Bab 3 : Mummy

Romance Series 205490

Ryzal yang sedang membetulkan tali lehernya dihadapan cermin tersenyum melihat Myra dibelakangnya, juga sedang tersenyum. Segera dia berpusing menghadap isteri.

"Yes darling? Senyum je ni?" Tanya Ryzal.

"Suka tengok abang. Handsome. Sentiasa handsome" Jawab Myra.

Ryzal yang memakai kemeja hitam yang di padankan dengan tali leher berwarna silver itu melipat lengan bajunya hingga hampir kesiku. Lelaki ini berkulit cerah, pakailah baju apa pun, warna apa pun, kelihatan makin ketara kacaknya.

Pipi suami yang membentukkan lesung pipit dalam bila senyum tu dipegang dengan kedua belah tangan. Geram!

"Terima kasih puji abang handsome walaupun abang dah tua! Tapi abang kena pergi office kejap tau. Kalau tak kena pergi office, boleh je sambung honeymoon dengan sayang"

Myra tergelak. Apalahhhh!

"Ish abang ni, My jujur lah puji, bukan sebab ada apa-apa niat lain pun"

"Abang handsome pun sebab ada isteri yang jaga makan pakai abang baik-baik. Kalau tak, mesti baju tak iron, jambang penuh tak sempat nak shave.

Terima kasih My, korbankan kerja My untuk jaga abang, jaga anak-anak, paling abang nak berterima kasih, sebab My jaga mak dengan abah"

Selepas tamat belajar, sempat Myra bekerja sebagai editor dan penterjemah di sebuah syarikat penerbitan buku. Tapi bila kesihatan Jannah makin merosot, dia buat keputusan untuk berhenti kerja dengan sukarela.

Bila mereka bertiga adik beradik berbincang bersemuka dengan dia, dia terus terang yang keputusan ni diambil tanpa paksaan sesiapa. Hana dan Rafiq sempat rasa bersalah. Bagi Myra, besar budi dan jasa mak pada dia. Ini sahajalah caranya untuk dia balas jasa mak.

"Itu kan mak kita. Abang jangan lah cakap terima kasih banyak-banyak dekat My. My rasa tak best.

Hmmm abang, pasal ziarah mummy abang tu, abang dah buat keputusan?" Tanya Myra.

2 minggu lepas, sepupu Ryzal, Amanda memberi khabar bahawa mummy Ryzal jatuh sakit. Terlantar sepenuhnya kini. Amanda bagi pihak adik-adik Ryzal yang lain meminta Ryzal datang memandangkan mummy nya tak henti-henti bertanya tentang Ryzal.

"Entahlah sayang, kalau pergi, abang kena kuarantin dekat sana dulu 2 minggu baru boleh jenguk mummy. Dah jenguk, bila balik Malaysia, kena kuarantin lagi 2 minggu. Campur dengan hari abang pergi tengok dia, that's over a month of not meeting you and the kids"

Terang Ryzal. Lama. Dia tak pernah berpisah selama itu dengan isteri dan anak-anak. Waktu dia keluar dari rumah dulu pun, setiap malam dia balik jenguk Myra yang sedang mengandungkan Raudhah ketika itu.

"Tak apa, kalau kita, kan boleh video call. Mummy tu, last year kita tak dapat pergi jenguk langsung. This year, kalau abang je boleh pergi pun, tak apa dah" Pujuk Myra.

Ryzal tarik nafas panjang.

"I'll think about it. Abang takut nanti pergi sana, kuarantin lama-lama, abang rindu pulak dengan bantal peluk abang ni" Usik Ryzal.

Cuba untuk tidak menjadikan isu perbincangan mereka tadi begitu serius. Kerisauan Myra berasas. Takut kalau Ryzal tak sempat bertemu dengan mummy nya buat kali terakhir memandangkan keadaan mummy semakin hari semakin teruk.

Kopi O kosong dengan nasi goreng menjadi menu sarapan pagi itu.

"Mana anak-anak?" Keadaan rumah yang sunyi sepi menghairankan Ryzal.

"Pagi-pagi lagi lepas mandi dah pergi rumah mak. Raysha, Muhammad dengan Uwais ajak main catur ke Scrabble entah tu"

Anak-anak itu memang mainnya dengan sepupu je. Cuti sekolah ni lagilah. Kadang memang tidur rumah mak. Sebab jiran-jiran yang lain, anak-anak mereka masih kecil-kecil lagi semuanya.

"Patutlah senyap je. Rugi betul kena pergi office hari ni, kan? Kalau tak, boleh lepak dalam bilik je kan sayang" Ryzal angkat kening tanda mengusik bila Myra pandang dia.

Kejap, siapa yang bukak IUD ni? Kenapa perangai suami yang makin menjadi-jadi?

"Tak apa, ada banyak hari lagi ni anak-anak cuti. Esok-esok abang tak masuk office, My kurung abang dalam bilik tak nak bagi keluar langsung"

Tersedak terus suami dengan kata-kata isteri. Hah, tahu takut. Ingat dia je boleh usik?

Air cepat-cepat dihulur pada suami.

"Hmmmm, kalau abang tahu My jadi sweet macam ni, awal-awal lagi abang suruh My bukak IUD tu" Balas Ryzal selepas meneguk air menghilangkan perit tersedak tadi.

"Ha ah, lepas tu tak jalan lah kelas online abang tu. Kalut dengan anak-anak kecik yang bersusun macam tangga" Myra tergelak. Ryza pun sama.

Bayangkan, pensyarah yang ponteng kelas, alasan, tak cukup tangan jaga anak-anak kecik. Mahu jadi buruan para pelajar untuk protes ni. Haih, makin tua, makin nak manis-manis je mereka berdua ni.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

RazIda Sue
2021-04-04 17:08:09 

org klu makin tua semangkin sweet tau... x kira perempuan atau lelaki yg penting saling berkasih sayang

RazIda Sue
2021-04-04 17:08:09 

org klu makin tua semangkin sweet tau... x kira perempuan atau lelaki yg penting saling berkasih sayang

hamidah abdullah
2021-04-03 15:18:40 

ada sambungan tak author best ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience