Bab 37 : Baby R?

Romance Series 205511

"Dah lahir ke daddy?" Tanya Rayyan melalui panggilan video bersama Ryzal.

"Belum. Tapi mummy dah masuk wad dulu. Daddy kena tunggu result swab test. Kalau negatif baru boleh teman mummy. Doakan mummy tau setiap kali solat." Balas Ryzal.

"Memang lah setiap masa solat Ayen doakan. Ayen doakan jugak biar dapat adik lelaki. Ayen dah ada nama tau daddy."

Ryzal tersengih, seperti deja vu pun ada. Teringat sewaktu Myra mula-mula bersalin dahulu, itu juga ayat yang diberitahu. Bahawa dia sudah mencarikan nama bagi anak sulung mereka berdua itu.

"Doakan, tapi kalau tak dapat adik lelaki, Ayen kena belajar reda. Okey? Kakak buat apa?" Tanya Ryzal.

"Kakak dengan Nia ada je. Tadi dua-dua tolong nenek sidai baju. Lepas tu, mereka dah masuk lepak dalam bilik Kak Raysha. Daddy, nanti telefon lah banyak-banyak kali. Ayen nak tahu mummy okey ke tak." Pesan Rayyan.

"Okey. Haaa tu doktor dah panggil daddy masuk teman mummy. Nanti daddy call lagi."

"Okey daddy. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Telefon bimbit kegunaan mereka bertiga itu direnung lama sebelum diletakkan semula diatas meja di ruang tamu rumah Jannah itu.

"Ya Allah, Ayen nak adik lelaki. Tapi kalau tak dapat, Ayen reda. Yang penting mummy dengan baby dua-dua selamat. Aamiinn."

*****

Ryzal melangkah dengan tenang merapati katil yang menempatkan isterinya itu. Dia disambut dengan senyuman dari Myra, walaupun hakikatnya dia sedang menahan rasa sakitnya sendiri.

"Abang call anak-anak ke tadi? Mereka okey tak?" Tanya Myra yang sedang menahan kontraksi.

Kenapa semasa mereka merancang untuk mendapatkan anak lagi, sakit kontraksi ini tidak pernah ada dalam senarai yang perlu dia beri lebih perhatian untuk membuat persediaan ya?

"Okey je, mana pernah tak okey kalau duduk dengan mak. Jangan risau sangat. My macam mana?" Soal Ryzal sambil tangannya sudah mula mengurut pinggang Myra yang sedang mengambil nafas dengan teknik yang betul untuk mengurangkan kesakitan.

"Doktor cakap previous scar My Waktu bersalinkan Ayen okey. Jadi kalau bukaan rahim okey dan tak lambat sangat, heartbeat baby pun okey, My boleh cuba bersalin secara normal. Tapi honestly, bila dah sakit macam ni, buat lah apa sahaja asalkan baby lahir dengan selamat, My tak tahan sakit lama-lama." Myra tergelak.

"Ya, asalkan My dengan baby dua-dua selamat. You need anything right now?"

Myra hanya menggeleng, sempat dia menguap juga. Laju sahaja tangannya menutup mulut.

"Sakit pun masih menguap?" Usik Ryzal.

"Yalah, dah beberapa minggu My tak dapat tidur lena sebab tak selesa nak gerak-gerakkan badan." Omel Myra.

"Tak apa, nanti lepas bersalin My tidur. Rehat puas-puas. Abang tengokkan baby."

"Yeayyy!"

*****

"Kenapa Ayen?" Tanya Raudhah yang mula geram apabila Rayyan mundar-mandir di hadapannya, sekaligus mengganggu fokus Raudhah yang sedang menonton televisyen.

"Ayen risau. Lama sangat dah mummy dengan daddy pergi hospital. Takkan lah baby R tak lahir lagi?" Balas Rayyan.

"Baby R?" Tanya Raudhah.

"Ya lah, Ayen dah cari nama untuk baby. Tinggal baby balik je. Baru Ayen buat pengumuman." Rayyan duduk di sofa semula.

"Mesej je daddy dulu. Mungkin mummy tengah rehat sebab tu daddy tak boleh call kita. Nanti kalau bising mummy dengan baby tak dapat rehat."

"Good idea kakak. Thank you! Ayen nak ambik phone dengan Nia lah." Maklum Rayyan.

Raudhah hanya menggeleng. Macam ini barulah tenang untuk menonton televisyen. Sebagai anak sulung, dia tidak begitu teruja menyambut kelahiran adik baru. Sebab dia tahu, adanya adik baru bermaksud tanggungjawab dia sebagai kakak sulung semakin bertambah.

Jeng jeng jeng, Apa agaknya jantina baby R eh? Esok okey ;) Enjoy reading! Love, N

Share this novel

Rohana
2022-01-11 14:08:07 

lama tggu... tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience