Bab 20. Rimas

Romance Series 205490

Selesai Tarawih berjemaah dirumah Jannah tadi, Ryzal segera ke bilik belakang sebaik balik ke rumah. Anak-anak masih dirumah Jannah. Bermalam dengan Raysha yang nak main bersama Camelia. Lagi pun esok hujung minggu.

Dari tadi jugaklah Myra tak berhenti mengikut dia. Bukan lah rimas, tapi tak selesa bila Myra merenung dia tak berhenti. Rasa macam dia dah buat salah besar, tapi dia tak tahu apa salah besar yang dia buat.

Ryzal berhenti menaip di komputer nya. Dia berpaling menghadap Myra yang sedang duduk di meja disebelahnya.

'Bismillahirrahmanirrahim! Harap tak salah cakap'

"Kenapa sayang pandang abang macam tu? Abang ada buat salah ke?" Tanya Ryzal.

Myra masih merenung dia tajam.

"Tadi abang sembang apa dengan jiran baru tu?" Myra jawab dengan soalan semula.

"Cakap apa eh? Sayang nak tahu apa?" Tanya Ryzal lagi.

"Semua. Abang kena cerita dari awal!" Jawab Myra.

Ryzal dah garu kepala. Mana lah dia ingat. Benda kecik macam tu, tak berbaloi simpan dalam kepala. Kapasiti memori dia sekarang pun dah cukup terhad pada umur begini.

"Hmmmm, abang tengah siap-siap nak masak dengan Ayen, lepas tu Nia panggil abang, sebab dia cakap ada orang datang. Lepas tu abang keluar, abang ambik bekas pengat tu, lepas tu abang masuk rumah, tutup pintu, abang nampak My. Haaa itulah bendanya" Jawab Ryzal.

Dia masih berfikir kalau-kalau ada benda yang dia tertinggal dan tak sebut dekat Myra. Myra dekatkan kerusi dia dengan kerusi Ryzal. Dia tenung Ryzal lama-lama sampai Ryzal pula rimas.

"Tak ada tertinggal apa-apa?" Tanya Myra.

Lama Ryzal mendiamkan diri. Berfikir. Rasa macam tak ada dah. Ryzal geleng kepala.

"Tapi tadi My dengar abang gelak-gelak masa cakap?" Tanya Myra.

Ryzal terpana.

'Bila masa aku gelak?'

Ryzal geleng kepala.

"Mana ada abang gelak sayang!" Ryzal membela diri.

"Eh silap, jiran perempuan tu yang gelak-gelak. Haaaa, baik abang cerita, kenapa dia gelak?" Tekan Myra.

'Aahhh sudah! Jiran yang gelak, aku yang kena soal siasat!'

Ryzal telan air liur dan garu kepala lagi. Serba salah nak menjawab soalan itu.

"Hmmmm, dia tanya abang ni duda ke sebab tak pernah nampak mummy budak-budak ni? Lepas tu abang cakap lah tak, dia pun sambung cakap kalau abang nak tambah isteri, boleh berkenalan dengan dia" Ryzal perhatikan riak wajah Myra yang berubah secara drastik.

"My benci abang! Dah lah. Lelaki ni pantang ada peluang, mesti nak tambah isteri je" Myra sudah bangun berjalan sambil menghentak kaki menuju ke bilik.

'Dah tadi dia jugak yang nak tahu. Habis jujur dah ni' Ryzal bangun juga dari kerusi mengejar Myra yang sudah masuk ke bilik tidur.

Dan sedang menangis teresak-esak disebalik SpongeBob yang dipeluk.

"Myyyyyyy, sayang, mana ada abang nak tambah isteri. Dia yang cakap, bukan abang yang cakap" Bahagian pujuk memujuk rayu merayu ni yang lemah sikit ni.

"Dah tu abang layan dia cakap kenapa?" Tanya Myra.

Ryzal terkejut mendengar soalan itu. Ada talian hayat tak nak jawab soalan ni? Takutnya kalau salah bagi jawapan lagi. Haaaa berpeluh Dr. Ryzal nak jawab soalan isteri. Lagi susah dari nak jawab soalan pasal Grammar Bahasa Inggeris ni.

"My, kan jiran tu yang datang. Okey okey! Abang mengaku abang salah. Lepas ni abang tak cakap dengan dia lagi dah. Okay? I'm so sorry. Dah buat My marah!"

Pesanan dari Dr. Ryzal, sebagai lelaki yang memegang jawatan suami, kita jangan bangkang, kita mintak maaf je dulu. Penjelasan kita bagi kemudian. Tu pun kalau masih selamat selepas sesi soal jawab ni!
XD

Myra bangun dari baringnya terus menerpa kearah Ryzal. Di rangkul erat dan di sembam mukanya ke dada suami.

"Abang janji jangan tinggalkan My untuk orang lain. Walaupun sekarang My dah bulat, dah lembik sebab selalu muntah, dah tak berseri. Abang jangan rimas dengan My" Dia sambung menangis lagi.

Ryzal kemam senyum yang hampir terlepas. Tahan, tahan, kalau terlepas makan tuan ni.

"Takkkk, My kan tengah mengandungkan baby kita. Takkan lah abang nak buat My macam tu. Bulat ke, muntah ke, lembik ke, My sorang je isteri abang. Cinta pertama abang. Dunia akhirat.

Abang janji! Abang tak pernah rimas dengan My. Pernah tak abang mungkir janji selama ni?" Tanya Ryzal.

Myra geleng perlahan.

"Tapi abang jangan cakap dah dengan dia. Jangan tengok dia. Jangan ambik makanan dari dia. My tak suka. Kalau abang buat jugak, My nangis nanti" Ugut Myra sambil menangis tak berhenti.

"Ya sayang. Abang janji dengan My, abang takkan buat benda yang My tak suka" Belakang Myra diusap perlahan.

Boleh tahan baby nombor 4 punya penangan eh? Tak pernah-pernah mummy jadi macam ni, kali ni teruk betul cemburunya.

Enjoy reading! ;) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience