"Lost in a deep thought?" Tegur Ryzal sambil duduk di sofa berhadapan Myra di ruang tamu.
"Tak lah. Saja je duduk. Tadi baru lepas suruh anak-anak lipat baju dan simpan dalam almari bilik masing-masing. Abang dah habis kelas ke?" Tanya Myra semula.
Hidungnya tercium bau yang kurang menyenangkan. Tapi dia tengok Ryzal rileks sahaja, tak terbau ke? Myra berpusing sekeliling melihat, kalau-kalau ada benda asing yang menjadi punca bau yang tidak menyenangkan hidung itu.
"Dah, kelas ganti je My. Abang terangkan pasal nak buat assignment tu je sebab ada yang tak faham lagi. Selagi tak sampai tarikh akhir, selagi tu lah tak tanya. Dah hujung-hujung ni, esok kena hantar, baru sibuk mesej tanya semuanya" Bebel Ryzal.
"My pun selalu je buat macam tu dulu. Tapi My nasib baik sikit lah, sebab ada abang post-grad handsome yang tengah buat PhD tolong My, ajar My cari bahan untuk siapkan assignments" Myra tergelak melihat Ryzal mengangkat keningnya tanda geram.
Siapa lagi kalau bukan Ryzal yang tolong. Ada ketikanya bila dia terlelap, ryzal yang berjaga malam menaip tugasannya. Seketika kemudian, Myra mencapai tisu diatas meja. Dipekup ke mulut untuk mengelakkan bersinnya tersembur merata-rata. Merenyam gatal hidungnya. Empat kali bersin membuatkan Myra terasa geram.
"Nasib baik sebab abang sayang. Kalau tak, abang buat tak tahu je.
Kenapa My, cari apa?" Soal Ryzal semula apabila melihat Myra tidak diam duduknya, menoleh ke kiri dan kanan ruang tamu rumah itu.
"Ada bau tak best. Menyengat dekat hidung. Tapi tak tahu bau apa" Jawab Myra sambil mengintai dibawah sofa.
Ryzal sudah berkerut keningnya.
"Abang tak bau apa-apa pun" Tutur Ryzal.
"Sebab abang jauh kot. Cuba abang datang sini. Takut budak-budak bawak kucing jiran masuk rumah. Entah ada terkencing bawah kerusi ke, termuntah ke, tak tahu lah. Nia kan suka picit kucing tu" Balas Myra.
Ryzal bangun dari kerusinya, mendekati Myra yang masih lagi tercari-cari punca bau itu. Myra pula, apabila Ryzal mendekat, bau itu menjadi lebih tajam. Myra segera bangun dan menjauhi Ryzal. Lega hidungnya.
"Tak ada apa pun My?" Tanya Ryzal.
"My rasa, bau tu dari abang" Jawab Myra teragak-agak.
Ryzal tercengang. Dah mandi kot, bau apa nya?
"Tapi abang dah mandi" Ucap Ryzal.
"Abang pakai sabun yang mana ni?"
"Sabun yang ada dalam bilik air kita tulah"
"Tapi busuk je ni? Abang pakai perfume ke?" Tanya Myra.
Ryzal angguk. Selepas solat Isyak tadi, dia masuk ke bilik dahulu untuk menyimpan kopiahnya, lalu sahaja melintasi meja yang menempatkan alat keperluan penjagaan diri mereka, dia berhenti dan terus mencapai minyak wangi yang sudah lama tidak diguna.
"Dior Sauvage tu" Jawab Ryzal.
"Dah lama tak guna kan? Dah basi kot perfume tu. Busuk je ni" Omel Myra.
Ryzal buat muka.
"Mana ada perfume boleh basi sayang. Lagi pun, kan baru je beli awal tahun hari tu" Balas Ryzal.
"Dah tu busuk je ni? Nampak gayanya abang kena mandi lagi sekali" Myra garu kepalanya.
Rasa bersalah melayan suaminya begitu. Tapi busuk. Nak buat macam mana?
"Dah tu nak pakai perfume mana lepas dah mandi ni?"
"Tak payah pakai. Nak tidur je pun. Pakai yang biru tu. Atau, abang boleh guna yang My punya" Jawab Myra pantas.
Ryzal menggeleng kepala lagi.
"Dah tu, kena mandi lah ni?" Tanya Ryzal.
Myra angguk perlahan.
*****
"Kenapa bau daddy macam bau mummy?" Tanya Rayyan sambil mencium bau Ryzal.
Selepas mandi sebelum solat Subuh tadi, Ryzal pegang sahaja botol minyak wanginya, Myra sudah berlari ke bilik air, memuntahkan semua isi perutnya. Jangan cakap pegang, Ryzal cakap nak pakai minyak wangi pun dia muntah-muntah lagi.
Jadi terpaksalah Ryzal membatalkan hasratnya. Tetapi selaku lelaki yang sudah terbiasa kemas dan wangi, dia buntu pula hendak menggantikan minyak wanginya dengan apa. Sehinggalah Myra hulurkan botol body mist dari Bath Body Works, dengan bauan Rose.
Dengan rela dalam keadaan terpaksa, di sembur sahaja sekali lalu ke badannya. Myra tunjukkan tanda bagus. Siap berkepit dengan dia lagi selepas itu.
"Sebab mummy tak bagi daddy pakai perfume daddy" Jawab Ryzal.
"Hah, kenapa?" Tanya Rayyan.
"Perfume daddy dah basi" Balas Myra, sambil mengusik Rayyan.
"Perfume boleh basi?" Tanya Rayyan, kehairanan.
Ryzal angkat kening. Geram dengan Myra yang suka cakap bukan-bukan apabila mengusik Rayyan.
"Tak lah. Hidung mummy dengan adik baby tak suka. Tunggu lepas baby lahir lah agaknya baru daddy boleh pakai balik perfume daddy" Terang Ryzal.
"Susah jugak nak dapat adik baby ni rupanya. Kesian daddy kena pakai perfume orang perempuan. Mesti sebab adik perempuan ni" Balas Rayyan pula.
Hah, yeke? Habislah kalau perempuan lagi, semua bergantung bermanja dengan daddy lah nampaknya!
Enjoy reading! :) Mujur My tak bersalin lagi lagi walaupun lama tak update XD Love, N
Share this novel