Bab 19. Jiran Baru

Romance Series 205490

30 April 2021, Jumaat.

"Daddy, hari ni boleh tak Ayen nak berbuka makan nasi putih dengan Mayo Chicken Grill yang macam daddy selalu masak?" Masuk sahaja kedalam kereta, selepas Rayyan cium pipi Ryzal, itu yang dia suarakan dahulu.

"Boleh. Tapi Ayen kena tolong daddy kat dapur lah" Jawab Ryzal.

"Aye, aye captain!" Pengaruh mummy lah ni tengok SpongeBob dengan anak-anak, Ayen pun dah terikut!

"Daddy asyik masak ikut apa yang Ayen mintak je" Rungut Raudhah.

"Laaaaa, dah kenapa kakak tak cakap apa yang kakak nak makan?" Tanya Ryzal semula.

"Kakak tunggu daddy tanya. Kakak kan pemalu!" Balas Raudhah.

Ryzal dah tergelak. Raudhah dah pandai nak mengusik daddy dan adik-adik.

"Yelah, sekarang daddy tanya kakak, kakak nak makan apa untuk berbuka? Kalau bahan semua ada, daddy masakkan untuk kakak" Tutur Ryzal.

"Hmmmm, sama macam Ayen. Kakak dah lama rindu nak makan ayam tu, tapi dah daddy tak tanya, kakak tak cakaplah" Balas Raudhah.

Rayyan dah geleng kepala. Mengarut betul perangai kakaknya ini.

"Eh daddy, kita ada jiran baru lah" Rania bersuara sebaik tiba dirumah.

Kelihatan rumah sebelah kanan rumah mereka sedang sibuk dengan aktiviti mengangkat perabut dari lori ke dalam rumah.

"Okay, we'll say hi later. Sekarang masuk dulu. Daddy pun nak kena cepat ni. Nak pergi solat Jumaat pulak" Gesa Ryzal.

"Okey daddy!"

"Masuk terus mandi. Kakak tengok adik-adik. Basuh baju terus. Nanti sidai" Ryzal memberi arahan.

Raudhah hanya mengangguk sahaja. Sempat Ryzal pandang kearah rumah sebelah, melihat jiran sebelah. Ada lelaki sebaya abahnya mengangkat tangan kearah Ryzal. Ryzal membalas semula dengan mengangkat tangan kanannya.

*****

"Daddy, ada orang datang" Beritahu Rania ketika Ryzal dan Rayyan berada di dapur.

"Siapa Nia?" Tanya Ryzal sambil mencuci tangannya.

Tangan yang basah dia lap kan pada tuala dapur yang bersih.

"Nia tak tahu. Dia tanya ayah ada tak. Sebab tu Nia panggil daddy"

Ryzal terus keluar sahaja ke depan dengan apron masih di badan.

"Ya, cari siapa?" Tanya Ryzal pada seorang wanita yang sedang membelakanginya. Cepat sahaja wanita itu berpusing menghadap Ryzal.

"Cari abang lah. Saya Mila, jiran baru abang" Mila memperkenalkan diri.

Ryzal dah berdehem. Tak suka dengan situasi sekarang ini.

"Saya Ryzal, boleh panggil saya ENCIK RYZAL. Saya..." Belum sempat Ryzal habiskan ayatnya, Mila lebih pantas memotong percakapan Ryzal.

"Abang ni, duda anak 3 kan? Saya dah duduk sini seminggu sebelum pindah barang. Selalu nampak abang hantar ambik anak-anak dari sekolah. Kesian dorang tak ada mak. Abang tak rasa nak cari mak baru untuk dorang?" Tanya Mila.

Ryzal tersedak.

"Tak, saya bukan duda. Saya suami orang. Isteri saya tengah alahan teruk mengandung anak nombor 4" Jawab Ryzal bengang.

"Laaahhh yeke? Patutlah dia tak buat kerja rumah. Kesian abang, kena masak sendiri ya?" Balas Mila semula.

"Tak apalah, tak ada apa dah kot ni nak cakap. Awak boleh balik dulu" Arah Ryzal, tak suka dengan Mila yang kelihatan gedik semacam.

"Hmmm, yalah saya balik dulu. Lupa, ni air tangan saya. Manisan berbuka malam ni. Kalau abang ada rasa nak cari isteri nombor 2, boleh la berkenalan dengan saya dengan lebih rapat. Insya Allah, saya yang masih muda ni boleh tolong abang settlekan semua kerja rumah ni" Mila tersipu malu.

"Umur awak berapa?" Tanya Ryzal ketika Mila sudah mula melangkah.

"Hmmm 37. Tapi saya tak pernah kahwin lagi tau" Panjang pula jawapannya.

"Oh, muda lagi isteri saya. Baru 31 tahun" Balas Ryzal.

Berubah air muka Mila mendengar jawapan itu. Baru dia nak kutuk isteri Ryzal yang tak pernah dia nampak tu, sekali dia yang terkena! Ingatkan dah tua juga isteri Ryzal.

Ryzal tutup pintu utama rumah itu. Ada pulak dia dikatanya duda. Baru sahaja dia hendak melangkah ke dapur, kelihatan Myra tercegat di hadapan pintu bilik tidur mereka.

"Abang cakap dengan siapa?" Ada nada cemburu disitu.

"Tu haaa jiran sebelah tu. Jiran baru. Dia bagi apa entah ni untuk berbuka" Jawab Ryzal.

Myra tak puas hati. Sayup-sayup sahaja dia terdengar bunyi perempuan ketawa. Cepat sahaja dia ambil bekas dari tangan Ryzal dan terus dibuka. Hmmmm pengat pisang.

"Abang jangan makan ni. Abang tak boleh makan" Tegah Myra.

"Hah? Kenapa?" Tanya Ryzal kehairanan.

"Abang boleh makan pengat yang My masak je, atau mak, atau Kak Hana. Nanti kalau makan pengat ni, kang abang jatuh cinta dekat orang yang masak pengat ni pulak. My tak nak abang jadi macam tu" Jawab Myra.

Pecah tawa Ryzal. Hmmm perangai baru ni untuk pembawakan mengandung kali ni. Biasanya, Myra bukan jenis cemburu tak bertempat.

"Okey, okey, abang tak makan. Abang tunggu sayang abang sihat, masakkan pengat pisang tu, baru abang makan, okey?" Pujuk Ryzal.

Myra mengangguk, siap tunjuk ibu jari tanda bagus lagi. Kelakar pulak tengok reaksi Myra. Dari terbaring boleh terus bangun, cemburu punya pasal!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience