"Abang dah selesaikan hal hotel untuk kuarantin kat sana. Sekarang kena selesaikan hal kebenaran untuk ke luar negara pulak"
Hal ini agak sukar sikit bagi Ryzal. Kerana dia memerlukan adik-adiknya mendapatkan pengesahan doktor di Singapura tentang keadaan mummy nya yang semakin tenat. Tanpa rekod kesihatan itu, mustahil Ryzal boleh mendapatkan kelulusan. Jadi dia perlu menunggu beberapa hari.
"Hotel kuarantin dekat Malaysia pun dah selesai?" Tanya Myra. Kopi O kosong itu dihulur kepada Ryzal.
"Yup, done booked! Berat hati rasa nak pergi dalam keadaan macam ni. My sure boleh jaga anak-anak dan mak abah ni?" Berkali dia tanya.
Bukan tak yakin, tapi risau akan menyusahkan isteri. Biasanya pagi dia yang akan hantar anak-anak ke sekolah. Petang Myra yang akan menjemput mereka.
Kali ni, Myra yang akan kena pergi sendiri, pagi dan petang. Walaupun, tak jauh mana sekolah anak-anak. Sekolah Rendah Islam Al-Amin disebelah UIA tu sahaja.
"Boleh. Jangan risau. Anak-anak kita pun dah besar, dah boleh diharap. Boleh mintak tolong tengok-tengokkan mak jugak.
Lagipun, next week, Abang Rafiq dah balik rumah sini sebab Hajar dah habis pantang, Kak Hana dengan Abang Shahir pun ada, abang jangan risau. Selesaikan tanggungjawab abang pada mummy dulu"
Selepas kes serius bersama mummy dulu, Myra yang tak berhenti memujuk supaya Ryzal maafkan mummy. Tak memaksa, tapi lembut dan sambil-sambil sahaja. Akhirnya, mulai 7 tahun lepas, masa kembar berusia 3 tahun, dan selepas Myra tamat belajar, mereka ke Singapura 2 kali setahun untuk ziarah mummy Ryzal.
Bermula dengan Ryzal gugurkan tuduhan keatas mummy nya yang cuba mencederakan Myra, dan mummy nya dirujuk kepada pakar sakit jiwa sehinggalah beberapa tahun lepas, dia dibenarkan balik ke rumah.
Mummy nya tinggal bersama kakaknya, Mrs. Chee dan keluarga Amanda. Adik-adik Ryzal yang lain masih bekerja jadi mereka memberi elaun khas kepada Amanda yang membantu menjaga mummy mereka. Hujung minggu, adik-adiknya akan bergilir menjaga mummy.
Kopi O kosong yang masih panas itu Ryzal letak diatas meja dihadapannya selepas disisip perlahan. Isteri yang sedang memeriksa kerja rumah anak-anak ditenung lama. Sehinggalah Myra mengangkat mukanya.
"Kenapa abang tengok My macam tu?" Mukanya sudah memerah.
"Honestly, kalau bukan My yang pujuk abang, abang pun tak tahu macam mana keadaan hubungan abang dengan mummy. Thank you My" Romantic mode, on!
"Mummyyyyy, tengok Nia ni. Eeeiiii dia main cacing, mummy, daddy help!
Get it off my face Nia" Jerit Raudhah dari luar.
Ryzal dah geleng kepala bila tiba-tiba dia dengar anak sulungnya tu menjerit nyaring. Diikuti gelak tawa kembar berdua tu. Suka sangat mengusik Raudhah yang jeritannya tu boleh kedengaran sampai ke Giant Batu Caves.
Okey, silakan off balik mode romantic tu. Myra tergelak. Pipi suami yang kehampaan tu dia berikan ciuman pantas.
"My, remind me again kenapa abang happy sangat masa Raudhah lahir dulu, dan kenapa kita buat keputusan nak tambah anak lagi sekarang" Tutur Ryzal sambil tangannya membuat gaya menutup telinga.
Bingit bila Raudhah menjerit lantang.
"Can't be undone. Tunggu good news jelah ya abang. And, kita sambung nanti okey" Ucap Myra sambil tergelak.
Ryzal dah bangun melangkah menuju ke pintu. Rania dengan Rayyan ni, beraninya lain macam. Raudhah pulak jenis penggeli. Dah kena usik macam tu, mahu nya tak meraung. Tambah sorang lagi nanti, wajib hingar semula rumah ni kalau kakak-kakak dan abang pakat mengusik.
"Nia, Ayen, daddy cakap apa pasal usik kakak dengan cacing macam tu?" Tegur Ryzal.
"Cacing tak gigit pun daddy. Kakak je beria jerit. Over lah kakak ni" Rania ni memang lah, selamba je dia balas apa yang daddy cakap.
"Dah tahu kakak tak suka, jangan lah buat lagi. Kalau kakak mengigau malam nanti macam mana? Or kalau kakak demam? I'll have no other choice then, daddy kena bagi Timeout dekat Nia dengan Ayen"
"I'm sorry daddy" Cacing-cacing itu dicampak ke tanah semula, perangai Rania anak keduanya ini lain macam.
Ryzal pakai selipar, mendekati kembarnya itu. Bertinggung separas mata Rania.
"Daddy dah bagitahu kan, daddy nak pergi tengok granny dekat Singapura. Daddy kena pergi lama, kalau macam ni Nia dengan Ayen buat perangai hari-hari, kesian mummy.
Mummy nak jaga nenek lagi. Nak urus hal rumah lagi. Nak urus anak-anak lagi. Can I trust you to help your mummy?" Tanya Ryzal.
Rania angguk perlahan. Rayyan juga.
"Great! Now get inside, mandi. Dah lewat petang ni"
Apa lagi, lintang pukang kembar itu berlari. Tak nak daddy ulang buat kedua kalinya.
Enjoy reading! ;) Love, N
Share this novel