Bab 21. Masak

Romance Series 205490

"Mummy buat apa?" Tanya Rayyan bila dia balik kerumah sekejap petang Sabtu itu untuk mengambil komiknya.

"Mummy nak masak untuk Ayen lah" Jawab Myra, mukanya masih kelihatan pucat tapi dikerah kan juga tenaga untuk memasak juadah berbuka.

"Mummy dah sihat ke?" Tanya Rayyan.

"Dah sihat sikit. Mummy rindu nak masak. Sup sayur tambah telur dengan ayam goreng ya hari ni?" Tanya Myra.

Rayyan angguk pantas. Makanan kegemaran dia!

"Mummy letak brokoli dengan carrot banyak-banyak tau. Kalau tak nanti Ayen kena rebut dengan kakak. Hmmmm"

"Ya, mummy letak banyak-banyak"

Baru sahaja dia masukkan bawang dalam periuk, Myra tutup api dapur. Dia segera berlari ke bilik air. Rayyan yang duduk di meja sekadar melihat dengan penuh tanda tanya.

Kedengaran bunyi mummynya muntah-muntah dari dalam bilik air. Rayyan sudah mula panik. Mana taknya, daddy tak ada.

"Mummy, mummy, mummy okey tak? Mummy, Ayen boleh tolong apa?" Rayyan mengetuk pintu bilik air berkali-kali.

Seketika kemudian, pintu bilik air dibuka. Myra muncul dengan muka yang basah.

"Mummy okey. Jangan risau. Ayen pergilah rumah nenek" Myra capai tisu dapur diatas meja makan untuk dia lap muka sebelum mula sambung kerja masak memasak.

"Okey mummy. Kalau mummy nak Ayen tolong, mummy telefon rumah nenek ya" Myra hanya mengangguk.

*****

"Assalamualaikum My, hari ni nak makan apa? Abang baru siap kerja. Baru nak keluar dari bilik office abang. Kejap lagi nak singgah kafe bungkus apa yang My nak"

"Makanan berbuka dah ada. Abang balik je" Jam dinding dilihat, 6.30 petang.

Terdetik rasa bangga bila mampu menyiapkan nasi minyak, ayam masak merah, lengkap dengan acar jelatah bagi Ryzal, Raudhah dan Rania, ayam goreng dan sup sayur pula khas untuk Rayyan yang tak makan pedas. Walaupun, kena berulang alik 5 6 kali ke tandas bila terbau tumisan bawang itu.

Paling penting, ada pengat pisang kegemaran suami! Ryzal pula terfikir, mungkin Hana atau Jannah yang hantar makanan tersebut jadi dia iyakan sahaja dan terus balik kerumah. Tapi sebelum masuk kerumah, Ryzal ke rumah Jannah terlebih dahulu untuk menyerahkan laptop lamanya kepada Raysha untuk kegunaan Uwais dan Muhammad.

"Mak ke yang hantar makanan dekat rumah?" Tanya Ryzal berbasa basi.

"Eh taklah. Ayen cakap My masak tadi. Mak tak jadi lah nak masak lebih. Kenapa?" Tanya Jannah semula kehairanan.

Ryzal sudah terkesima. Myra masak? Hmmmmm.

"Tak ada apalah mak. Abang long balik dulu. Nak tengok My. Kakak suruh adik-adik balik. Nak berbuka dah ni" Arah Ryzal.

Raudhah hanya mengangguk tanda faham. Scrabble yang bersepah atas meja kopi Jannah cepat sahaja disauk masuk kedalam kotak. Rayyan yang sedang membaca komik turut membantu Muhammad mengemas Monopoly.

Masuk sahaja kedalam rumah, Myra yang dicari dahulu. Sedang elok berbaring di bilik. Ryzal ke ruang makan untuk melihat apa yang terhidang. Eh bukan main banyak lagi ni. Mak aihh, siap ada pengat. Ni sebab kes semalam ke apa ni?

"Eh abang dah balik? My ingatkan anak-anak tadi" Ucap Myra.

"My masak ke semua ni?" Ryzal angkat kening.

"Yalah, takkan jiran sebelah pulak yang bagi" Alamak, bendera merah berkibar tanda bahaya.

"Siapa pulak yang cakap pasal jiran sebelah? Bukan My tak boleh bau masak-masak ni ke?" Soal Ryzal lagi.

"Memang lah tak boleh. 5 6 kali tau My muntah sebab masa tengah masak ni. Semata-mata demi abang" Jawab Myra.

"Dah tu kenapa masak? Rehat jelah. My dah okey nanti My masak lah. Abang tak paksa pun kan?" Belakang Myra digosok perlahan.

"Dah kalau My tak masak, tak buat apa yang isteri patut buat, nanti kalau abang kahwin lain macam mana?" Mulutnya dah muncung.

Ryzal tarik nafas. Dalam kepalanya dia tengah merangka dan menyusun ayat untuk memujuk isteri yang disangkanya sudah melupakan hal semalam.

'My, My masak ke, tak masak ke, abang tetap sayang My. Tetap takkan duakan My. Tetap takkan kahwin atau cari isteri lain. My sorang je dalam hati abang. My dah cukup sempurna dah. Paling penting, My tengah jalankan peranan isteri yang paling penting ni tau tak. Kandungkan zuriat abang. Jadi jangan lah ambik kisah sangat dengan hal kecik-kecik ni. Abang sayang My sorang je. Jangan lah susahkan diri My nak masak. Kita boleh beli je. Asalkan My senang. Tak penat. Tak muntah. Kesian dekat My'

"Terima kasih My sebab susah payah masak untuk berbuka. I love you" Karangan dalam kepala panjang lebar, tapi ayat yang keluar hanya yang ini.

Beras memang suami beli, tapi tetap isteri yang masak. Jadi, tak payah cakap banyak, kita cakap terima kasih sahaja XD

"Sama-sama abang. Pengat pun ada tau. Jangan makan pengat orang lain dah" Myra dah merangkul dan menempel dengan Ryzal.

"Esok kita makan kat rumah mak ya. Abang cakap dekat mak suruh masak nasi dagang"

Ryzal dah pintas awal-awal, tak nak Myra masak lagi esok. Kalau tak bagi masak secara terang-terangan, nanti isteri mula fikir yang bukan-bukan. Dia jugak yang kena memujuk.

'Baby lahir nanti, siap baby daddy geletek banyak-banyak. Bukan main lagi torture daddy kan'

Enjoy reading! :) Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin untuk semua salah silap N selama kita berkenalan. Maaf lambat. Semalam tak publish sebab kalut pindah barang lagi. Rumah sewa 15hb kena keluar. Oh ya, Myra & Ryzal tak boleh raya lagi. Kalau mereka raya, cerita terus habis XD Stay safe everyone, like you always do! Love as always, N

Share this novel

Wan Hamilah E'lah
2021-05-15 18:07:29 

cerita yg mengisahkn kekeluargaan... bagus jugak kisah... seorang mentua n menantu yg sentiasa ambil berat, tolong satu sama lain.. apa2 pn selamat hari raya maaf zahir dan batin


NovelPlus Premium

The best ads free experience