. Kalau tak mintak maaf, abang tidur dalam bilik ni sebulan." Ugut Ryzal.
"Abanggggggg, janganlah. My tak boleh tidur kalau abang tak ada. My mintak maaf. My janji tak buat lagi." Ryzal dipeluk erat
"Janji tau lain kali jangan buat lagi. Anak-anak ni kalau kita cakap apa-apa, mereka jarang nak ingat. Tapi mereka takkan pernah gagal meniru sikap kita dan apa yang kita tunjukkan. Termasuklah yang tak baik." Pesan Ryzal.
"Ya, My janji. My mintak maaf. Esok My mintak maaf depan anak-anak pulak. Terima kasih abang, sebab maafkan My." Myra sudah kembali melepek manja dengan Ryzal.
Sesuatu yang dia rindu sejak petang tadi. Nasib baik suaminya masih berbaik hati untuk memaafkannya tanpa perlu dia memujuk lama. Janji tak buat lagi, wahai suami!
Enjoy reading! :) Love, N
Share this novel