Bab 35 : Gaduh

Romance Series 205490

"Abang, betul ke abang dah ambik? Sebab tak ada ni." Rengek Myra.

Awal-awal hari lagi tadi, mereka berdua keluar mencari barang keperluan rumah di Giant Batu Caves. Sekaligus, Myra mencari makanan yang diidamkannya setelah lama terkurung.

"Ya, abang ambik semua dah yang ada dekat kaunter lepas kita bayar tu. I'm sure tak ada yang tertinggal. Tapi itulah, bila cari ni tak ada pulak." Balas Ryzal.

"Abang, dah tu macam mana ni?" Tanya Myra.

Wajahnya sudah masam mencuka. Muncungnya pula sudah sedepa. Kali ini dia betul-betul kecewa. Sudah lah susah untuk mencarinya. Bila sudah dibeli, hilang entah kemana. Hampa!

"Tak ada rezeki lah tu hari ni. Kita beli yang lain, ya? Abang pergi cari lagi, tapi esok lah. Hari ni abang kena selesaikan kerja yang tertunda tu dulu. Kesian budak-budak tu semua dah tunggu." Pujuk Ryzal.

"Tak nak, My tak nak. My nak sekarang jugak." Entah kenapa angin nya hari ini serba tidak kena.

Dengan sikap Ryzal yang seperti acuh tidak acuh itu, lagilah membuatkan Myra naik angin. Kali pertama rasanya dia semarah ini dengan Ryzal.

"Esok sayang. Abang janji esok. Please, tadi pun dah habis kuih tu kan? Kena tunggu esok pulak." Pujuk Ryzal lagi.

"Abang memang tak sayang My. Dah lah, biar jelah. Tak payah beli. Esok ke lusa ke, tak payah beli." Myra melangkah laju masuk ke bilik tidur.

Ryzal menarik nafas panjang. Tiga pasang mata memerhatikan dirinya yang sedang melepaskan keluhan itu.

"Pergi mandi, lepas tu pergi mengaji dengan nenek." Arah Ryzal.

Berterabur semuanya berlari dan terus sahaja masuk ke bilik untuk bersiap seperti yang disuruh daddy. Kalau lambat, ada yang bakal merasa rotan dari daddy. Sesuatu yang perlu dielakkan demi kebahagiaan sejagat.

*****

"Marah lagi?" Tanya Ryzal.

Myra mendiamkan diri sahaja di dalam kereta itu dari awal mereka keluar dari perkarangan rumah. Dari semalam, perang dingin yang dilancarkan ini masih belum ada jalan penyelesaiannya. Lebih memburukkan keadaan, lori kuih semalam tiada pada hari ini. Kuih Kasidah Terengganu idaman Myra hanya tinggal kenangan.

"Tak payah buat-buat tanyalah. And don't touch me." Bisik Myra yang masih bengang.

Ryzal memandang cermin pandang belakang sekilas lalu. Raudhah dan Rania sudah melelapkan diri. Tinggal Rayyan yang masih terkebil-kebil memandang ke arah bumbung kereta.

"Abang mintak maaf."

"Tak payah. Bukan dapat kuih pun."

"Abang mintak maaf lagi."

"TAK NAK!" Walaupun berbisik, tetap kedengaran tegas.

"Abang..." Baru sahaja Ryzal mahu bersuara lagi, Rayyan sudah memotong percakapannya.

"Pelik lah orang dewasa ni. Ajar anak-anak cakap baik-baik, tapi mereka yang bila bergaduh tinggi-tinggi suara.

Kalau nak bergaduh, baik tak payah kahwin. Betul lah apa nenek cakap masa tengok drama tu. Pelik orang dewasa, ni. Masa tak kahwin, nak kahwin. Bila dah kahwin nak bergaduh-gaduh.

Ish ish ish, tak faham!" Omel Rayyan.

Ryzal dan Myra terdiam. Myra jeling sekilas, memandang Ryzal. Kali ini dia sudah membuat kesilapan yang besar pada Ryzal. Sehinggakan anak-anak sendiri asyik memerhatikan mereka yang mula bergaduh sejak semalam.

Ya Allah, betul lah apa yang Rayyan cakap. Selama ini dia cukup marah bila Rayyan membuat perkara yang nakal dan tidak begitu menghormati Raudhah dan Rania. Kali ini, dia sendiri yang menunjukkan contoh yang tidak baik.

Dia sudah marahkan Ryzal dihadapan anak-anak. Ya Allah, salah besar kau kali ni My!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience