"Daddy, baju raya kita tahun ni warna apa?" Tanya Rayyan pada Ryzal yang sedang membaca buku diruang tamu selepas Tarawih bersama itu.
"Hmmmm entah, cuba tanya mummy. Selalu mummy yang tentukan warna baju raya ni"Jawab Ryzal.
"Okey daddy. Daddy...." Panggil Rayyan lagi.
"Iya, kenapa?" Tanya Ryzal.
"Kalau mummy dah beritahu warna baju kita, bila kita nak pergi beli baju raya?" Tanya Rayyan.
"Hmmm, secepat mungkin pun boleh. Kenapa?"
Lain macam soalan Rayyan malam ni. Macam mukadimah kepada satu soalan lain yang lebih besar.
"Ayen ada nak mintak sesuatu ke dari daddy?" Soal Ryzal.
Rayyan garu dagu yang tidak gatal sambil tersengih.
"Boleh tak daddy belanja kawan Ayen baju raya jugak?" Rayyan dah lingkarkan tangan ke leher Ryzal.
"Siapa kawan Ayen tu?" Ryzal dah tutup buku yang dibacanya, dia letak diatas meja.
"Ikhwan, anak Mak Cik Mila dekat rumah sebelah" Jawab Rayyan.
Hahhh, dah siapa pulak Mak Cik Mila ni?
"Mak Cik Mila, yang bagi daddy pengat tu hari tu. Pastu ajak daddy kahwin tu" Beria Rayyan bercerita.
Myra yang baru sahaja ke ruang tamu sambil membawa kopi untuk suaminya hanya tersenyum melihatkan keprihatinan Rayyan terhadap kawannya itu.
"Mila tu dah ada anak?" Tanya Ryzal keliru.
Kata single. Siap offer nak jadi isteri kedua lagi.
"Ha ah, My ada pergi rumah Kak Mila tu. Dia sebenarnya tengah sakit abang. Mak dia cerita, dia jadi macam tu lepas kena tinggal dengan suami" Terang Myra kepada Ryzal.
"Ohhh, okay. And then?" Tanya Ryzal.
Patutlah Mila berani mati tawarkan diri nak jadi isteri kedua.
"Semalam Mak Cik Fauziah, mak Kak Mila tu cerita yang dia terpaksa hantar Kak Mila masuk wad. Sebab ada orang dekat kejiranan kita ni tak selesa dengan Kak Mila. Dia kan suka usik orang. Ikhwan tu semalam sehari suntuk menangis sebab tak dapat sambut raya dengan Kak Mila"
Terang Myra lagi.
Semalam, dia juga merupakan salah satu saksi yang melihat pihak hospital datang mengambil Kak Mila untuk dibawa ke hospital dan diletakkan dibawah pengawasan doktor. Dia juga merupakan saksi betapa Ikhwan merayu-rayu supaya ibunya tidak dibawa pergi.
Pilunya hati. Melihat Ikhwan bagaikan dia melihat diri dia sendiri sewaktu pemergian mama akibat kemalangan dahulu. Bezanya, dia waktu itu sudah besar. Ikhwan pula sebaya Rayyan. Tak dapat dibayangkan jika dia kena berpisah dengan Rayyan.
"Wan tengah sedih sekarang. Mummy cakap, kalau kawan kita sedih, kita boleh bagi dia hadiah. Macam dulu mummy bagi hadiah dekat Faiq. Jadi, kalau kali ni Ayen nak daddy belanja baju untuk Wan boleh ke? Kalau daddy tak boleh belanja, Ayen keluarkan duit dari tabung Ayen pun tak apa.
Tapi Ayen nak mummy tolong belikan. Sebab Ayen tak tahu macam mana nak belikan" Jelas Rayyan.
"Boleh daddy dengan mummy belikan. Nanti mummy tanya saiz Ikhwan. Atau agak-agak pun tak apa" Jawab Ryzal.
Myra angguk.
"Nanti mummy tanya saiz Ikhwan"
"Terima kasih daddy. Sebab nak belanja Wan. Terima kasih mummy, sebab tolong Ayen" Rayyan cium pipi Ryzal sebelum beralih ke pipi Myra pula.
*****
"My, kenapa ni menangis malam-malam?" Masuk sahaja ke bilik tidur setelah selesai menyiapkan kerja untuk kelas pagi nanti, Ryzal terdengar sayup di telinganya esakan dari Myra.
Jam dinding dilihat. 3 pagi. Ryzal tarik Myra ke pelukannya.
"My rindu mama" Sebaris ayat itu sudah mampu menghiris hati Ryzal.
"It's okay. Come here. Nanti, bila semua dah reda, kita balik ziarah kubur mama, ya?" Pujuk Ryzal.
13 tahun sejak arwah meninggal, ini baru kali pertama Myra jadi begini. Teringatkan mama, maksudnya, pasti Myra teringat juga punca pemergian arwah. Kemalangan yang dirancang!
"My, sorry, abang sibuk sangat sampai tak beri perhatian yang cukup dekat My. I'm so sorry. Abang akan ubah, abang akan luangkan lebih banyak masa dengan My. Sorry sangat-sangat" Buntu juga mahu pujuk Myra bagaimana.
Tapi sesi pembelajaran online ni lebih menduga. Lebih menyibukkan dari sesi pembelajaran yang biasa. Dia sendiri juga terasa lelah. Ada masa tak sempat mahu membuat perkara lain lagi.
"Tak apa, tak ada kaitan pun pasal abang. My rindu mama je. Sorry, My buat abang susah hati. My okey, abang jangan risau" Balas Myra.
"Sebab My nampak Ikhwan tu semalam je bila Kak Mila dibawa ke hospital, dia menangis teruk. My macam nampak diri My sendiri waktu My nampak mama kemalangan. My yang dah besar masa tu pun sedih teruk.
Kalau My ditempat Ikhwan, tak tahulah macam mana" Tanpa segan silu, Myra lap air mata dengan baju yang dipakai suami.
Ryzal biarkan sahaja.
"Kalau My ditempat dia, abang yakin My pun tetap akan kuat macam My yang sekarang. Tak apa. Nanti kita bantu Ikhwan apa yang patut. Semoga bantuan kita ni boleh ringankan kurangkan kesedihan dihati Ikhwan.
Kita niatkan supaya pahala tu sampai pada mama ayah My. Sampai pada papa abang jugak. Jangan lupa doa banyak-banyak, semoga kita semua boleh berkumpul dengan mereka lagi dekat sana" Pujuk Ryzal lagi.
Mungkin disebabkan pembawakan anak kali ini, Myra jadi terlalu sensitif begini.
"Terima kasih abang, dah jaga My gantikan tempat mama dan ayah. My akan selama-lamanya terhutang budi dengan, mak, abah dan abang" Ucap Myra.
"Tak ada istilah terhutang budi sayang. Kita kan suami isteri. Satu keluarga. I'm honored, dapat jaga My baik-baik. Penuhi semua keperluan My. Terima kasih sebab bertahan dengan abang dalam semua keadaan.
Abang janji, bila boleh balik Terengganu, kita balik ziarah kubur mama, ayah dan papa sekali. Ya? My jangan sedih lagi ya. Tak bagus untuk My dan baby"
Myra mengangguk sahaja. Terima kasih suami, walaupun tengah mengantuk sangat dah, sempat lagi luangkan masa mendengar apa yang isteri hendak luahkan. Ini pun adalah sesuatu yang perlu disyukuri, bukan?
{Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?}
(Ar-Rahmaan 55:13)
Enjoy reading! :) Love, N
Share this novel