Bab 34 : Rumput

Romance Series 205490

"Daddy, nasi goreng udang yang tak pedas lah, tambah brokoli, tambah carrot, please!" Rayyan sudah memeluk kedua kaki daddynya.

"Tak nak, kakak tak suka udang. Kakak nak nasi goreng ayam." Bangkang Raudhah sambil mencebik.

Rania rileks sahaja melihatkan kakak dan kembarnya itu bertikam lidah memilih menu untuk dimasak daddy memandangkan mummy mengadu sakit pada pahanya. Tidak larat berdiri lama-lama untuk memasak, jadi daddy yang ambil alih tugas memasak pada hari ini.

"Ayen, lepaskan kaki daddy! Daddy nak jalan ni, ya Allah budak ni, nanti jatuh lah daddy." Pinta Ryzal sambil tangannya menguis tangan Rayyan.

Rayyan menggeleng. Raudhah masih berdiri, memandang daddy dengan penuh pengharapan agar daddy mahu mengikut cadangannya.

"Sorang nak udang, sorang nak ayam. Macam ni, tak payah gaduh. Daddy masak dua-dua jenis." Putus Ryzal, bukan selalu dia melayan kehendak anak-anak.

"Tapi, kena buat kerja rumah sebagai balasannya. Tolong mummy dengan daddy." Sambung Ryzal.

Kedua mereka mengangguk laju bagaikan burung belatuk. Ryzal mula menyediakan bahan-bahan yang diperlukan, beberapa bahan basah juga dikeluarkan dari peti sejuk.

"Sekarang ni, daddy kuat lagi. Boleh kerja. Boleh cari duit. Nak makan apa-apa, daddy boleh belikan lagi. Nanti daddy dah makin tua, dah tak larat, makan apa yang ada je. Tak boleh memilih. Faham?" Tanya Ryzal.

Raudhah dan Rayyan angguk sahaja.

"Habis tu, kita kena makan apa daddy kalau tak ada makanan?" Tanya Rania yang baru sahaja berdiri mahu keluar dari dapur.

"Makan rumput lah kalau tak ada duit. Atau daun-daun dekat hutan belakang rumah kita ni. Kan banyak, free pulak tu." Jawab Rayyan selamba.

"Eh, mana boleh makan rumput. Kan ada pasir tu." Bantah Rania.

"Laaaa, Kak Nia jangan makan yang dekat bawah-bawah rumput yang dekat dengan pasir tu. Makan yang bahagian atas tu je. Tak kena pasir. Haa, boleh lah makan dengan tenang. Tak ada pasir." Jawab Rayyan dengan penuh keyakinan seolah jawapan yang diberi itulah terpaling genius.

Raudhah, Rania, dan Ryzal sudah menepuk dahi masing-masing. Apalah Rayyan ni, ada-ada sahaja idea nya bila hendak mengenakan kakak-kakaknya.

*****

"Hahaha, ya Allah Ayen. Ada je idea dia." Omel Myra sambil tergelak.

Ryzal yang sedang menyikat rambut Myra turut tersenyum sama. Tak habis fikirnya, mana lah Rayyan dapat idea untuk makan rumput.

"Tunggu nanti cerita dekat mak. Mesti mak gelak lama-lama." Sambung Myra lagi.

"Abang rasa macam tu jugak kalau mak tahu, yang abang tertanya-tanya ni kan, macam mana lah dia boleh bercakap pasal makan daun makan rumput. Siap ada pesanan penaja lagi, jangan makan yang dekat dengan pasir." Sambung Ryzal.

"Ayen kan tu, ada je idea dia. Agaknya sebab dia nampak ada orang datang ambik daun dengan rumput untuk bagi makan pada lembu kambing mereka. Orang tu nak bayar, My cakap tak payah. Sebab bukan kita tanam, bukan jugak untuk jualan."

"Patutlah, laju je dia guna balik idea tu." Komen, Ryzal.

"Benda mengarut, laju je simpan. Bila suruh buat hafazan, banyak je alasan." Omel Myra.

Rayyan oh Rayyan,
Mummy daddy pun pening dengan peel awak, tambah-tambah bila PdPR ni. Ada sahaja benda baru yang merepek dia belajar.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience