Bab 13. Super Daddy

Romance Series 205511

22 April 2021

Pintu bilik yang diketuk berkali-kali sebelum dibuka dengan kasar mengejutkan Myra. Belum sempat nak bertenang, suara Rayyan memecah keheningan petang dirumah itu.

"Mummy, tengoklah kakak dengan Nia ni. Dia kacau Ayen" Myra dah tutup muka dengan bantal.

Ya Allah, menguji kesabaran betul anak-anak hari ni. Balik sahaja dari sekolah terus berperang. Dengan belum mandinya lagi. Sedangkan Myra sudah melepek mengalahkan kain buruk. Nak ke bilik air untuk muntah pun hampir merangkak.

Nak bercakap pun terasa kembang tekaknya hendak muntah. Sudahnya dia diamkan diri sahaja disebalik Spongebob.

'Baby, tolong mummy please! Jangan buat mummy macam ni. Dengan kakak abang baby berperangai mengarut sejak daddy pergi Singapura ni. Tolong lah mummy! Kalau nak manja-manja pun, tunggulah daddy balik. Mummy tak larat' Myra sudah menangis teresak-esak.

Anak-anak yang terdengar mummy menangis terus mendiamkan diri. Masing-masing pandang muka sesama sendiri. Nak mendekat takut mummy marah. Mereka keluar senyap-senyap, tutup pintu perlahan-lahan dan terus mencari telefon bimbit Myra.

Tak ada orang lain yang mereka cari. Daddy!

"One minute, my wife is trying to reach me"

Ryzal tutup fungsi video yang memaparkan mukanya dan dia tutup kan juga mikrofon supaya para pelajarnya yang sedang belajar secara dalam talian menggunakan Google Meet bersama dia tidak mendengar perbualannya.

"Assalamualaikum daddy!" Suara Rayyan yang menyapa terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam. Kenapa Ayen call daddy?" Tanya Ryzal pelik.

"Ayen nak bagitahu ni, mummy menangis daddy" Lapor Rayyan.

"Kenapa mummy menangis? Mummy demam semula ke?" Tanya Ryzal lagi.

"Entah la daddy. Tadi balik sekolah kakak dengan Nia usik Ayen. Ayen masuklah bilik beritahu mummy. Tup tup, mummy menangis" Lapor Rayyan lagi.

Ryzal mengeluh. Mesti Myra penat ni, mungkin juga masih belum sihat. Atau pun muntahnya makin teruk. Bila jadi macam ni, mula lah rasa bersalah menggigit tangkai hati. Sebab dia tiada disitu untuk membantu.

"Kakak mana? Daddy nak cakap dengan kakak. Ayen bagi telefon dekat kakak" Arah Ryzal.

"Hello daddy? Kenapa?" Raudhah sudah mengambil alih panggilan telefon itu.

"Kakak dengan adik-adik semua dah mandi?"

"Belum daddy"

"Okey, mummy tak sihat tu. Kakak suruh adik-adik pergi mandi dulu. Masuk baju dalam mesin basuh. Tekan butang macam daddy ajar hari tu. Ingat lagi tak?"

"Ingat daddy"

"Bagus! Lepas tu kakak tengok dalam peti ais, ada air kotak teh bunga tu ke tak. Kalau ada, ambil bagi mummy...." Tak sempat dia nak habiskan ayat, Raudhah dah pintas.

"Tapi mummy kan puasa daddy?"

"Mummy tak sihat, macam mana nak puasa?" Soal Ryzal semula.

"Okey okey. Lepas tu daddy?"

"Lepas tu cari lemon bagi mummy. Jangan buat bising, jangan kacau mummy. Daddy WhatsApp semula arahan daddy tadi. Kakak tengok dekat WhatsApp okey, just in case kakak lupa apa yang daddy cakap.

Kalau nak tanya apa-apa pun WhatsApp je daddy. Sekarang daddy nak sambung kelas. Habis kelas daddy ni, daddy telefon semula" Lengkap arahan yang dia beri, harap-harap Raudhah mampu ikut dan kawal adik-adiknya.

"Okey daddy. Thank you. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" Panggilan diputuskan.

Ryzal geleng kepala memikirkan perangai anak-anak. Patutlah Myra pun boleh menangis.

"Okay, let us continue with our class" Ryzal buka semula fungsi mikrofon dan video pada Google Meet nya.

"Mummy, daddy cakap bagi mummy minum teh bunga" Bisik Raudhah seperlahan yang boleh.

"Hmmmmm" Myra bangun dari katil.

Raudhah depan mata dilihat sahaja. Dah siap mandi dan pakaian nya juga sudah bertukar.

"Adik-adik pun dah mandi?" Air teh bunga yang Raudhah hulurkan, Myra sambut dan letak dihujung katil.

Tak minum lagi, menghormati Raudhah yang sedang berpuasa.

"Sudah mummy. Kakak dah cuci baju jugak. Daddy suruh. Mummy, kakak minta maaf sebab bising tadi dengan adik-adik. Lupa mummy tengah demam" Ucap Raudhah.

"It's okay kakak. Thank you tolong mummy tengokkan adik-adik" Balas Myra.

Raudhah hulur sebiji oren. Myra angkat kening. Kenapa pulak bagi oren ni?

"Daddy cakap bagi mummy lemon. Tapi kita tak ada lemon. Kakak bagi mummy oren ya?" Tanya Raudhah.

"Thank you" Oren itu diambil dari tangan Raudhah.

Dia toreh sikit dengan kukunya yang pendek. Cukup untuk mengeluarkan aroma oren itu yang menyegarkan. Lega!

'Jauh-jauh pun daddy mampu kawal anak-anak. Balik cepat daddy. I need you T_T' Teriak Myra dalam hati.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience