Bab 22. Suami Lari

Romance Series 205511

"Assalamualaikum, hai, buat apa tu?" Tanya Mila yang sedar-sedar sudah ada dihadapan Myra yang sedang bersantai mengambil angin sambil menunggu anak-anak mengemas laman rumah.

"Waalaikumussalam. Cari siapa ya?" Myra sempat melihat sekeliling sebelum dia menjawab salam dari orang yang tidak dikenali itu.

"Saya Mila. Jiran sebelah. Akak nama siapa?" Mila sudah melabuhkan duduk di kerusi batu didalam lama rumah Myra.

Myra pandang Mila atas bawah sekilas. Beria Mila make up. Siap bulu mata palsu lagi. Myra telan air liur. Vogue sangat. Ni ke jiran yang sembang dan bagi pengat pada Ryzal tu? Tergugatnyaaaaa!

"Saya Myra" Tak tahu nak cakap apa lagi.

"Saya ingat abang handsome yang duduk sini duda anak 3. Rupa-rupanya ada isteri. Akak ni kenapa pucat sangat muka? Nanti suami lari tau kalau muka tak siap macam ni" Komen Mila, siap jari telunjuknya menunjuk ke arah muka Myra.

Myra terkedu. Hanya matanya berkelip-kelip cuba menghadam apa yang di ucap oleh Mila tadi.

"Kalau akak nak, nanti saya datang ajar akak make up. Akak ni mesti tak pandai make up kan?" Sambung Mila.

"Tapi suami saya tak suka saya make up" Balas Myra sopan, cuba menolak.

"Alaaaaahhhh, lelaki semua macam tu. Akak janganlah percaya. Tak suka isteri mekap konon. Tapi bila nampak perempuan lain ber make up, terbeliak biji mata tau tengok. Macam suami akak tu lah. Malu saya dia tengok saya lama-lama hari tu.

Niii, abang pergi mana? Tak nampak pun abang hari ni?" Selamba dia bahasakan Ryzal abang.

Myra masih memerhatikan Mila dihadapannya ini.

"Cari suami saya kenapa?" Tanya Myra lagi.

"Saya ni tengah nak mengorat dia. Akak bagi lah saya tips sikit. Nanti boleh kita bermadu. Bila kita bermadu, saya boleh ajar akak banyak ben....." Sedang seronok Mila bercerita, terdengar satu suara kanak-kanak memanggil seseorang.

"Mak, oo mak, mak, nenek panggil balik" Budak lelaki itu kedengaran termengah-mengah.

Mila sudah menyorok di belakang Myra.

"Makkkkk, laaaa mak kat sini ke? Dah lah tu kacau orang, nenek panggil balik dah tu" Panggil budak lelaki itu.

"Siapa mak kau? Nama aku Mila. Aku belum kahwin. Mana ada anak lagi" Marah Mila.

Lengan Myra di rangkul erat.

"Akak, saya tak nak ikut adik ni. Saya tak kenal dia. Kalau dia ni penculik upahan, macam mana? Tolong lah saya akak" Mila merayu.

Myra masih terpinga-pinga. Belum habis lagi drama dia bersama Mila, dah muncul budak lelaki ni.

"Mak, mak nak ke Tuan Salleh sendiri datang panggil mak? Dia garang tau. Dia bawak rotan nanti" Tanya budak lelaki itu lagi.

Mila menggeleng.

"Haaa kalau macam tu ikut lah Wan balik. Maaf mak cik. Ni mak saya. Dia ni tak sihat sikit. Maaf ya kalau dia mengganggu mak cik ke apa ke. Dia memang pantang pintu terbuka, cepat je keluar" Ikhwan dengan sopan meminta maaf.

Myra mengangguk faham. Tadi baru sahaja dia terkutuk Mila dalam hati. Mana tak panas, selamba je Mila tanyakan keberadaan suami dia. Siap bahasakan Ryzal abang lagi. Mana boleh! Abang tu Myra je boleh guna. Adik-adik Ryzal pun guna abang long. Bukan abang. Tapi, mendengarkan kata-kata Ikhwan tadi, sikit sebanyak Myra boleh agak sakit Mila tu apa. Hilang marahnya pada Mila.

"Akak, Mila balik dulu. Esok, Mila datang ajar akak make up tau" Sambil tangan kanannya dipimpin Ikhwan, Mila melambai ke arah Myra dengan tangan kirinya.

Myra turut membalas. Kemudian baru dia teringat yang bekas pengat dihantar Mila tempoh hari belum dipulangkan semula. Cepat-cepat Myra masuk ke rumah. Mengambil bekas itu dan sekotak kurma yang belum dibuka. Sentiasa ada stok dirumah ni, apatah lagi sejak dia berbadan dua, lagi banyak Ryzal beli dan suruh dia makan.

"Assalamualaikum" Myra menunggu seketika sebelum memberi salam buat kali kedua.

"Assalamualaikum" Myra diam lagi.

Baru sahaja mahu membuka mulut, sudah ada yang menjawab salamnya tadi.

"Waalaikumussalam. Anak cari siapa ya?" Tanya Fauziah.

"Saya Myra. Jiran sebelah ni. Hari tu anak mak cik ada beri saya pengat pisang. Hari ni saya nak pulangkan bekas. Maaf lambat pulangkan. Saya tak berapa sihat sebelum ni" Myra hulurkan bekas itu bersama dengan sekotak kurma.

"Allah, susah-susah je Myra. Masuklah dulu. Ni mesti Mila yang beri pengat tu, kan?" Duga Fauziah.

Myra angguk.

"Mak cik minta maaf. Mila tu tak berapa sihat sikit. Hari yang dia hantar pengat tu, sebenarnya mak cik dapat tempahan untuk sediakan juadah berbuka. Mak cik masuk solat Asar, keluar je tengok dia dah tak ada.

Sekali pengat hilang. Rupanya semua Mila dah agihkan pada jiran-jiran. Allah, bertuah betul anak!" Fauziah geleng kepala sambil tersenyum.

"Tadi Mila ada dekat rumah saya, lepas tu ada budak lelaki panggil dia. Tu anak Mila?" Tanya Myra.

Fauziah angguk.

"Mila jadi macam tu lepas suami dia lari 7 tahun lepas. Kahwin dengan orang lain dan ceraikan Mila. Mila tak pandai bergaya katanya. Masa tu Ikhwan tu baru 3 tahun. Mila sempat jugaklah masuk wad psikiatri. Tapi lepas dah okey sikit, doktor sarankan bawa balik ke rumah.

Kami pindah sini sebab Mila tak boleh duduk dirumah lama. Teringatkan suami dia je. Jadi murung. Histeria. Mak cik mintak maaf kalau Mila ada ganggu Myra. Kadang kalau ada yang terlupa nak kunci pintu lepas keluar, mulalah dia kalut nak keluar" Fauziah sungguh meminta maaf.

Risau kalau kehadiran Mila mengganggu jiran-jiran di perumahan ini pula.

"Tak adalah mak cik. Terima kasih mak cik, sedap mak cik masak ni. My balik dulu. Mak cik kalau senang-senang, jemputlah datang kerumah ya" Menyedari terlanjur lama dirumah Fauziah, Myra cepat-cepat meminta diri untuk balik.

Lagi pun, dah lewat petang ni, dia nak ke rumah Jannah untuk siapkan hidangan berbuka. Hana dan Hajar berpakat untuk memasak hari ni, jadi semuanya akan berbuka dirumah Jannah sahaja.

'Maaf Mila, My dah salah faham dengan awak'

Myra melangkah perlahan berjalan menuju kerumah Jannah. Patutlah Mila bergaya sakan. Ada cerita duka disebalik make up yang vogue itu rupanya!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience