Bab 24. Kembar Mama

Romance Series 205490

"Mummy, next week kan, sekolah tutup sebab Covid makin teruk kan, boleh tak Ayen ajak Wan datang belajar online kat rumah kita sama-sama?" Tanya Rayyan pada Myra yang sedang memasak itu.

"Kenapa?" Tanya Myra, saja nak menduga Rayyan.

"Yelah, Wan kan duduk dengan nenek dia dengan Tok Salleh tu je. Nenek dia tak pandai nak buka komputer. Tapi dekat rumah kita ni ada mummy yang pandai untuk buat apa yang patut bila muallimah* suruh belajar online.

Lagi pun kan mummy, kalau ada kawan, Ayen semangat sikit nak belajar. Boleh la ya mummy, 5 hari je, lepas tu cuti raya dah" Pinggang mummy yang sudah sedikit sedikit melebar itu dipeluk untuk memujuk mummy.

"Ya boleh. Nanti duduk dekat ruang tamu tu. Nanti mummy cakap dekat daddy suruh cakap dekat nenek dan tok Ikhwan. Okey?" Jawab Myra.

Rayyan sudah membuat aksi seronok 'yes!'

"Cakap apa my dear?" Tanya Ryzal yang kebetulan baru sampai dari membeli keperluan rumah.

Rayyan diam tidak menjawab soalan. Menunggu lampu hijau dari mummy. Melainkan kalau mummy nak cakap sendiri, mummy akan suruh dia cakapkan.

"Haaa daddy tanya tu. Ayen cakap lah apa yang Ayen cakap dekat mummy tadi" Api dapur ditutup.

"Hmmmm daddy, Ayen nak mintak izin daddy, untuk ajak Wan datang rumah kita untuk kelas online ni. Ayen boleh kongsi laptop dengan Wan. Sebab kalau buat kat rumah ni, mummy boleh tolong. Abang Uwais dengan Abang Muhammad pun boleh tolong.

Kalau Wan sorang-sorang, tak ada yang boleh tolong dia.Tapi mummy cakap, daddy kena beritahu Tok Salleh dengan Nek Yah, nenek Wan tu dulu. Boleh ke daddy?" Tanya Rayyan.

"Boleh, nanti daddy beritahu Tok Salleh. Ayen pergi hantar ni dekat nenek. Daddy nak cakap dengan mummy" Ryzal menghulurkan plastik berisi buah-buahan kepada Rayyan.

"Okey daddy" Jawab Rayyan, laju sahaja dia melangkah kerumah Jannah.

"Abang nak cakap apa?" Tanya Myra, tangannya masih lagi bekerja untuk menggaul ayam itu dengan garam dan kunyit.

"Hmmm, Zaidi dah dibebaskan" Beritahu Ryzal.

Myra segera berpaling menghadap Ryzal.

"Serius?" Tanya Myra.

Ryzal angguk.

"Pak Cik Sufian pun?" Tanya Myra lagi.

"Tak, Zaidi je. Abang risau, tapi nasib baik abang banyak kerja dari rumah. Cuma, kalau abang ada kena keluar, My jaga diri baik-baik ya. Bawak anak-anak pergi duduk rumah mak pun tak apa" Pesan Ryzal.

Myra hanya mengangguk.

"Oh ya My, Abang Fikri telefon. Ada yang datang mencari My dekat rumah sewa My yang lama. Tapi sebab dah ada orang lain duduk situ, penyewa tu suruh orang tu tanya Abang Fikri pasal My. Abang Fikri tak beritahu apa-apa lagi, dia call abang dulu" Beritahu Ryzal.

Myra mengangkat kening. Siapa yang cari dia?

"Siapa orang tu?" Tanya Myra.

"Hmmmm, Mariati nama dia My. Does that name ring a bell to you?" Tanya Ryzal.

Terhenti tangan Myra yang sedang menggaul ayam itu. Dia mencuci tangan bersih-bersih dan terus mendekati Ryzal yang sedang duduk di meja makan.

"Kembar mama" Jawab Myra.

"Kembar? Mama ada kembar?" Tanya Ryzal.

Myra mengangguk.

"Kalau tak ada genetik kembar, macam mana kita boleh dapat anak kembar. Memanglah ada in certain cases, orang dapat anak kembar walaupun tak ada genetik kembar. Tapi kalau kita, mungkin sebab mama tu kembar" Terang Myra

"Oh, abang tak tahu mama My ada kembar" Ucap Ryzal.

"Mak Cik Mariati sama-sama masuk rumah anak yatim dengan mama. Tapi Mak Cik Mariati tu ada orang ambik dia jadi anak angkat. Mama tak. Sebab telinga mama sebelah kanan tak sempurna. Mereka tak nak" Cerita Myra.

Ryzal terdiam.

"Sorry My tak cerita dari awal dekat abang. Tapi tulah, tak rasa macam penting pun. My pun pernah jumpa dia sekali je masa tingkatan 2 atau 3. My tak ingat" Terang Myra lagi.

"Tak apa. So, My nak abang Fikri bagi alamat kita pada Mak Cik Mariati tu?" Tanya Ryzal.

"Hmmm, bagi nombor telefon jelah abang. My tak ready nak jumpa dia buat masa sekarang ni" Balas Myra.

"Okey, nanti abang cakap dekat Abang Fikri bagi nombor telefon My dekat Mak Cik My" Putus Ryzal.

Myra hanya mengangguk.

"Terima kasih abang!" Ryzal berpaling apabila mendengarkan ucapan dari isteri.

"Sama-sama. Tapi, terima kasih untuk apa?" Tanya Ryzal.

"For everything. Sorry jugak sebab My tak beritahu abang pasal Mak Cik Mariati tu" Balas Myra.

"Anything for you sweetheart! Tak apa, don't worry too much about it. Okey, abang masakkan nasi ya. My masak lauk je" Tangan Ryzal sudah mencapai periuk nasi, dan dia terus menuju ke tempat simpanan beras.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience