"Ayen dekat mana mak?" Tanya Ryzal, sebaik sahaja dia tiba di rumah Jannah lewat petang itu.
Setelah Myra berada dalam keadaan yang selesa di rumah mereka, Raudhah dan Rania juga kembali ke rumah mereka dan mula mengerumuni Myra dan adik baru. Cuma Rayyan yang tidak kelihatan batang hidungnya.
"Ada dalam bilik Raysha. Dia baru lepas mandi, tadi katanya nak solat sorang-sorang dalam bilik. Abah ajak solat sama pun dia geleng je. Kebetulan Raysha tak ada, itu yang dia berkurung dalam tu. Pergilah tengok dia." Jawab Jannah.
Ryzal segera berdiri dan melangkah ke arah bilik yang dimaksudkan oleh Jannah. Pintu diketuk beberapa kali sambil dipanggil nama Rayyan perlahan. Tidak lama kemudian, pintu terbuka. Rayyan menunjukkan diri dari sebalik pintu.
Menampakkan matanya yang bengkak dan hidung yang memerah. Perit jiwa seorang ayah menyaksikan keadaan anak lelakinya ini. Tetapi apalah yang boleh manusia lakukan bila apa yang ditakdirkan berbeza dari apa yang kita mahukan.
"Assalamualaikum Ayen."
"Waalaikumussalam daddy."
Ryzal melangkah masuk ke bilik itu. Pintu ditutup rapat supaya mereka berdua boleh meluangkan masa bersama sebelum Rayyan akhirnya bersedia untuk balik ke rumah dan berjumpa mummy dan adik baby.
"Ayen ada nak cakap apa-apa dekat daddy?" Tanya Ryzal.
Rayyan menggelengkan sahaja kepalanya.
"Tak nak balik jumpa mummy? Mummy rindu Ayen sangat-sangat tu." Beritahu Ryzal.
Rayyan menggeleng lagi.
"Ayen sedih ke?" Tanya Ryzal lagi.
Rayyan mengangguk perlahan, teragak-agak sebelum laju dia menerpa masuk ke pelukan Ryzal.
"Ayen cari nama baby boy. Kenapa tak dapat baby boy? Kenapa dapat adik perempuan? Ayen sedih." Luah Rayyan dengan suara yang tersekat-sekat.
Ryzal mengemaskan pelukannya. Belakang Rayyan juga diusap perlahan, berusaha menenangkan Rayyan yang sedang meluahkan kesedihannya yang bertamu dari semalam, sejak dia mengetahui adiknya berjantina perempuan.
"Ayen marah mummy dengan daddy ke?" Duga Ryzal.
Rayyan pantas menggeleng.
"Ayen kena ingat, yang semua setiap apa pun berlaku dengan izin Allah. Dapat adik lelaki, dengan izin Allah. Dapat adik perempuan pun dengan izin Allah. Kita tak boleh nak bangkang, bantah lagi dah, sebab hakikatnya semua berlaku dengan izin Allah SWT.
Ayen ingatkan yang daddy pernah cakap, kalau daddy tak ada, Ayen sebagai satu-satunya anak lelaki daddy kena jaga mummy, kena jaga kakak-kakak. Kali ni tambah adik lagi satu. Tak lain tak bukan, sebab Allah tahu Ayen mampu jaga mereka sorang-sorang.
Ayen istimewa dan kuat, and you have to know this. Sebab Ayen yang akan jadi satu-satunya pembantu daddy untuk jaga keluarga kita. Ayen faham?"
Rayyan mengangguk.
"Jom kita balik jumpa mummy. Mummy has been missing you so much."
Rayyan mengangguk lagi. Sebelum merungkaikan pelukannya terhadap Rayyan, Ryzal mencium dahi Rayyan.
"Dah berapa hari kita tak berjemaah kan? Jom balik, sempat lagi kita berjemaah lepas jumpa mummy."
*****
"Mummy, Ayen mintak maaf. Ayen tak sepatutnya sedih sangat. Padahal mummy dengan baby dah selamat dua-dua. I'm sorry mummy." Myra dipeluk perlahan, takut dia kalau-kalau menyakiti mummynya pula.
"Tak apa. Ayen tak salah apa-apa. Mummy faham. Tak apa, mana tahu lepas ni kita dapat adik lelaki pulak." Balas Myra.
"My!" Tegur Ryzal.
Pandai-pandai berjanji yang bukan-bukan pada Ayen. Kalau dituntutnya nanti, daddy yang biru muka.
"Oppsss, sorry! Hai Abang Ayen, saya adik perempuan Abang Ayen. Mummy dengan daddy cakap, abang boleh bagi nama pada adik. Abang bagi nama yang baik-baik dekat adik ya." Bayi itu diletakkan diribaan Rayyan yang kelihatan begitu kekok.
Lambat-lambat, Rayyan menundukkan kepalanya dan memberi satu ciuman di pipi adiknya. Bayi comel itu menggeliat kecil, mulutnya bergerak menghasilkan satu senyuman yang manis buat abangnya dalam keadaan matanya masih tertutup itu.
Rayyan terlihat kagum.
"Assalamualaikum adik." Satu ciuman lagi singgah di pipi adiknya.
"Okey, nanti Abang Ayen cari nama untuk adik perempuan. Hari tu, abang cari nama adik lelaki je. Thank you, for being my adik." Sambung Rayyan separuh berbisik.
Myra tersenyum, namun tidak sempat ditahan air matanya sudah menuruni pipi. Bila senyuman dan air mata bertemu, maka ketahuilah bahawa itu adalah perasaan yang paling indah untuk dirasai.
Enjoy reading! :) Love, N
Share this novel
kesian Rayyan hajat x kesampaian