"Terima kasih My, susah-susah je masakkan untuk mak" Ucap Jannah.
Petang Jumaat yang lepas, Jannah tersebut depan Rayyan yang dia teringin nak makan pulut kuning dengan rendang ayam. Agaknya bila balik, Rayyan terus laporkan pada mummynya.
Hari Sabtu, Myra tak dapat buat sebab mereka sekeluarga pergi kenduri Aqiqah anak Rafiq di Ampang. Hari ni pagi-pagi lagi Myra dan Ryzal bersama anak-anak datang siapkan meja, hidangkan pulut kuning dengan rendang ayam.
"Tak susahlah mak. Jangan risau. Patut My buat awal lagi, maaf ya mak. Hari ni baru My buat" Tangan laju mengisi air suam dalam jag air.
Suami dan anak-anak berserta abah sudah mengambil tempat masing-masing di meja makan. Mereka berjalan beriringan menuju ke meja.
"Mummy, telur rebus Ayen belum kupas ke?"
Hah alamak! Rayyan ni tak makan pedas langsung jadi setiap kali makan pulut, atau nasi minyak berlaukkan apa-apa yang pedas atau ber kari, Myra akan sediakan telur rebus untuk Rayyan. Tapi hari ni Myra lupaaaa!
"Alamak Ayen, tunggu 5 minit boleh? Mummy rebus sekarang. Mummy lupalah darling. Ayen bagi mummy 5 minit ya. I'm so sorry" Myra dah melutut duduk separas mata anaknya itu.
"Mummy tak apalah. Ayen makan pulut je. Mummy duduk lah, kita makan" Sopan balas Rayyan.
"Betul Ayen tak nak telur? Sekejap je Ayen" Tanya Myra lagi, kesiankan anak bujangnya.
"Tak apa. Ayen tak nak. Hari ni kan anniversary mummy. Mummy jangan susah-susah" Balas Rayyan, tetap dengan pendiriannya.
"Anniversary ni tak ada hadiah baby lagi ke My?" Usik Jannah.
Baru sahaja Myra duduk dikerusinya disebelah Ryzal, dia dikejutkan dengan soalan cepu cemas dari Jannah. Bukan cepumas dah soalan ni, cepu cemas terus dah jadinya XD
Ryzal dah tergelak besar. Myra dah segan-segan walaupun dah lama nikah.
"Abang long dah tua lah mak. Mana lah mampu nak berjaga malam-malam untuk jaga anak kecik lagi" Balas Ryzal.
"Eh Dr. Sheikh angkasawan tu umur 49 rilek je jaga baby, kembar lagi. Dr. Ryzal baru 46, dah mengaku kalah dah?" Giat Jannah.
"Daddy, Ayen ada, boleh tolong daddy jaga baby" Tiba-tiba Rayyan mencelah.
Myra dah jegil kan matanya memandang anak teruna sorang tu.
"Rayyan, what did I say about you talking when the adults are talking?" Tanya Ryzal senada, tak ada bunyi marah pun.
Tapi anak-anak ni, dengan Ryzal, mereka risau yang amat kalau Ryzal tegur, walaupun tak marah. Menusuk terus ke tulang hitam. Confirm tak ulang lagi dah. Daddy tegur guna nada tuan rumah, yang dulu-dulu pun mampu menakutkan mummy.
"I'm sorry daddy" Rayyan dah tunduk memandang pinggan makan.
Pulut kuning dikuis perlahan dengan jarinya. Dalam keterujaannya nak kan adik, terlupa adab yang satu itu.
"Ayen suka baby?" Jannah tak campur kalau Ryzal tegur anak-anak, sebaliknya dia cuba pujuk cucu cara lain.
"Suka, Ayen nak adik. Semalam tengok baby Ayah Su, rasa macam nak bawak balik je" Ceria semula Rayyan bercerita.
"Bila ada adik, nanti adik asyik nangis je. Kalau kakak, kakak tak nak" Tutur Raudhah.
"Ha ah Nia pun tak nak. Kalau adik perempuan tak apa, kalau adik lelaki nanti nakal. Macam kawan Nia kat sekolah, adik dia selalu renjis air dekat orang lepas cuci tangan. Apalah" Omel Rania.
"Ayen lelaki okey je. Tak nakal pun" Rayyan membela diri, pulut kuning tu disuap lagi ke mulutnya.
"Hmmmm, betul jugak tu. Entahlah, Nia pun tak tahu nak ke tak" Pulak dah, tadi beria membantah Rania ni.
Myra dah picit kepala pening. Bukannya dia dah mengandung pun, beria anak-anak bising kejap nak kejap tak nak, kejap nak lelaki kejap nak perempuan.
xxxxxxxx
"So sayang, should we get your IUD removed?" Tanya Ryzal sebaik sahaja dia berbaring di katil malam tu selepas mematikan lampu bilik.
Myra tergelak.
"Are you serious?" Tanya Myra kembali.
"Damn serius. Tu pun kalau sayang nak" Balas Ryzal.
"Kalau sayang cakap sayang nak?" Duga Myra.
Ryzal senyum je.
"Kalau sayang nak dan sanggup nak mengandung lagi, abang dengan rela hatinya sanggup tunaikan hajat sayang" Usik Ryzal.
Myra tersenyum bahagia dalam gelap tu. Perlahan dia mendekati Ryzal. Berbaring dilengannya, dan berbisik ditelinga Ryzal.
"Abang, for your information, I removed my IUD last week!" Dia peluk Ryzal erat, mukanya disembunyikan pada dada suaminya.
"Dah agak dah" Bisik Ryzal semula pada telinga Myra.
Pelukan Myra dia balas semula, juga erat. Macam dulu-dulu.
"Hah? Kenapa? Macam mana abang tahu?" Myra yang kehairanan bertanya semula.
"Anak-anak semua kena kerah tidur awal dari biasa sejak minggu lepas, sejak My pergi appointment nak 'check' IUD My tu. Dengan abang sekali kena tidur awal, sebab isteri melepek je manja-manja. Mana tahan" Balas Ryzal dengan tawa yang terlepas.
Muka Myra mesti dah merahang merah, nasib baik gelap. Kalau tak, harus kena usik lagi.
"Abang ni....!"
"Tak apa, abang tak kisah. Abang lagi suka! So, ready dah My nak dengar tangisan budak kecik lagi dalam rumah ni?"
Gemersik je suara Ryzal sewaktu dia bisikkan soalan tu. Buat Myra berdebar je.
Hmmmm, takkan lah tak ready kalau dah sampai keluarkan IUD dah tu, ye dak?
XD
Enjoy reading! :) Love, N
Share this novel
Alhamdulillah nk tmbh anak lagi...