Bab 25. Umi

Romance Series 205490

"Assalamualaikum" Myra memberikan salam sebaik sahaja dia menjawab telefon yang berbunyi.

"Waalaikumussalam. Ni Nurul Aimyra ke?" Tanya pemanggil.

"Ya, saya bercakap. Ni siapa ya?" Tanya Myra semula.

Dalam kepalanya dia berteka-teki identiti pemanggil. Jarang dia menerima panggilan dari orang yang tidak dikenali.

"Ni umi. Myra tak kenal umi?" Tanya pemanggil.

"Umi mana ya?" Tanya Myra.

"Umi Mariati" Jawab Mariati tanpa melengahkan masa.

"Ohhh" Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Myra.

"Myra ada masa kosong? Umi nak cakap sikit" Tanya Mariati.

"Oh ha, cakaplah" Balas Myra kekok.

Dia pantas menarik kerusi di meja makan untuk duduk. Matanya tidak lekang memerhatikan Rania, Rayyan dan Ikhwan yang sedang menghadiri kelas pembelajaran melalui Google Meet kerana mereka sekelas. Raudhah menumpang dimeja belajar Myra dalam bilik kerja bersama Ryzal.

"Umi dengan arwah mama Myra dulu ada dapat sebidang tanah lot yang boleh memuatkan dua buah rumah banglo. Tanah pusaka arwah mak kami sebelum dia meninggal. Dulu-dulu penjaga rumah anak yatim yang pegang amanah itu. Lepas kami terpisah, mama Myra yang pegang geran.

Sebelum dia meninggal, dia sempat buat wasiat, kalau apa-apa jadi pada dia, tanah bahagian dia akan jadi milik satu-satunya anak dia, Myra lah kan. Umi sebenarnya malu nak cakap, tapi boleh tak Myra lepaskan je hak Myra pada tanah tu dekat umi? Umi kesempitan sangat-sangat sekarang. Myra tak apalah, dah kahwin dengan orang kaya" Sempat lagi Mariati membuat nada sedih untuk menyentuh hati Myra supaya melepaskan hanya pada tanah itu.

"Ya, geran tu ada pada saya sekarang. Tapi, suami saya mana ada kaya pun. Dia mengajar je" Myra membetulkan fakta itu.

Kalau pun Ryzal senang, itu bukan harta dia. Ryzal pun tak pernah memanjakan dia dengan kemewahan yang berlebih-lebihan. Harta yang Ryzal ada pun dibeli hasil dia bekerja. Bukan mengharapkan duit tinggalan arwah papanya.

"Tapi suami Myra bekerja lah kan. Umi ni kesempitan teruk. Anak umi 2 3 orang jugak yang hilang kerja sebab Covid ni. Umi nak jual tanah tu untuk tampung hidup kami" Rayu Mariati.

Pelik, padahal keluarga angkat Mariati ada beberapa rangkaian pasaraya yang telah diberi kepada Mariati selaku satu-satunya anak yang mereka ada. Ya dia tahu hal itu, kerana sewaktu berjumpa Mariati buat kali pertama dahulu, Mariati dengan angkuhnya memerli Marina yang hanya bekerja sebagai setiausaha disebuah jabatan kerajaan, sempat juga menjadi setiausaha abah Fairus untuk berbelas tahun.

"Saya kena bincang dengan suami saya dahulu" Beritahu Myra.

Padahal dia hanya memberi alasan. Kenapa tanpa segan silunya Mariati meminta dia melepaskan haknya selaku pemilik tanah bersama?

"Bincang untuk cari tarikh balik kampung untuk tandatangan dokumen ke? Myra beritahu je bila nak balik. Umi akan sediakan semuanya" Balas Mariati gembira.

"Saya sebenarnya tak rasa nak jual tanah tu. Sebab tu lah satu-satunya kenangan yang saya ada yang mengingatkan saya kepada arwah mama. Tapi kalau nak pecahkan lot tanah tu dan asingkan hak kita masing-masing, saya setuju. Mak cik boleh jual tanah makcik. Saya simpan tanah saya" Balas Myra.

Kedengaran Mariati mendengus.

"Masalahnya satu tak cukup. Umi perlukan keseluruhan tanah itu untuk jual, barulah cukup untung tampung hidup umi dan anak-anak. Myra dah senang, inilah masanya untuk Myra bantu umi. Umi bukan orang lain, kakak arwah mama Myra jugak" Balas Mariati geram.

Myra sempat melirik kearah Ryzal yang turut duduk dihadapannya. Dia hanya mengangkat kening, menyapa suami. Ryzal pula setia duduk menunggu isteri menamatkan panggilan telefonnya.

"Macam ni lah, saya tak jadi bincang dengan suami. Saya buat keputusan terus. Saya tak nak jual tanah itu. Kita buat urusan pecah kan lot tanah tu bahagi dua lah" Balas Myra.

Mariati mendesis marah disebelah sana talian. Kos urusan pecahkan lot tanah tu untuk menjadikannya dua unit yang berbeza bukanlah murah.

"Macam nilah anak saudara. Mintak tolong sikit pun payah" Talian terus sahaja diputuskan.

"Dia pulak yang marah. Patut My yang marah" Myra mengomel, telefon bimbit diletak diatas meja.

"Siapa yang telefon tu sayang?" Tanya Ryzal.

"Mak Cik Mariati, kembar mama tu lah. Dia telefon sebab dia nak My lepaskan hak My pada tanah pusaka arwah mama. Dia cakap My dah kahwin dengan orang kaya, lepaskan je hak My pada tanah tu. Dia nak jual tanah tu sebab dia cakap anak-anak dia ada yang hilang kerja sebab Covid ni" Terang Myra.

"Eh macam tu pulak?" Komen Ryzal.

"Kannnn, pelik betul perangai. My dah cakap elok-elok, tapi lepas tu dia marah-marah. Kelakar betul" Balas Myra.

"Biar lah dia. Abaikan je. Tapi apa plan My untuk tanah tu? Sebab My tak nak jual kan? Kita pun mungkin tak balik menetap kat sana dah" Tanya Ryzal.

"Abang ingat tak yang masa kita balik ziarah kubur mama dengan papa tu, orang dekat situ ada cakap pasal tanah kubur kat situ dah tak cukup nak tampung kematian penduduk kampung tu?

Memandangkan tanah bahagian mama tu dekat dengan kubur, My ingat nak wakafkan je untuk dijadikan kawasan tambahan tanah perkuburan. Tanah tu tak besar sangat, tapi sementara mereka dapat tanah baru, Insya Allah boleh guna dulu" Terang Myra akan perancangannya yang dah lama terdetik dihati tetapi tertangguh akibat Covid.

"Alhamdulillah, abang tak sangka itu rancangan My. Insya Allah, pahala berterusan untuk mama. I'm so proud of you" Belakang Myra diusap perlahan.

Myra tersenyum malu.

"Awalnya My ingat nak buat rumah anak yatim, tapi kena ada dana tambahan untuk dirikan rumah. Sedangkan banyak rumah anak yatim boleh sewa sahaja rumah. Macam yang abang buat tu. Jadi My tukar plan. Abang rasa okey tak?" Tanya Myra.

"Okey sangat. Apa yang tak okey nya. Cuma, kalau nak pecah lot tanah tu, kena dua-dua penama hadir sama kan? My rasa mak cik My tu akan setuju?" Tanya Ryzal.

"Kalau dia tak setuju pun, dia susah jugak sebab My takkan jual atau lepas kan hak My. Sama jugak, nanti jalan penyelesaiannya kena pecah kan jugak. Biarlah dia, telefon orang lepas tu tiba-tiba marah. Padahal boleh je cakap elok-elok" Omel Myra.

"Tak apalah, kita cuba je dulu" Pujuk Ryzal.

Myra hanya mengangguk.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience