"Malam ni kita beritahu anak-anak ya, pasal berita ni?" Ryzal memberi cadangan.
Myra tergelak sendiri membayangkan reaksi anak-anak.
"Kenapa gelak?" Tanya Ryzal tak puas hati.
"Tak, terfikir macam mana agaknya reaksi mereka bila tahu. Ayen dah lah tak habis-habis tanya bila My nak bagi dia adik lepas Faiq asyik cerita dekat dia best ada adik" Jawab Myra.
"Abang paling takut Raudhah menjerit. Abang kena sediakan earplug sebelum kita beritahu" Ryzal tergelak sendiri.
"Jadi kita nak beritahu macam mana ni?" Tanya Myra.
Tak ada pengalaman. Sebab masa Raudhah dulu mana ada kena beritahu apa-apa. Hahaha.
"Lepas tarawih nanti abang beritahu. How are you, feeling better lepas makan bubur?" Tanya Ryzal.
"Sangat! Kenapa My tak makan bubur ni dulu eh? Sedap sangat-sangat kot. Rugi betul sekarang baru makan" Jawab Myra teruja.
Ryzal dah geleng kepala. Pelik betul. Kejap suka kejap tak suka. Pembawakan budak lah ni.
"Mak cerita haritu sayang teringin nak makan mee tarik eh? Bukan sayang tak suka ke?" Tanya Ryzal.
"Entah, teringin bila nampak kawan makan. Bila rasa, sedap jugak, cuma My tak makan banyak. Sebab lepas tu ada rasa loya lagi. Nanti kita pergi makan mee tarik tu lagi boleh tak abang?" Pinta Myra.
"Boleh. Boleh sangat. At least My makan. Tak lah abang risau sangat" Tak sabar nak beritahu anak-anak berita yang sekian lama mereka nantikan.
*****
"Daddy beritahu, lepas Tarawih, daddy ada nak cakap sikit. Daddy nak cakap apa?" Tanya Raudhah sambil meleset di riba Ryzal.
"Kakak ni suka duduk dengan daddy. Ingat tu daddy kakak sorang ke?" Bebel Rania.
"Jangan gaduh Nia. Adik beradik tak boleh gaduh. Cuba tengok daddy dengan Mama Ngah, atau dengan Ayah Su, ada gaduh tak?" Tanya Myra.
Rania menggeleng.
"I'm sorry mummy. Nia sorry kakak"
"Cepatlah mummy beritahu, Ayen tak sabar dah ni" Gesa Rayyan.
"Hmmmm, okey okey. Daddy beritahu sekarang. Okey, sebenarnya mummy demam dan tak sihat tu, sebab mummy mengandung" Ucap Ryzal.
Anak-anak semua ternganga!
"Mengandung? Ayen akan dapat adik lelaki ke? Kakak, kita nak dapat adik lelaki. Yeayyyyy" Sorak Rayyan.
Kali ni giliran Ryzal dan Myra pulak yang ternganga! Pandai-pandai je cakap adik lelaki.
"Alaaahhh, tapi Nia nak adik perempuan. Mummyyyyyy, Nia nak adik perempuan. Kan kakak? Boleh main masak-masak sama-sama" Rania sudah muncung sedepa, masam mencuka.
Raudhah masih diam.
"Kakak tak happy ke nak dapat adik lagi?" Tanya Myra.
Raudhah angguk. Myra dan Ryzal saling berpandangan.
"Kenapa?" Tanya Ryzal.
"Penat lah jaga adik bila dah besar. Tengok macam Nia dengan Ayen. Asyik usik kakak je" Riak muka Raudhah macam dah pasrah, tapi tetap dia luahkan apa yang dia rasa.
"Kakak tak sayang Nia dengan Ayen ke?" Tanya Ryzal.
Rania dan Rayyan terdiam, masih menunggu jawapan Raudhah.
"Sayang tu sayang lah, tapi....." Raudhah garu kepala.
"Lagi sayang kalau dorang tak usik kakak dengan cacing. I hate worms" Raudhah rangkul Ryzal erat.
"Nia dengan Ayen dengar tak apa kakak cakap tu?" Tanya Myra.
Mereka berdua mengangguk perlahan.
"Ayen dengan Nia dah tahu kan yang kakak tak suka, lain kali jangan buat lagi. Sebab kalau kita selalu usik orang yang kita sayang dengan perbuatan yang mereka tak suka, lama-lama nanti orang dah tak nak sayang kita.
Daddy dah tua. Tak tahu berapa banyak masa yang daddy ada untuk jaga mummy, jaga kakak, jaga Nia dengan Ayen, jaga adik baby. Jadi daddy nak, kalau nanti daddy dah tak ada, anak-anak daddy boleh sepakat jaga mummy sama-sama. Jangan gaduh-gaduh. Kena saling sayang menyayangi.
Boleh janji dengan daddy?" Panjang Ryzal menegur.
Sebak pulak Myra yang mendengar. Sebab dia tak boleh bayangkan bagaimana kehidupan dia jika Ryzal tak lagi ada disisi. Ryzal pergi Singapura pun tak tertanggung rindunya walau setiap malam ber video call.
"Daddy, Nia janji jadi baik dah lepas ni. Tak usik kakak. Tak gaduh dengan Ayen. Sorry, Nia selalu buat daddy dengan mummy marah" Rania sudah memeluk Ryzal erat.
"Daddy, Ayen tak nak tak ada daddy. Daddy kena selamat. Ayen tak nak jadi anak yatim macam Nasrullah. Ayen nak daddy yang jaga Ayen sampai Ayen besar. Lepas tu Ayen pulak jaga daddy dengan mummy" Luah Rayyan setelah lama berdiam.
"Ayen doakanlah daddy dengan mummy selalu sihat, panjang umur. Okey?" Pujuk Myra.
Rayyan hanya mengangguk. Terbayang sedih sahabatnya Nasrullah yang sudah menjadi anak yatim kerana papanya kemalangan dan meninggal ditempat kejadian.
'Ya Allah, selamatkan daddy dan mummy. Panjangkan umur mereka sebab Ayen nak jaga mereka bila Ayen besar nanti'
Enjoy reading! :) Esok sambung Matahariku ya, lepas habis semua pemantauan dari pihak PPD. Love, N
Share this novel