Bab 33 : Dua

Romance Series 205490

"Aduhai tak laratnya mummy sayang, jangan lah ligat sangat kat dalam." Luah Myra menghenyakkan tubuhnya ke katil dengan berhati-hati, kemudian mengusap perutnya perlahan.

Ryzal yang sedang khusyuk membaca, menutup bukunya dan diletakkan sahaja di meja yang ada di sisi katil. Tangannya mengurut perlahan pinggang Myra yang sedang bersandar di katil.

"Dah makin jelas rasa baby gerak?" Tanya Ryzal.

"Dah abang sayang. Dah 20 minggu ni." Balas Myra sambil tersenyum.

Tangannya memegang tangan Ryzal yang sedang mengurut pinggangnya lembut.

"Cuba rasa ni." Tangan Ryzal itu digerakkan ke seluruh perutnya.

"Uish, ligatnya." Ryzal yang semakin teruja meletakkan kedua tangannya di perut Myra itu.

"Abang rasa, lelaki ke perempuan?" Tanya Myra.

"Entah lah My. Abang tak kisah. Asalkan sihat, Alhamdulillah."

"Yalah, daddy dengan mummy tak kisah. Abang Ayen yang kisah dengan jantina adik dia. Ya Allah, penat melayan kerenah dia yang nak sangat adik lelakinya." Komen Myra.

"Sampai dah carikan nama." Sahut Ryzal.

"Itulah, tak menyempat. Abang...,"

"Ya sayang."

"Best kan kalau dapat dua lagi."

"Ya ke? Tak serik dengan pengalaman jaga kembar yang lepas? Penatnya lain macam." Balas Ryzal.

"Tapi bila dah besar seronok. Bayangkan, kali ni dua. Lepas tu, mengandung kali terakhir nanti pun kembar jugak. Eeeiii seronoknya anak ramai."

Ryzal menepuk dahinya sendiri.

"Abang dah tua sayang, mana larat nak tambah anak lagi." Ryzal tergelak kuat.

Tangannya sudah bekerja menyapu losyen Shea Butter di perut Myra yang kelihatan luar biasa besarnya walaupun hanya membawa seorang sahaja bayi.

"Abang suka cakap abang dah tua. Apalah...," Omel Myra.

"Hakikat tu. Kena selalu ingat lah sayang. Kalau ikutkan nafsu, memang takkan rasa tua ni. Nak berseronok je. Babyyyyy, bukan main lagi berpusing kat dalam ni."

"Semua anak-anak suka bila dengar daddy bercakap. Daddy cakap je, mula lah bergerak tak berhenti. Macam tengah sembang dengan daddy." Omel Myra.

"Ini jelah cara daddy nak bonding dengan anak-anak. Mummy tak apa, automatik je semua sayang mummy." Ryzal tersenyum.

"And mummy sayang daddy. Abang, terima kasih tau sebab selalu layan My baik-baik. I'm blessed!"

"Mestilah kena layan baik. Kan abang cakap abang sayang My. Selain dari cakap I love you, abang kena buktikan melalui perbuatan jugak. Next check up bila ni?" Tanya Ryzal tiba-tiba.

"Hmmm minggu depan. Abang, nanti baby dah 22 minggu kita pergi buat detail scan nak tak? Ayen selalu tanya bila boleh nampak jantina adik."

"Boleh, nanti kalau abang lupa, My book kan slot untuk scan tu ya?" Ryzal membetulkan bantalnya dan bantal Myra apabila dia melihat Myra mula menguap.

"Abang, doakan baby kita ni dua eh." Sempat dia mengusik suaminya sebelum mereka melelapkan mata sebaik lampu ditutup.

Ryzal menjulingkan matanya sahaja. Berani Myra mintak dua lagi, kan?

*****

"Macam mana mummy?" Tanya Rayyan lagi pagi-pagi itu.

"2 minggu lagi nanti mummy pergi check. Mummy dah beritahu daddy dah." Jawab Myra.

"Yeayyy, harap adik baby boy. Kan adik. Ikut cakap abang chik tau." Perut Myra sempat Rayyan sentuh dengan lembut.

Myra membalas dengan menggosok kepala Rayyan sehingga serabai rambutnya, namun Rayyan hanya membiarkan sahaja.

"Kakak, mummy dah siap buat waffle. Cepatlah datang letak jem dan makan dekat meja." Panggil Rayyan.

Rania dan Raudhah berlenggang ke dapur, mengambil pinggan mereka masing-masing dan dibawa ke meja makan.

"Ayen nak apa?" Tanya Raudhah.

"Blueberry and strawberry."

"Okey." Balas Raudhah.

"Kakak, Ayen punya dua tau. Satu blueberry, satu strawberry."

"Iyaaa, kakak faham!" Teriak Raudhah pula.

Myra menggeleng. Bila Raudhah bersuara, masya Allah entah sampai ke mana-mana suaranya.

"Nah Ayen punya."

"Terima kasih kakak. Kan best kalau adik pun dapat dua macam waffle ni. Satu lelaki satu perempuan. Ayen tak payah pening nak fikir macam mana nak dapat adik lelaki." Waffle itu disuap ke mulutnya.

"Tak nak lah. Nanti jadi macam Ayen dan Nia. Asyik bergaduh je. Penat mummy nanti. Kan mummy? Kena jerit je nak suruh dua orang ni diam." Komen Raudhah.

"Makan lah dulu, jangan gaduh-gaduh. Mummy nak pergi sidai kain."

"Eh mummy jangan. Daddy cakap jangan bagi mummy angkat berat dan sidai. Ayen makan dulu nanti Ayen sidai kan.

Tapi baju kecik mummy tu, mummy asingkan. Kalau kakak tengok Ayen pegang, nanti kakak cakap Ayen gatal." Dia masih lagi menyuap waffle nya dengan selamba.

Raudhah sudah menjerit dengan muka yang memerah. Rayyan ni, memang nak kena!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience