Bab 26. Enggan

Romance Series 205490

"Macam mana umi?" Tanya Afrina.

"Dia tak nak lepaskan. Dia cakap yang itu hak mama dia. Satu-satunya kenangan yang ada. Kurang ajar betul"

Rokok yang sudah tinggal pangkalnya sahaja dicampak ke tanah dan dipijak dengan selipar.

"Aku dah cakap dah, dia tu susah nak dibodohkan. Tambah-tambah lagi sejak dia kahwin dengan anak Cina tu. Cerdik lain macam" Tutur Zaidi.

Afrina termangu. Rancangan mereka seolah menemui jalan buntu sekarang ini. Sudah lah tertunda berbelas tahun lamanya.

"Ayah aku dah cakap kan, waktu mama dia meninggal tu patutnya kau pergi terus ambik dia, buat-buat nak jaga. Tapi kepala batu macam kau ni degil. Dah terlepas lah bila orang lain yang jaga dia" Marah Zaidi lagi.

Mariati juga diam.

"Kalau aku yang ambik, aku lah yang kena jaga. Kena bagi makan" Balas Mariati.

"Kau ni, payah betul nak ikut arahan. Keluar duit sikit untuk dapat lagi banyak pun kau tak nak. Tengoklah sekarang apa jadi. Tanah tak dapat, duit dia pun melepas, aku dengan ayah kena tangkap. Tu pun ayah tak boleh nak keluar lagi tu" Bebel Zaidi.

"Dah kau yang bodoh sangat. Patut lepas langgar lari jangan muncul kat situ dah. Tapi kau dengan ayah kau dua kali lima bodohnya. Lari tinggal kereta yang kau guna buat langgar Marina, tapi lepas tu dua-dua muncul kat situ. Bodoh tak boleh nak ajar" Marah Mariati.

"Dah kalau kau cerdik sangat, kau settlekan semua ni. Malas dah aku nak kisah. Na, aku lapar. Kau masak apa hari ni?" Tanya Zaidi.

Afrina sudah berjalan beriringan dengan kekasih hatinya untuk kedapur.

"Masak apa yang ada je. Mak tak beli lagi barang basah untuk dapur tu. Na ambilkan nasi untuk abang ya" Lunas merdu sahaja suara Afrina.

Mariati merengus. Buta agaknya Afrina ni. Zaidi yang macam tu pun laku dimata dia. Tapi nak buat macam mana, seorang tu banduan, seorang tu muka berparut melecur terperangkap dalam kedai terbakar. Tapi dua-dua makan ditanggung Mariati sepenuhnya. Lantak korang lah.

*****

"Are you okay?" Tepukan pada bahu mengejutkan Myra.

"Ya Allah, terkejut My! Sorry, abang tanya apa?" Tanya Myra semula, nampak sangat dia kalut berangan tadi sehinggakan pertanyaan suami langsung tidak didengarinya.

"Tak lah, My susah hati ya? Pasal tanah tu?" Tanya Ryzal.

Myra hanya mengangguk.

"Sikit. Sebab tak tahu outcomenya macam mana. Tapi abang jangan risau, I'm okay. Sorry, My macam lost sikit kebelakangan ni"

"Abang okey je. My tulah, kena jaga diri extra. Remember, you're not alone. Makan kena jaga, tak boleh selalu termenung, tak boleh overthinking" Tangan Ryzal sudah mula memicit bahu Myra lembut.

Cuba mengurangkan ketegangan yang dirasai isteri. Ikutkan hati, mahu sahaja dia suruh Myra lepaskan hak dia. Tapi dia faham perasaan Myra. Serba salah. Sama seperti dia sewaktu mummy nya mahukan semua tinggalan arwah papa.

"Selesa betul kena picit macam ni. Abang baik macam ni, mengandung setiap tahun pun My sanggup" Komen Myra.

"Serius? Okay, baby every year it is then! Jangan nak tarik balik apa yang My cakap tu ya" Usik Ryzal.

Myra tergelak. Pantang orang cakap, sanggup sahaja.

"Tak, My tak tarik balik. Asalkan abang picit macam ni selalu lepas tu tak kisah bangun malam bergilir dengan My jaga baby" Dia capai tangan suami dan dicium berulang kali.

"Aduh bab berjaga malam tu abang macam nak surrender kibarkan bendera putih My. Tapi tak apa, abang dengan Ayen dan kakak-kakak baby ada boleh tolong jaga" Usik Ryzal.

Myra tergelak. Kalau didengari orang, pasti akan ada yang komen entah apa-apa topik perbualan mereka. Tapi suami isteri ni, kalau nampak pasangan kita sedang menanggung sesuatu yang menyerabutkan dalam kepala, janganlah ajak mereka bercakap hal-hal yang berat.

Cukup sesuatu yang santai supaya senyuman boleh kembali terukir di bibir mereka.

"Abang, terima kasih tau sebab selalu jaga My. Lepas tu tak halang apa yang My nak buat. Ada masa abang yang guide My" Ucap Myra.

"Kita bukan orang asing lah sayang. Ada apa-apa cakap. Abang serik dah simpan perkara penting sendiri. Cukuplah dulu tu, abang tak nak ulang lagi dah"

"Sorry. My ingatkan abang lagi pasal tu"

"Nahhh, it's okay. Kita ambil pengajaran je ya sayang. Bagus jugak My ingatkan. Abang dah tua. Kena ada orang selalu ingatkan" Balas Ryzal.

"Tak apa, tua ke, lupa ke, asal abang tak lupa nak sayang dan cinta My"

Ouchh, Myra bagi pick up line ke ni XD?

Enjoy reading! :) Sorry tau, komen tak dapat lagi nak balas satu-satu sebab bila tekan komen je loading lahai sahaja memanjang. Tapi N akan cuba balas satu. Terima kasih banyak-banyak masih sudi follow Juita. Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience