Bab 7. Mama Faiq

Romance Series 205490

"Abang, hari Khamis nanti My nak bawa anak-anak pergi ziarah baby baru kawan Ayen. Rumah dia dekat Taman Harmonis tu" Sebaik sahaja video call bermula, cepat-cepat Myra maklumkan sebab takut terlupa nanti.

"Okey, yang Ayen bagitahu kawan dia suka baca buku tu kan? My dah maklumkan in advance? Takut mereka tak nak terima tetamu lagi" Tanya Ryzal.

"Dah abang. Mama dia cakap okey je. My pergi terus lepas ambil anak-anak balik dari sekolah. My bawa Faiq sekali, kira macam My hantarkan Faiq sekali lah. Ayah dia tak perlu datang ambil. Tak lama insya Allah" Balas Myra.

"Okey, ni nak pergi tengok baby orang, baby kita macam mana?" Usik Ryzal.

Rindu nak usik isteri, sebab kalau kena usik dengan isu sensitif, muka Myra mesti merah-merah menahan malu dan kekok. Walaupun dah lama kahwin. Myra tersenyum malu.

"Kalau baby kita kena tunggu 15 April ni, kalau ada My beritahu abang" Jawab Myra.

"Rugilah abang tahu dari video call je. Kalau ada dekat sana, boleh tengok reaksi anak-anak sekali bila tahu mummy pregnant" Ucap Ryzal.

"Kalau ada good news, kita tunggu lah abang balik sini dulu baru kita beritahu" Cadang Myra.

"Boleh tunggu lama macam tu?" Ryzal teragak-agak.

"My ni tak boleh sorok dari abang je. Dari orang lain My boleh cuba sorok lagi" Terang Myra sambil mengusik Ryzal.

Memang pun, dengan Ryzal mana boleh dia nak sorok apa-apa. Cepat je Ryzal tahu, paling tak pun dia boleh teka. Nak tak nak, kena beritahu juga lah apa ceritanya.

__________________________________

"Terima kasih Puan Fatin sebab sudi terima kehadiran saya dan anak-anak, datang ziarah baby baru" Ucap Myra sebaik dipelawa duduk oleh Fatin.

"Eh tak payah panggil saya puan. Panggil saya Fatin je. Tapi itulah, rumah sepah sikit. Tak sempat nak kemas. Baby yang ni jenis high-demand baby. Malam pun tak tidur. Penat sikit saya. Siang baru nak tidur" Beritahu Fatin.

Hamper berupa set barangan kelengkapan bayi ditangan Raudhah cepat sahaja Myra ambil dan serahkan pada Fatin.

"Susah-susah je puan bawakan hamper. Terima kasih banyak-banyak. Puan datang bawak hamper, hantarkan Faiq sekali. Segan pula saya" Sambung Fatin sebaik sahaja hamper bertukar tangan.

"Fatin panggil saya My je. Semua orang panggil saya My" Tutur Myra.

Kemudian Rayyan mendekat dengan dia, dikuis lengan Myra beberapa kali dan ditunjukkan beg kertas yang ada ditangannya. Baru Myra teringat, hadiah Faiq!

"Dan ni hadiah untuk Faiq" Beg kertas itu Rayyan serahkan ke tangan Faiq.

"Ini untuk Faiq? Faiq pun dapat hadiah?" Faiq tunjuk riak muka tidak percaya.

"Anta* buka lah Faiq" Suruh Rayyan.

*Anta - awak dalam bahasa Arab.

Faiq angguk. Cepat-cepat dia buka. Matanya membulat terkejut.

"Mama mama, tengok ni" Suaranya yang teruja itu ditahan, bercakap seolah berbisik sahaja, mungkin takut adiknya terjaga dan dia menerima perasaan amarah dari mamanya lagi.

3 buah buku Teroka Sains, lengkap semuanya buku 1, 2 dan 3 menjadi milik Faiq.

"Terima kasih mak cik" Ucap Faiq, dengan wajah berseri-seri.

"Faiq pergi tunjukkan bilik tempat Faiq letak buku dekat kawan-kawan ya. Mama nak sembang dengan mak Rayyan" Arah Fatin.

Faiq cepat sahaja bersetuju. Rayyan, Rania dan Raudhah menurut dari belakang.

"Anak-anak My kembar ke tiga orang tu?" Tanya Fatin.

Pecah tawa Myra. Soalan yang wajib diterima.

"Eh tak. Rayyan tu kembar dengan Rania, yang duduk sebelah kanan saya tu. Yang pegang hamper tu anak sulung saya, Raudhah. Mereka beza setahun" Terang Myra.

"Maaf ya kalau Fatin tanya, umur My berapa?" Tanya Fatin lagi.

"Saya tahun ni 31 dah Fatin" Jawab Myra, tidak berahsia mengenai umurnya.

"Eh, muda lagi rupanya. Saya dah 40. My kahwin awal ya?" Usul Fatin lagi.

"Betul, saya umur 18 dah kahwin" Segan pula nak jawan soalan itu. Awal sangat kahwin, selalu orang cakap dia tak sabar, atau gatal.

"Baguslah, muda-muda dah ramai anak, dah besar-besar. Saya ni kahwin lambat sikit, dapat anak nombor 2 ni pun lambat. Tenaga dah tak ada. Stress nak jaga anak kecil dalam usia sekarang.

Tambah-tambah lagi, saya dah tak kerja sebab Covid ni. Tempat kerja nak kurangkan staff. Sekarang ni ayah Faiq je yang kerja. Tu pun, gajinya dah kena potong 30% dari gaji asal.

Saya pun tengah berkira nak hentikan Faiq dari sekolah swasta, nak masukkan ke sekolah biasa. Nak cari kerja pun, bila usia dah macam ni, susah nak dapat" Luah Fatin.

Jadi itulah puncanya mama Faiq marah-marah, tertekan dengan keadaan kewangan mereka. Apatah lagi dalam situasi sekarang dia sedang berpantang. Pasti dia sangat-sangat tertekan.

"Fatin ada apa-apa kemahiran?. Macam baking atau menjahit ke?" Tanya Myra.

"Baking tu saya biasa lah buat. Tapi jual belum lagi. Buat kek untuk makan-makan sendiri je" Terang Fatin.

"Tak nak cuba meniaga? Kalau Fatin nak cuba meniaga kek, bagitahu lah. Saya boleh tunjukkan beberapa kelas online yang murah-murah, tapi resepinya confirm menjadi" Tawar Myra.

"Saya ni yang mudah-mudah boleh lah. Yang susah mula lah risau. Takut membazir bahan-bahan je" Jawab Fatin, tidak yakin dengan diri.

"My, saya nak tanya sikit boleh? Saya dah banyak kali perasan yang anak-anak My ni pandai-pandai. Baik-baik pulak tu. Macam mana ye cara My ajar mereka jadi macam tu?" Sambung Fatin tiba-tiba, nak korek rahsia, sebab anak-anak Myra selalu dipuji oleh guru-guru dan Faiq sendiri.

"Saya bab ni pun tak pandai sangat. Suami saya yang banyak membaca dan banyak kongsi dengan saya cara didik anak. Mak mentua pun banyak bantu saya" Jawab Myra, merendah diri.

"Oh bagusnya suami My, sibuk kerja pun ada masa untuk cari ilmu parenting" Balas Fatin.

"Suami saya tu, jarak umur jauh sikit dari saya. Jadi memang dia lah yang banyak bantu. Maaf ya My tanya, Fatin ada masalah dengan Faiq ke?" Tanya Myra pula, sebab Faiq tak nampak pun macam budak yang jenis bermasalah.

"Saya tak tahulah My, sejak bersalin ni, banyak kali saya terlepas marah dekat Faiq. Padahal sebelum ni, saya bukanlah macam ni" Luah Fatin lagi.

"Saya rasa mungkin Fatin terlajak penat. Fatin pantang sendiri? Masa saya mengandungkan kembar, anak sulung saya tak sampai setahun pun lagi. Pun saya dah ada rekod bergaduh dengan dia.

Faiq tu, dengan usia sekarang dah boleh diharap, dia boleh bantu Fatin dengan urusan kerja rumah. Fatin cakap dengan dia baik-baik. Beri kepercayaan dekat dia, insya Allah boleh mudahkan urusan.

Bagi dia tugas tengokkan baby pun okey. Jangan fokus nak jadi supermum, nak buat semua sendiri. Kalau perlukan bantuan, minta je dengan suami, dengan Faiq. Dengan My pun boleh" Tawar Myra.

"Insya Allah, terima kasih My, datang ziarah saya dan baby, tawarkan nak tolong saya. Saya betul-betul perlukan semua ni. Mak nak datang jaga pun tak dapat, sebab covid, lepas tu sebab mak sendiri pun dah uzur"

Mereka meluangkan masa berbincang lebih lanjut tentang kelas masakan dalam talian san cara yang boleh membantu Fatin mempromosikan produk jualannya untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

"My balik dulu, sebab tak boleh tinggal mak lama-lama. Mak tak sihat sangat. Tapi kalau akak ada apa-apa soalan, boleh je tanya My. Nak call boleh, nak WhatsApp pun boleh" Tutur Myra.

"Terima kasih My sebab tunjukkan jalan dekat akak. Insya Allah, akak akan keluarkan dulu modal sikit untuk cuba buat apa yang ada dalam kelas yang akak baru masuk tadi tu" Cepat sahaja Myra pujuk dia bersetuju.

Dia juga merasakan itu adalah idea yang bagus memandangkan untuk dia mencari kerja dalam keadaan sekarang ini agak mustahil.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience