"Abang Uwais, tu kak long dah sampai!" Jerit Rayyan apabila melihat kereta Fairus sampai diluar pagar sekolah.
Muhammad selaku abang yang paling tua antara kesemua mereka, pantas sahaja mengumpulkan kesemua adik-adik supaya tiada yang tertinggal.
"Cepat-cepat korang, kak long tak boleh tunggu lama-lama. Nanti kereta lain hon sebab kak long berhenti lama" Gesa Muhammad.
Raudhah, Rania, Uwais dan Rayyan berjalan menurut langkah Muhammad. Buka sahaja pintu kereta sebelah penumpang dihadapan, Muhammad sudah terkekeh gelak. Tunggu sahaja kembar tiga ni tengok siapa yang datang jemput mereka. Mesti bising dengan jeritan mereka bertiga.
"Eh daddy, kakak, kakak, daddy yang datang ambik. Daddyyyyy, Ayen rindu daddy" Dipautnya muka Ryzal selepas dia menghulur mukanya dari belakang semata untuk dia cium pipi Ryzal.
"Kakak nak cium daddy jugak" Raudhah tak nak kalah tapi Rania lagilah tak boleh nak kalah.
"Nia dulu lah kakak, Nia dulu. Daddy, Nia nak kiss daddy dulu" Jerit Rania.
Muhammad dihadapan sudah menutup telinga. Bingit! Ryzal yang turut merasa bingit menyuruh semuanya diam.
"Kita balik dulu. Daddy tak boleh parking lama-lama kat sini" Tegas suara Ryzal.
"Okey daddy" Serentak kembar 3 tu menjawab.
Kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah, menghala kearah Greenwood untuk Ryzal pusing dan singgah di McD dulu.
"Daddy, kita nak pergi mana ni?" Tanya Rayyan.
"Nak beli bubur untuk mummy. Mummy kan tak sihat" Jawab Ryzal.
"Bubur McD ke daddy? Hmmm, sedap lah mummy boleh makan siang-siang. Tak payah puasa" Komen Rayyan.
Muhammad tergelak lagi mendengar komen Rayyan.
"Mummy Long kan demam. Orang demam Allah tak wajibkan puasa. Tapi nanti kena ganti bila dah habis bulan Ramadan. Masa tu lagi penat dan banyak dugaan.
Sebab orang lain tak puasa, tapi kita kena puasa. Kalau Ayen, Ayen nak puasa ramai-ramai ke, nak puasa sorang-sorang? Petang-petang orang lain makan ais krim, Ayen kena telan air liur jelah sebab kena ganti puasa" Tanya Muhammad.
Ryzal angguk mengiyakan apa yang dikata Muhammad. Rayyan diam seketika, berfikir.
"Ayen pilih......., puasa ramai-ramai lah. Boleh berbuka ramai-ramai dekat rumah nenek, kan Abang Ngah?" Tanya Rayyan.
"Haaa pandai pun Ayen" Puji Muhammad.
"Tapi, bau ni menggoda sangat lah. Ayen tak mampu nak tahannnnnnnnnnnn" Bisik Rayyan sebaik sahaja mereka tiba di McD Gombak yang terletak bersebelahan Shell.
"Tak lama dah pun nak berbuka. Hari ni Mama Ngah order Nasi Arab yang Ayen suka makan tu. Balik nanti, kita mandi, Solat Asar, lepas tu kita main badminton sementara tunggu waktu berbuka. Nak?" Tanya Muhammad.
"Boleh boleh. Yesssss, mujur ada Abang Ngah. Harap ke kakak dengan Nia, asyik nak main masak-masak je. Tak tahu ke kalau main masak-masak Ayen jadi lagi lapar?" Rungut Rayyan.
Hanya tawa mereka bertiga pecah, sebab Raudhah, Rania dan Uwais sudah seronok tidur.
*****
"Ayen jangan lah tengok. Malulah mummy nak makan kalau Ayen tengok" Bisik Myra.
"Alaaaa, mummy bagilah Ayen tunggu mummy. Ayen nak tahu jugak macam mana nak jaga mummy kalau mummy sakit. Asyik daddy je jaga"
"Tapi nanti kalau Ayen terliur macam mana?" Tanya Myra.
Pandangan matanya dihala ke arah Ryzal. Ryzal mengangguk sahaja, menyuruh Myra membiarkan sahaja.
"Tak, Ayen janji tak. Abang Ngah cakap Mama Ngah order Nasi Arab untuk berbuka. Ayen boleh tunggu"
"Betul ni? Mummy nak makan dah ni" Myra memberi amaran.
Rayyan mengangguk. Tapi itulah, setiap kali Myra suap bubur, setiap kali itulah Rayyan telan air liurnya.
"Okey mummy dah siap makan. Ayen boleh pergi mandi dah. Okey? Nanti Abang Ngah tunggu lama nak main badminton dengan Ayen" Myra lap mulutnya dengan tisu.
"Okey mummy. Semoga mummy cepat sihat. I love you mummy. Tapi Ayen rindu daddy lebih. I'm so glad I see you daddy" Rayyan peluk Ryzal lama sebelum dia cium pipi Ryzal lagi dan keluar dari bilik tidur Myra.
Rayyan sibudak bermulut manis. Pandai sahaja mengayat mummy daddy!
Enjoy reading! :) Love, N
Share this novel