Loved you then,
Love you still,
Always have,
And always will.
Ryzal buka matanya pagi itu pada satu senyuman manis dari isteri. Tarikh yang bermakna buat mereka. Dia juga turut tersenyum. Bahagia.
28 Mac 2021.
Genap 13 tahun mendirikan rumahtangga ini. Genap 13 tahun mengabadikan cinta pertama dengan 3 cahayamata yang dikurnia. Suatu hal yang dulunya tak pernah dijangka.
Tapi bila jodoh, siapa sangka, kan?
"Good morning abang" Bisik Myra.
Ryzal senyum lagi.
"Good morning indeed! I'm glad you're still here with me. I'm blessed, Alhamdulillah" Bisik Ryzal.
Myra dia peluk erat. Masing-masing leka melayan perasaan, sehinggalah.....
"Mummy, mummy, mummy dah bangun tak? Mummy Ayen tak jumpa kopiah Ayen"
Bergegar pintu bilik mereka diketuk Rayyan Fairus. Myra dan Ryzal masing-masing tengok jam. 6.05 pagi. Lama melayan perasaan tak sedar azan Subuh dah pun berlalu. Haih, daddy dengan mummy awak ni baru nak masuk mode romantik anak oiiii.
"Ya Allah, anak bongsu kita tu.... Tak ada masa lain ke dia nak ketuk pintu?" Ryzal raup muka dengan tangan kirinya.
Myra tergelak. Rayyan ikut perangai daddy. Suka bangun awal-awal pagi sangat. Dia yang jadi tukang kejut kakak-kakak yang lagi dua. Raudhah tahan lagi, Rania? Alahai, anak yang tu, apa pun jadi, confirm takkan bangun punya.
"My bangun tunjukkan kopiah Ayen kejap. Abang mandi dulu. My tengok anak-anak yang lain, dah bangun ke belum" Myra dah bangkit dari katil.
"Okey, nanti abang tunggu sayang kat luar dengan Ayen" Ryzal pun dah bangkit dari katil.
Myra angguk sahaja. Ryzal dah capai tuala masuk ke bilik air. Dah lambat dari biasa ni. Melayan peluk punya pasal!
Setiap kali anniversary macam ni, melainkan yang pertama dan kedua. Yang pertama tu sebab tak baik lagi, yang kedua tu Ryzal keluar dari rumah sebulan, selesaikan urusan berkait mummy nya.
"Mummy, daddy dah bangun ke?"
Tanya Rayyan sebaik sahaja mummy nya melangkah keluar dari bilik. Menuju ke bilik tidur Rayyan. Dia buka almari dan tunjukkan kopiah Rayyan. Anak lelaki sorang ni suka bersiap-siap, kacak-kacak walaupun tak kemana-mana.
"Dah, daddy tengah bersiap. Ayen tolong mummy bentang sejadah dekat ruang tamu dulu boleh? Mummy nak tengok kakak" Tutur Myra.
"Boleh mummy. Tadi Ayen dah ketuk pintu, tapi kakak cakap hmmmm je. Ayen tak tahu lah kakak dah bangun ke belum" Lapor Rayyan.
Biar dua kakaknya tu kena marah. Kadang confuse siapa anak sulung. Sebab Rayyan yang nampak macam abang bila dengan Raudhah dan Rania. Mungkin sebab beza umur mereka pun bukan betul-betul setahun. Muka dan ketinggian yang sepesen, macam kembar 3.
"Terima kasih Ayen, tolong mummy. Sayang Ayen banyak-banyak" Satu ciuman dihadiahkan dikepala anaknya itu.
Myra dah berjalan ke bilik anak perempuannya, Raudhah yang dikongsi bersama Rania. Pintu bilik diketuk berkali-kali namun tiada jawapan.
"Kakak, bangun, daddy dengan Ayen siap dah ni. Nak solat sama-sama" Panggil Myra.
"Okey mummy. Kakak tengah siap. Rania tak bangun lagi" Beritahu Raudhah.
Pintu bilik dibuka, membenarkan Myra masuk. Raudhah dah siap bertelekung. Lain halnya dengan Rania yang masih berbungkus dalam selimut.
"Kakak dah kejut, but Rania being Rania, dia tak nak bangun" Sambung Raudhah.
"Rania, bangun dulu sayang. Subuh dulu. Dah lewat ni" Myra tepuk lengan Rania 2 3 kali.
"Mummy, kalau Nia gosok gigi dengan basuh muka je boleh tak? Sejuk sangat lah mummy" Adu Rania disebalik selimut.
"Okey, tapi lepas tu kena mandi jugak. Nak pergi rumah nenek, nak sarapan sama-sama" Jawab Myra.
"Oh, Nia lupa. Okey okey, Nia mandi dulu sekejap. Mummy bagitahu daddy tunggu Nia" Laju Rania bangun.
"Iya, tapi jangan lama sangat. 6.15 dah ni. Daddy tak suka tunggu lama-lama" Myra pula bergegas keluar dari bilik anaknya terus masuk ke bilik dia sendiri untuk bersiap.
"Sorry, Rania being Rania, tak nak mandilah, sejuklah, ada sahaja alasannya" Beritahu Myra kerana sebaik masuk ke bilik, Ryzal sudah siap berpakaian lengkap.
"Tak apa, abang tunggu dekat luar" Faham sangat dah.
Rania lah yang paling liat. Kata Rayyan sebenarnya dia yang abang, Rania yang bongsu, tapi sebab sayangkan Rania, dia yang dah tolak Rania untuk keluar dulu masa Myra bersalinkan kembar 10 tahun lepas.
Sebab tu dia pulak yang lambat keluar, sebab tak ada yang nak tolong tolak dia dari dalam. Rayyan ni, ada-ada je idea dia nak buat orang tergelak.
Pernah sekali ada kawan-kawan dekat sekolah tanya, kenapa rupa dia macam anak Cina, ikut daddy, dan tak ada langsung rupa mummynya.
Jawab Rayyan, mummy dah tinggalkan pusat pada perutnya, tanda yang mereka pernah bersambung bersama, jadi dia ambik rupa daddy, supaya ada tanda kenang-kenangan dari daddy jugak.
Tergelak Jannah dengan jawapan Rayyan bila Rayyan galak bercerita bila dia kerumah Jannah setiap petang.
Panjang doa Ryzal pagi tu, lebih dari biasa. Memanjatkan kesyukuran untuk rumahtangga yang masih Allah izinkan bertapak kukuh didunia ni. Semoga mampu bertahan sehingga ke syurga.
"Happy anniversary mummy dan daddy. Semoga mummy dan daddy sentiasa bahagia didunia dan di akhirat. Kakak sayang mummy daddy banyak-banyak" Ucap Raudhah.
"Nia sayang mummy daddy jugak" Rania tak nak kalah.
Mereka berdua dah dihujani peluk cium dari anak-anak.
Tapi yang paling menyayat hati, ialah ucapan dari Rayyan.
"Happy anniversary mummy dan daddy. Ayen doakan mummy dan daddy sentiasa dalam lindungan Allah, semoga kita jumpa dekat syurga. Ayen sayang mummy daddy banyak-banyak.
Terima kasih mummy lahirkan Ayen, sampai kena bedah, terima kasih daddy, kerja kuat untuk besarkan Ayen dan kakak. Ayen sayang mummy daddy banyak-banyak"
Dia rangkul Myra dan Ryzal dua-dua masuk kedalam pelukannya.
Haih anak bujang mummy daddy, besar sangat dah ni. Perangai pun sebiji daddy. Kata Jannah, nak tengok Ryzal masa kecik, tengok lah Rayyan. Dengan penyayangnya. Dengan manjanya. Sama, sebiji, serupa. Copy paste.
"Thanks buddy! Daddy loves you too. Daddy sayang semua anak-anak daddy" Pipi dan dahi anak-anak, terutamanya Rayyan, dicium berkali-kali.
Bahagia!
Bonus sempena anniversary. Enjoy reading! ;) Love, N
Share this novel
♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️