Bab 14. Kepulangan

Romance Series 205490

26 April 2021

Dengan penuh rasa gembira, Ryzal menarik bagasinya keluar dari hotel tempat dia menjalani tempoh kuarantin menuju ke Grab yang telah ditempah dalam aplikasi tadi.

Tak sabar nak balik ke rumah. Setelah 3 minggu tidak bertemu mata dengan keluarga, ini adalah hari yang dinanti-nantikan!

Dia masih belum memaklumkan kepada Myra tentang perjalanannya menuju kerumah sekarang ini. Biarlah, baru boleh buat kejutan!

Setibanya dirumah, dapat dia lihat tiada apa sangat yang berubah melainkan banyak daun dari pokok mangga yang terletak ditengah-tengah antara rumah dia dan Jannah berguguran dalam laman rumah.

Ni semua sebab Myra tengah alahan lah ni. Sebab biasanya Myra rajin mengajak anak-anak untuk sama-sama menyapu daun-daun kering termasuk yang dirumah Jannah, walaupun lepas tu bermaksud mereka akan digegarkan dengan bunyi tempikan dari Raudhah yang diusik dengan cacing oleh kembar.

Menggunakan kuncinya, Ryzal buka pintu utama rumah perlahan-lahan supaya Myra tidak terkejut. Sunyi, sebab anak-anak pun belum balik dari sekolah. Dia segera melangkah menuju ke bilik tidurnya.

Eh kosong? Mana Myra? Ada dekat rumah Jannah ke? Ryzal keluar semula dari bilik tidur, menyarung selipar setelah mengunci pintu utama rumah lalu terus pergi ke rumah Jannah.

"Assalamualaikum, mak!" Pintu dibuka dengan berhati-hati, tidak mahu Jannah pula terperanjat.

"Waalaikumussalam" Cepat sahaja di sahut Jannah yang sedang menonton televisyen diruang tamu.

"Haaaa abang long ke. Mak ingat Rafiq balik tadi" Ucap Jannah yang sudah berdiri namun Ryzal lebih cepat mendekat dan menyuruh dia duduk semula.

"Mak sihat tak ni?" Tangan Jannah dicium sebelum dia memeluk Jannah.

Rindu dengan mak!

"Alhamdulillah sihat. Cari My ke?" Tanya Jannah bila dia perasan mata Ryzal melilau mencari kelibat isteri.

"Ha ah mak. Dia tak ada kat rumah. My ada kat sini ke?" Tanya Ryzal semula.

"Ada tu dalam bilik tengah. Teruk sungguh eh kali ni? Mak suruh Raysha bawak My datang sini sebelum Raysha hantar adik-adik pergi sekolah pagi tadi" Jawab Jannah.

"Itulah mak, sebelum ni tak pernah teruk sampai macam ni sekali. Rasa bersalah pulak. Dah la lama kena tinggal" Balas Ryzal.

"Semalam, petang sebelum berbuka tu Raudhah cakap mummy teringin lahai nak makan mee tarik sebab nampak dekat Fac. Rafiq dengan Hajar pergi beli, makan dua sudu je, lepas tu Rayyan yang habiskan" Cerita Jannah.

"My puasa ke mak?" Tanya Ryzal.

Myra makan mee tarik? Setahu dia selama kahwin dengan Myra, Myra tak gemar langsung dengan makanan Cina ni. Kali ni makan pulak?

"Tak puasa. Mak tak bagi. Karang lembik tak cukup air dalam badan, bahaya untuk dia dan baby" Jawab Jannah.

"Pergilah tengok My dulu tu. Kejap lagi anak-anak nak balik, pakat kerumun dia pulak. Tak sempat lah nak tanya khabar isteri nak manja-manja" Usik Jannah.

"Puasa mak, tak boleh manja lebih-lebih" Jawab Ryzal sambil tergelak, melayan usikan Jannah.

"Ehhh, mak cakap manja-manja tu, maksudnya manja-manja je. Bukan benda lain. Heh teruk betul anak lelaki ni yang baru sekali PJJ dengan isteri" Seronok Jannah mengusik Ryzal lagi.

"Mak niiiiii. Tak nak lah cakap dah. Entah apa lagi mak fikir pasal abang long nanti. Abang long nak pergi tengok My lah" Balas Ryzal dengan muka yang sudah memerah.

Tua macam mana pun, mana boleh dia terima usikan Jannah macam tu. Tak biasa!

Pintu bilik tengah dibuka perlahan. Bau minyak angin memenuhi ruang bilik yang kadangkala menjadi bilik persinggahan Raysha. Kelihatan Myra sedang nyenyak tidur dengan dada turun naik perlahan.

Dia duduk di birai katil. Dahi Myra disentuh. Dedar sikit berbanding biasa. Nak kejut tak sampai hati. Tapi dia sudah teruja nak Myra tahu yang dia sudah balik. Akhirnya dia usap sahaja pipi Myra perlahan, berulang kali.

"Eh abang dah balik? Kenapa tak beritahu?" Myra yang tersedar itu baru sahaja mahu bangun bila ditahan oleh Ryzal.

"Tak payah bangun, rehatlah. Abang baru je sampai. Cari My kat rumah tak ada. Abang datang sini terus" Terang Ryzal.

"Sorry tak sambut abang balik" Tangan Ryzal dicium sebelum dibawa ke pipi.

Rindunya dengan hangat tangan suami.

"Kalau anak-anak balik sekejap lagi, mesti dorang menjerit suka ni" Sambung Myra.

"Abang ingat abang nak pergi ambik mereka terus dari sekolah sekejap lagi. Bagi Raysha rehat petang ni" Beritahu Ryzal.

Myra angguk.

"Okey jugak macam tu. Kesian Raysha pagi petang hantar ambik adik-adik dari sekolah"

"Okey, abang balik rumah sekejap ambik wallet. Kemudian abang datang sini balik sebelum pergi ambik anak-anak. Nak beritahu Raysha supaya dia tak payah pergi ambik adik-adik. My nak apa-apa tak untuk makan?" Tanya Ryzal sambil meletak tangan di dahi Myra lagi.

" Nak bubur McD please!" Pinta Myra.

Ryzal angguk sahaja sebelum dia keluar dari bilik. Sampai sahaja diruang tamu rumah Jannah, dia mengerut kening. Bubur McD? Bukan Myra tak suka bubur McD ke sebab dia cakap ada minyak bijan yang baunya sangat kuat. Tidak menyenangkan hidung.

'Beli jelah kalau dah dia yang nak' Ryzal berbisik sendiri.

"Mak nak apa-apa untuk berbuka malam ni?" Tanya Ryzal.

"Tak ada apa-apa dah mak nak hari ni. Hana dah tempahkan nasi arab untuk berbuka. Tunggu orang hantar je petang nanti. Esok lah kita fikir kalau ada apa-apa lagi nak makan" Jawab Jannah.

Ryzal angguk sahaja sebelum dia balik kerumah mengambil dompetnya dan beberapa barang lain sebelum kembali kerumah Jannah semula untuk mengambil kunci kereta Fairus yang akan digunakan untuk mengambil anak-anak dan anak saudaranya nanti.

Dia sudah maklumkan pada Raysha melalui WhatsApp yang Raysha tak perlu keluar hari ni mengambil adik-adik. Tak sabar nak tengok reaksi anak-anak bila dah nampak dia nanti!

Enjoy reading! :) Terima kasih dekat semua yang komen. Nanti N reply satu-satu ya. Asyik loading je, lepas tu crash :( Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience