Bab 17. Anak Yatim

Romance Series 205490

Sebaik memasuki kereta, Rayyan cepat-cepat membuka tingkap. Di lambai tangan kearah Nasrullah.

"Lambat daddy datang hari ni. Ayen dah la tu, tutup tingkap, kakak panaslah. Nak aircond" Bising Raudhah.

"Ha ah daddy ada kelas kan tadi. Kena tunggu kelas daddy habis baru daddy datang. Ayen lambai siapa tu?" Tanya Ryzal.

"Tu kawan Ayen, Nasrullah. Lambat dia balik hari ni daddy. Selalu pak cik dia datang ambik dia awal" Jawab Rayyan.

"Nasrullah yang Ayen cakap dah tak ada ayah tu ke?" Tanya Ryzal lagi.

Rayyan angguk pantas.

"Bukan ayah je tak ada. Mama dia pun tak ada" Jawapan Rayyan mengejutkan Ryzal.

"Bukan semalam Ayen cakap dia tak ada ayah je ke?" Tanya Ryzal sekali lagi.

"Ha ah. Sebab mama dia memang tak ada. Mama dia meninggal masa lahirkan dia" Rayyan terus terdiam selepas itu.

Ryzal angguk sahaja, tidak menyedari perubahan wajah Rayyan. Tiba sahaja dirumah, Ryzal segera ke bilik kerja dibelakang manakala anak-anak dikerah mandi sebelum mereka pergi ke rumah Jannah untuk bermain bersama Uwais.

Myra dalam bilik masih terbaring akibat alahan nya. Biasanya menjelang malam sikit baru dia boleh bangun. Pagi membawa ke petang, masanya dihabiskan dalam bilik sahaja.

"Eh Ayen buat apa kat sini? Tak pergi rumah nenek?" Tanya Ryzal, terkejut melihatkan Rayyan ada berbaring disebelah Myra.

"Sorry daddy, tadi Ayen dah kejut mummy, mintak izin dengan mummy nak baring kat sini. Mummy bagi. Daddy nak mandi ke? Ayen keluar dulu"

"Tak, daddy nak tengok mummy je. Ayen susah hati ke? Nak cakap dengan daddy kat luar?" Ryzal memberi cadangan.

Rayyan hanya mengangguk. Mereka keluar dari bilik tidur utama, duduk diruang tamu.

"Apa yang buat Ayen susah hati?" Ryzal mula menyoal Rayyan untuk mencari tahu punca dia moyok begitu.

"Daddy, kan Ayen ada bagitahu pasal kawan Ayen tu tak ada ayah tak ada mama, yang Ayen lambai tadi tu" Rayyan mula menjawab soalan Ryzal.

"Haaa yes, Nasrullah kan nama kawan Ayen tu?" Sedaya upaya Ryzal kerah ingatan, cuba mengingat semula nama kawan Rayyan tersebut.

"Daddy, boleh tak kalau Ayen tak nak adik?" Pertanyaan Rayyan membuatkan Ryzal mengangkat kening.

"Kenapa?" Giliran Ryzal kembali menyoal.

Rayyan mendekatkan mulutnya dengan telinga Ryzal. Mahu berbisik. Ryzal rendahkan kepalanya menyaingi ketinggian Rayyan.

"Ayen tak nak mummy mati masa lahirkan adik, macam mama Nasrullah" Bisik Rayyan lantas dia rangkul daddynya erat.

Berderau darah Ryzal.

"Apa yang Ayen cakap ni?" Kedengaran Rayyan mula menangis teresak-esak.

"Ayen tak nak hilang daddy, tak nak hilang mummy. Ayen tak nak mummy mati masa lahirkan adik. Ayen tak nak adik tu. Daddy, boleh tak kita cancel adik tu? Kalau mummy tak lahirkan adik, mummy tak payah mati. Ayen tak payah jadi anak yatim.

Tadi masa solat, Ayen doakan adik mati, tapi bila Ayen masuk bilik mummy, mummy sakit lagi. Sejak ada adik dalam perut mummy, mummy asyik baring je, tak larat. Mummy makan pun muntah. Ayen tak nak adik yang buat Ayen hilang mummy" Dengan penuh susah payah Rayyan menerangkan apa yang terbuku dihati.

"Ayen....." Kata-kata Ryzal terhenti disitu.

Sedang mencari kata-kata terbaik untuk dia terangkan tentang hakikat sebuah kelahiran dan kematian. Bukan boleh main batal je, bukan boleh main-main, kejap nak kejap tak nak.

"Ayen, Ayen tahu kan, soal kematian ni manusia tak boleh kawal. Allah je yang maha berkuasa atas segala sesuatu, untuk semua benda. Kalau dah sampai masa seseorang tu untuk mati, tak boleh jadi cepat, tak boleh jadi lambat, walaupun hanya sesaat untuk seseorang tu mati. Melainkan dengan doa, boleh untuk kita doakan mummy sentiasa sihat dan panjang umur.

Yang penting, Ayen kena banyak-banyak doakan supaya mummy dan adik baby dua-dua sihat. Kan Ayen jugak yang cakap, Faiq cerita seronok bila ada adik. Ayen tak kesian ke, adik baby tengah besar dalam perut mummy, tapi Ayen doakan adik mati. Tak baik buat adik macam tu" Terang Ryzal.

"Tapi kalau hilang mummy, macam mana?" Bisik Rayyan.

"Doalah untuk mummy. Macam yang daddy cakap, doa mampu mengubah segalanya Ayen. Banyakkan berdoa supaya mummy sihat, adik baby pun sihat, panjang umur. Okey? Jangan lah doa adik mati. Kesian adik" Pujuk Ryzal.

Rayyan masih terdiam. Nampak sangat yang dia terkesan sangat dengan cerita tentang mama Nasrullah, sampai tahap dia tanya kalau boleh cancel adik.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience