Bab 6. Tersisih

Romance Series 205490

"Mummy, muka daddy masa kecik macam Ayen kan?" Anak-anak rindu daddy, habis diselongkar album gambar daddy.

Yang ni tak apa tengok. Sebab daddy dah tapis semua gambar. Tak ada dah gambar orang lain yang tidak berkenaan.

"Eh tak lah, muka daddy macam kakak lah" Bantah Raudhah.

"Tak, muka Nia macam daddy. Tengok ni kalau Nia senyum, sama macam daddy" Balas Rania pula, sambil menunjukkan kedua lesung pipitnya.

Anak-anak perempuan semua ada lesung pipit yang dalam dikedua belah pipi, Rayyan pula hanya ada satu sahaja disebelah kanan.

"Haaa ambiklah semua nak daddy. Ayen nak mummy. Mummy, Ayen sama macam mummy, kan?" Rayyan dan rangkul tangan Myra manja.

"Iya, sama, Ayen kan anak mummy" Myra peluk Rayyan seketika.

"Mummy, betul ke, nanti kalau ada adik baby, mummy daddy tak sayang Ayen dah?" Tanya Rayyan, nadanya kedengaran sayu.

"Siapa cakap dekat Ayen macam tu?" Terhenti gerakan tangan Myra yang sedang melipat baju.

"Mummy ingat tak Faiq?" Tanya Rayyan.

Myra angguk.

"Ingat, kenapa?" Tanya Myra.

"Faiq cerita dekat Ayen tadi masa tengah rehat dekat sekolah. Mama dia baru je lahirkan baby masa cuti sekolah tu. Lepas tu semua orang datang tengok baby dia. Semua cakap baby dia comel lah, putih lah, lepas tu semua cakap mama Faiq dah tak sayang Faiq sebab dah ada baby baru.

Cakap mama Faiq tak sayang Faiq dah sebab Faiq gelap tak macam baby dia. Faiq cerita jugak, semalam, dia kena marah dan kena cubit dengan mama dia sebab Faiq terbuat bising lepas tu baby dia nangis" Cerita Rayyan bersungguh-sungguh.

"Apa lagi Faiq cerita dekat Ayen?" Tanya Myra, fokus mendengar cerita Rayyan.

"Oh haa, Faiq cakap seronok baby dia dapat banyak hadiah. Tapi Faiq tak dapat pun. Mummy, kalau mummy dengan daddy dapat baby baru, mummy jangan lah tak sayang Ayen ya" Alahai, sedihnya permintaan anak yang ini.

"Mummy rasa kan Ayen, bukan mama Faiq tak sayang Faiq. Tapi mama Faiq penat tu. Bersalin ni sakit sangat sayang. Penat. Lepas tu penat nak jaga baby lagi. Kalau penat, lepas tu tak ada orang yang tolong, memang mudah rasa nak marah.

Okey macam ni, apa kata nanti mummy WhatsApp mama Faiq, tanya mama Faiq boleh tak kita lawat baby dia. Kalau boleh, kita pergi beli hadiah untuk baby Faiq, dan hadiah untuk Faiq jugak. Nak tak?" Myra memberi cadangan.

"Hadiah untuk Faiq? Kenapa nak bagi hadiah dekat Faiq mummy?" Tanya Rayyan lurus.

"Kan Ayen cakap Faiq sedih sebab semua bagi hadiah dekat baby je? Kita bagilah hadiah dekat Faiq jugak supaya dia gembira" Terang Myra.

"Ohhh, betul jugak tu mummy. Faiq suka baca buku. Boleh tak kita mintak izin daddy untuk beli buku Teroka Sains tu mummy? Hari tu ada kawan bawak dekat sekolah tapi tak nak bagi Faiq pinjam" Tanya Rayyan.

"Boleh. Nanti mummy cari buku tu" Bagitahu Myra.

"Sayang mummy. Mummy, kalau nanti mummy ada baby baru, lepas tu mummy tak sayang Ayen dah, Ayen akan tetap sayangkan mummy dengan daddy sampai bila-bila" Allahuakbar, berderai air mata Myra.

Rayyan ni sama macam daddy. Sangat-sangat pandai menghargai orang yang dia sayang.

"Tak mungkin mummy akan benci Ayen. Mummy yang lahirkan Ayen, mummy yang besarkan Ayen.

Ayen kena sentiasa ingat yang, mummy mungkin akan terbuat salah yang sama macam mama Faiq, tapi tak mungkin bagi mummy untuk benci Ayen. Ayen kena ingat tu tau" Pipi Rayyan dicium berkali-kali kiri dan kanan.

Raudhah dan Rania sibuk melayan album gambar tu, terlepas drama air mata antara mummy dan Rayyan.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience