Bab 9. Tangguh

Romance Series 205490

18 April 2021

"No, I can't postpone my departure to Malaysia Kevin. My wife and children are all waiting for me" Balas Ryzal apabila adiknya Kevin berkeras mahu dia terus duduk di Singapura untuk tempoh 2 minggu lagi.

Mana boleh! Nanti Myra dan anak-anak akan melalui Ramadan tanpa dia, dan menyambut ketibaan Syawal pertama tanpa dia. Dia juga mungkin akan menyambut Syawal bersendirian dalam keadaan diri masih dikuarantin.

Ini benar-benar gila! Kevin memaksa dia atas alasan yang mummy masih perlukan dia. Macam mana mummy perlukan dia, kalau mummy sendiri pun tak ingat dia?

Padahal Ryzal tahu, Kevin malas mahu berdepan dengan mummy sejak mummy berubah perangai menjadi pemarah dan lupa tentang anak-anak yang lain. Yang mummy ingat cuma arwah papa dan dia yang masih bayi.

"Bro, what if something bad happened when you left?" Tanya Kevin, acuh tak acuh sahaja.

Ryzal yang faham maksud Kevin itu segera menjawab.

"You are all here. Even if something bad did happen, mestilah korang boleh uruskan"

"Tapi mummy tak ingat kami. She can only remember you" Bantah Kevin dalam Bahasa Melayu yang fasih.

"Me as a baby, so what now, should I be a baby as well so she could be happy? Nonsense" Perli Ryzal.

Kevin masih terkuat-kulat. Pertama kali berdepan dengan Ryzal dan Ryzal se agresif ini.

"I'm going back to hotel. Will be coming back tomorrow for the last visit before my flight to Malaysia" Ryzal terus sahaja keluar dari wad itu dan turun kebawah, menunggu Grab untuk membawa dia ke hotel.

__________________________________

"So, how was it?" Tanya Christine.

"Ryzal refused" Jawab Kevin.

"Go tell mummy that Kevin" Balas Lucy.

"No, you go. I don't want to face her rage. I did my part with Ryzal" Jawab Kevin semula.

Christine mengeluh. Kenapalah mummy ni nak sangat Ryzal menunggu dia disini. Bukan tak ada anak-anak lain yang boleh menjaga dia. Ryzal juga yang disuruh dia dan Kevin pujuk. Lucy dan David awal-awal lagi sudah mengalah dan tak mahu masuk campur.

"Mummy, Ryzal refused to stay here" Beritahu Christine.

Madam Lam sudah menggeleng kepalanya. Helahnya kali ini tidak menjadi. Ryzal masih berdegil mahu balik ke Malaysia. Sedangkan dia masih belum puas meluangkan masa bersama Ryzal.

Ryzal yang berlembut setiap kali menyuapkan dia makanan. Ryzal yang berlembut mengulang-ulang kenyataan yang dia adalah Chun Seong bila dia memanggil Ryzal sebagai Wong, bekas suaminya.

Kadangkala terlupa akan hakikat yang Ryzal bukan anaknya dalam erti kata sebenar. Bertuah Jannah yang membesarkan Ryzal. Bertuah juga Ryzal mendapat Jannah sebagai mak.

Dia cemburukan hubungan Ryzal dan Jannah. Apa-apa yang Ryzal lakukan, semuanya mendahulukan Jannah. Ruginya dia meninggalkan Ryzal dahulu.

Walaupun Ryzal masih menanggung semua belanja perubatan dan keperluan dia disini, dia mahukan lebih lagi. Dia mahukan Ryzal menetap disini, melayani dia sehingga akhir hayatnya nanti.

"Mummy, maybe you need to tell him the truth. That you want him here. Stop pretending" Cadang Christine.

Berani Christine suruh dia berterus terang dengan Ryzal? Tentulah tak akan! Christine tak kenal Ryzal lagi. Kalau dia berterus terang, pasti hari ini juga Ryzal akan balik ke Malaysia.

_________________________________

"Yeayy, esok daddy balik" Sorak Rayyan dalam Video Call bersama Ryzal.

"Yes buddy! Esok daddy balik. Tapi Ayen tak boleh jumpa daddy lagi. 26hb kita jumpa ya?" Pujuk Ryzal.

"Lambatnya daddy!" Muka Rayyan sudah masam mencuka.

"Miss me that much?" Tanya Ryzal.

Rayyan mengangguk.

"Daddy rindu jugak, tapi for our safety, daddy has to wait a week before I can actually see you. Ayen faham, kan?"

Rayyan angguk lagi.

"Mana mummy? Bagi daddy cakap dengan mummy please!"

"Mummy, daddy nak cakap dengan mummy" Nasiblah bila anak bujang yang jawab dulu, lama pulak dia bersembang dengan daddy.

"Thank you Ayen!" Ucap Myra, kemudian, kepala anak teruna nan seorang digosok lembut.

"Where are the girls?" Tanya Ryzal yang perasan akan kesunyian rumah.

"Rumah mak. Pergi main dengan baby Abang Rafiq" Suka betul Raudhah dan Rania pergi bermain dengan Camelia.

Hajar pun jenis melayan. Ajarkan Raudhah dan Rania cara tukar pampers, ajar riba baby dengan cara yang betul. Suka lah mereka.

"So?" Tanya Ryzal, Myra faham soalan itu tapi saja buat-buat tak faham.

"So apa?" Tanya Myra.

"Yalah, My cakap 15 hb baru tahu. Hari ni dah 18hb tau. Sorry, abang baru ingat nak tanya hari ni" Bahas Ryzal.

Melihatkan riak muka Myra yang berubah monyok tu, Ryzal cepat-cepat bersuara semula.

"Tak apa, tak ada rezeki. Next time kita cuba lagi, ya?" Pujuk Ryzal.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience