Selesai sahaja anak-anak bercakap dengan daddy, Myra terus suruh mereka masuk tidur. Dia sendiri masuk ke bilik mereka untuk bercakap dengan Ryzal.
"Macam mana abang first day kuarantin?" Tanya Myra melalui video call mereka.
Tadi pagi, hari Isnin, 5 April, Ryzal dah bertolak ke Singapura.
"Okey je, but boring and I miss you already. Ada 6 hari lagi ni kena berkurung sebelum jumpa mummy" Ryzal buat muka sedih.
Myra tergelak lagi. Sebab dia pun dah mula rindukan suami.
"I miss you too abang. Malam ni My peluk SpongeBob kuning lah gayanya, sebab SpongeBob putih My nun jauh diseberang tambak!"
Ryzal buat muka sedih lagi.
"Abang peluk bantal jelah. Tapi nasib baik abang sempat seludup baju My pakai malam tadi" Ryzal tunjukkan baju Myra yang ada ditangannya.
"Eeeeiiii, mana boleh abang seludup baju My macam ni" Bebel Myra, patutlah tak nampak masa nak cuci baju tadi.
"Eh, My boleh je seludup baju abang dulu-dulu bawak pergi hostel. Baju favorite abang pulak tu" Usik Ryzal lagi.
Bukan dia tak tahu Myra pernah seludup baju balik ke hostel selepas mereka berselisih faham apabila Ryzal terjumpa pil perancang dalam beg Myra.
Kecewanya ketika itu tak mampu diungkap dengan kata-kata. Dengan umurnya yang sudah hampir 35 tahun ketika itu, tentunya dia nakkan zuriat secepat mungkin.
Tapi ada kejutan yang mereka terima. Walaupun awalnya penerimaan Myra tidak begitu baik, tapi pandai sahaja Ryzal memujuk Myra menerima. Hasilnya, lepas tu dapat kembar pula! Fuh, semput!
"Yang tu lain, yang tu sebab suami yang boikot My dulu, lancarkan perang dingin. Sampai tak nak bercakap, tidur pun jauh-jauh. Mana tak sedih. Orang nak tidur bilik bawah tak bagi pulak" Bebel Myra.
"Haip, suami isteri ni gaduh macam mana pun, tak boleh tidur asing. Kalau tidur asing nanti berpanjangan gaduh. Lepas tu, dimasa akan datang, mudah pulak nak gaduh lagi" Terang Ryzal.
"Faham, tapi My tak nak lah abang cakap My terhegeh nak tidur sebelah abang jugak gaduh-gaduh. Sebab tu My turun bawah. Pandai pulak abang cari My" Myra sengih mengejek.
"Eh biarlah terhegeh pun. Bukan orang lain. Suami sendiri. Semua benda dah kongsi, tiba-tiba malu pulak nak pujuk suami sendiri. Apalah My, kedekut betul nak pujuk abang masa tu.
Tahu tak, gaduh-gaduh lah elok tidur sama-sama. Mana tahu malam-malam boleh ter berbaik, ter dapat pahala jihad. Haaaa, kan mudah. Isteri sebenarnya lagi mudah nak pujuk suami. Hahaha" Faham sangat maksud suami tu.
"Yalah, abang menang. Sebab My memang tak boleh abang tak ada kat sebelah. Rinduuuuu!"
Ryzal tergelak lagi.
"Heyyy, jangan senyum macam tu. Nanti abang rindu. My tidurlah dulu. Esok My kena bangun extra awal sebab nak siapkan sarapan dengan bekal anak-anak, nak kena hantar anak. Abang nak siapkan kerja sikit.
Tadi pagi okey tak hantar anak?" Tanya Ryzal.
Dia bergerak lebih awal dengan Grab untuk menaiki bas ke Singapura. Tak nak naik flight sebab kalau naik flight dia tak dapat buat kerja dan memantau pelajarnya dalam kelas secara dalam talian.
"Okey je. My pergi ikut masa yang abang selalu hantar. Kereta tak banyak dah masa tu. Cepat je My drop dorang lepas tu terus balik.
Anak-anak cakap rasa pelik daddy tak hantar, sebab kalau daddy hantar daddy tak pesan banyak macam mummy.
Mummy suka pesan banyak kali, jangan buka mask, jangan lupa cuci tangan dengan sabun, jangan dekat dengan kawan-kawan, jangan kongsi, jangan lupa hand sanitizer" Myra tergelak lagi.
Rasa rindu seakan merenggut tangkai hati. Sebab sejak tiada mama, dunia Myra hanya pada keluarga Jannah, terutamanya dengan suaminya, Ryzal.
"Selalu daddy pesan, kena ingat pesan mummy masa kat rumah sebelum pergi sekolah. Hahaha. Mudah. My, kita stop here okay. Drive carefully. Ingat yang abang sentiasa sayang My. I love you. Assalamualaikum"
"I love you too abang. Stay safe. Waalaikumussalam"
Skrin bertukar gelap seketika sebelum kembali memaparkan gambar mereka sekeluarga pada hari raya yang lepas. Lampu bilik ditutup sebelum baju suami yang dipakai malam tadi dipeluk erat.
1 day down, 20 more days to go!
Sambut Ramadan dalam keadaan PJJ bersama suami tahun ni.
Enjoy reading! :) Love, N
Share this novel