Bab 11. Forgive Me

Romance Series 205490

Ryzal menarik nafas panjang sebelum melangkah masuk ke bilik wad yang menempatkan Madam Lam bermula dari awal dia jatuh sakit dan terlantar.

"Wo de airen" Jerit Madam Lam teruja.
(Suami kesayangan saya)

Ryzal menggeleng kepalanya.

"Lao gong" Panggil Madam Lam
(Sayang)

"Mummy, saya bukan papa. Saya tahu mummy sedar. Mummy ingat siapa saya sebenarnya, kan? Hentikanlah semua ni mummy" Balas Ryzal lembut.

Madam Lam terkedu. Ryzal sudah tahu? Tak mungkin, tekaan Ryzal sahaja, kan?

"Lao gong, weisheme?" Tanya Madam Lam.
(Sayang, kenapa?)

"Mummy, ni Chun Seong. Ryzal. Mummy janganlah main-main macam ni. Saya dah nak balik Malaysia. Kat sana pun ada orang yang perlu saya jaga mummy" Ryzal berkeras, dia tahu mummy faham.

Madam Lam terdiam. Setitis air mata yang mengalir dia lap pantas.

"Kenapa you tak nak duduk dengan mummy? You cakap you dah boleh terima mummy, dah maafkan mummy?" Tanya Madam Lam.

"Mummy, saya dah kahwin. Ada isteri yang saya kena jaga. Ada anak-anak. Ada mak abah yang dah tua jugak. Mummy kat sini ada adik-beradik, ada anak-anak lain. Mereka boleh jaga mummy" Ucap Ryzal.

"Tapi mummy nak you" Madam Lam sudah mula menangis.

"Mummy, saya akan datang bila dah boleh mula rentas negara. Saya akan bawak isteri dan anak-anak, macam sebelum ni. But for now, saya kena balik. Nak jumpa keluarga saya. Lagi pun, My tu tengah mengandung mummy.

Kesian kalau dia kena urus semua hal rumah dan anak-anak, nak jaga mak abah lagi. Mummy..... " Seru Ryzal.

"Jujurnya, saya tak mampu maafkan mummy kalau saya ikutkan hati saya. Tapi, Myra tak pernah jemu pujuk saya terima mummy, maafkan mummy. Tapi setakat itu sahajalah.

Saya terima mummy. Tapi, saya tak boleh tinggalkan mereka untuk tinggal dengan mummy. Saya kenal mereka dulu. Saya sayang mereka mummy. They're my everything. Mummy consider jugak ya kebaikan My dekat mummy selama ni" Panjang Ryzal berhujah.

"Tapi Ryzal, lepas you dah tahu ni, mesti you dah benci mummy semula"

"Mummy, saya orang Islam. Dalam Islam tu, kedudukan seorang ibu adalah 3 kali ganda lagi tinggi dari kedudukan seorang ayah.

Kami diseru dan disuruh untuk memuliakan dan menghormati ibu walaupun berbeza agama. Saya hormat mummy, bila hormat, automatik ada rasa sayang tu mummy.

Saya tak mungkin benci kan mummy walaupun saya pernah rasa marah teramat sangat dekat mummy. Sebab mummy yang lahirkan saya, tanpa mummy dan arwah papa, saya takkan ada didunia ni.

Saya takkan ada abah, takkan ada mak, takkan ada adik-adik saya. Paling penting, saya takkan jumpa Myra dan ada anak-anak kami. Mummy jangan risau, apa yang mummy perlukan, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk tunaikan.

Kita boleh video call setiap hari kalau mummy rindukan saya. Tapi, kali ni, mummy bagi saya balik dulu, ya?" Tangan Madam Lam digenggam lembut dan kemudiannya diusap perlahan berkali-kali.

"Chun Seong, I'm so sorry" Madam Lam sudah teresak menangis, malu pun ya juga kerana helahnya sudah tertangkap oleh anakny sendiri.

"It's okay mummy. I'm sorry too" Ryzal tarik Madam Lam masuk ke pelukan dia.

"Don't worry too much mummy. I'll always be here if you need me. Forgive me mummy, but for now I need to go home for a while. Nanti saya datang lagi" Tulus, tanpa paksaan ayat itu keluar dari mulut Ryzal.

David, Lucy, Christine dan Kevin yang tidak jadi melangkah masuk hanya memasang telinga dari luar bilik. Mata masing-masing sudah basah berkaca.

Ryzal ternyata seorang abang yang hebat, tidak pernah mereka tahu mereka ada abang sehebat Ryzal walaupun berbeza agama, sehinggalah berlakunya kejadian 11 tahun yang lepas.

"If it was me that mummy left when I was a small boy, probably I would never be able to forgive her" Tutur David perlahan sambil mengelap air mata.

__________________________________

Dalam Grab semasa menuju ke Changi Airport, Ryzal teringat semula akan perbualannya bersama David yang berpagi-pagi lagi menghubunginya.

"Yes David?" Panggilan telefon dijawab cepat. Risau kalau ada apa-apa yang terjadi pada Madam Lam.

"I have something important to tell you"

David membuka bicara, dan mula memberitahu segala rencana mummy mereka. Diakhir perbualan itu, sempat David merayunya agar tidak marahkan Madam Lam dengan apa yang terjadi.

Ryzal tarik nafas panjang. Mummy, mummy! Kenapalah cetek sangat pemikiran mummy?

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience