Jun 2021
"Mummy...," Rengek Rayyan.
"Ada apa Ayen?" Tangan Myra masih ligat membungkus inti wantan tu ke dalam kulitnya.
"Please mummy, Ayen nak tahu boy ke girl." Rayu Ayen lagi.
"Kan tak nampak lagi, Ayen nak mummy buat apa?" Geram betul Rayyan ni, ada sahaja kreativiti nya dalam menimbulkan kemarahan mummy.
"Mummy pergi lah check lagi. Please...,"
"Nak check kena buat appointment dulu Ayen. Sabarlah, mummy pun nak tahu, tapi bukan senang nak nampak. Kenalah bersabar." Bebel Myra.
"Hmmmmm...," Rayyan mengeluh.
"Eh dia pulak yang mengeluh." Bebel Myra lagi tatkala dia melihat Rayyan berlalu dengan satu keluhan berat.
*****
"Kenapa awak mengeluh ni?" Tanya Ikhwan.
"Mummy saya tu, dia cakap bulan 6 dah boleh tengok adik saya tu lelaki atau perempuan. Ni dah bulan 6, tapi mummy cakap tak nampak pulak.
Saya ni banyak benda nak siapkan Wan sebelum adik saya lahir tu." Omel Rayyan.
Ikhwan menggaru kepalanya. Apa yang Rayyan sibukkan sangat ni?
"Apa yang awak kena siapkan?" Tanya Ikhwan lurus.
"Saya nak kena cari nama, kena beli mainan yang sesuai, nak kena pilih warna baju yang sesuai." Omel Rayyan.
"Itukan kerja daddy awak." Balas Ikhwan.
"Saya kena belajar cara-cara untuk jaga adik. Saya kan anak lelaki. Daddy cakap anak lelaki pertama kena jadi pembantu daddy jaga keluarga. Jaga mummy, dan kakak-kakak saya yang nakal tu." Sambung Rayyan.
"Besar tanggungjawab awak tu." Komen Ikhwan yang hakikatnya, satu apa pun dia tak faham yang dibebelkan Rayyan dari tadi.
"Sebab tu lah saya kena bersedia." Balas Rayyan yakin.
*****
"Eh Chinese food lagi?" Tegur Ryzal yang baru sahaja keluar dari bilik usai video conference nya sambil melonggarkan tali leher.
"Ha ah. My cuba resepi baru. Abang okey ke? Atau abang nak My masak yang lain?" Tanya Myra.
"Eh no, no! It's fine. Tak payah. Makan ni je pun okey, kot. Bau macam sedap. Rasa pun mesti sedap ni." Komen Ryzal.
Seingat nya, sejak mengandung ni, segala Chinese food dicuba masak oleh Myra. Dia layan kan sahaja, tambah-tambah dalam keadaan mereka tidak boleh ke mana-mana sekarang ini. Sekurang-kurangnya Myra ada sesuatu yang boleh mengalih perhatian nya dari berterusan melayan perasaan bosan.
"My harap sedap. Kali pertama My cuba masak ni. Kalau tak sedap, kita order pizza ya." Usik Myra.
"Boleh. Abang tukar baju sekejap, nanti abang datang tolong My. Lepas tu nak tengok mana pergi semua askar ni. Senyap sunyi je rumah."
"Semua dekat rumah mak lah. Tadi Wan datang pun, Ayen ajak pergi rumah mak." Maklum Myra.
"Oh, patutlah. Okey, abang tukar baju sekejap." Ryzal keluar dari dapur, terus sahaja ke masuk ke bilik tidurnya untuk menukar pakaian.
*****
"Mummy, Ayen dah ada nama adik." Sergah Rayyan tiba-tiba sewaktu mereka sedang makan itu.
Tersedak Myra dibuatnya. Astaghfirullah hal azim anak ku.
"Ayen lain kali jangan buat mummy macam tu lah." Tegur Raudhah.
"Sorry, sorry. Tapi Ayen nak share je apa nama best yang Ayen jumpa masa kat rumah nenek tadi." Rayyan membela diri.
"Apa nama yang Ayen pilih?" Tanya Ryzal.
"Rifqi Fairus daddy." Jawab Rayyan gembira.
Ryzal mengangkat kening, seolah tidak percaya dengan ketekadan Rayyan mencari nama untuk "adik lelakinya".
"Uhuk..., uhuk." Tersedak lagi Myra, yakinnya anakku sediakan nama lelaki untuk adik dia.
"Kalau perempuan?" Duga Myra.
"Hmmmm, kena jadi perempuan ke? Jadi lelaki jelah adik. Penat Ayen nak cari nama perempuan." Bebel Rayyan.
Enjoy reading! :) Terima kasih kepada semua yang masih sudi bertanya khabar Myra dan Ryzal. Terlupa langsung pasal pasangan romantik ni haaa XD Terima kasih banyak-banyak juga untuk donations. Semoga rezeki awak semua melimpah ruah dan berganda-ganda aamiinn. Love, N
Share this novel
minta 2 adiknya lelaki kesian yan tu susahpayah cari nama utk adiknya
Tq update...
finally....tq❤️