Bab 31 : Janji Daddy

Romance Series 205490

"Mummy, macam mana? Dah tahu ke adik boy ke girl?" Tanya Rayyan sebaik sahaja Ryzal dan Myra tiba dirumah selepas melakukan pemeriksaan kandungan sempena genap usia kandungannya 8 minggu.

"Hah, mana tahu lagi lah sayang. Kena tunggu adik besar lagi sikit lah baru tahu" Rambut Rayyan diusap perlahan.

"Lambat lagi ke?" Tanya Rayyan, perut mummy nya itu diusap perlahan.

"2 bulan lagi nanti tahu lah" Jawab Myra.

"Hmmmm, lambatnya. Tapi tak apalah. Daddy dah janji, kalau adik ni bukan boy, nanti mummy boleh mengandung lagi sampai dapat adik boy" Petah sahaja Rayyan membalas.

Erkkk! Myra pandang sahaja suaminya yang sudah tercengang memerhatikan mereka berdua. Pandainya berjanji dengan Rayyan. Kalau Rayyan tuntut betul-betul nanti, macam mana?

"I certainly did not say, or promise anything like that!" Ucap Ryzal pantas, membela dirinya apabila dirasakan pandangan isteri tajam menikam hingga ke hati.

Takut oooo. Isu sensitif ni. Ishh, ada sahaja ulah Rayyan ni. Dia yang pandai-pandai meminta, dia cakap daddy yang janji. Aduhai, jadi Hulk mummy ni nanti. Tak lain tak bukan, daddy lah yang kena bebel ni.

"Tak apa, kita cakap nanti. Kalau adik perempuan, mummy kena mengandung lagi sampai dapat adik boy ya Ayen?" Tanya Myra, berpura-pura bercakap dengan Rayyan.

Laju sahaja Rayyan mengangguk. Sangkanya mummy bersetuju dengan permintaannya.

"Yeayy, thank you mummy!" Barang yang ada ditangan mummy nya dibawa masuk ke dalam rumah.

"Abang tak cakap apa-apa. Demi Allah tak, Rayyan yang suruh abang janji, tapi abang tak cakap yes pun. Mana larat nak berjaga malam lagi" Ujar Ryzal lagi.

"Apaaaaaaa? My tak cakap apa-apa pun. My pandang je" Balas Myra.

"Tak payah cakap pun tak apa. Abang faham sangat dah cara My pandang tu. Tapi yang penting My kena tahu, abang tak janji apa-apa dengan Ayen. Dia yang cakap. Pastu assume abang setuju"

Myra tergelak.

"Tapi apa salahnya kalau abang setuju pun dengan idea Ayen. Meriah apa nanti rumah kita" Usik Myra.

Ryzal mendengus geram. Anak dengan mummy, sama sahaja perangainya. Suka sangat mengusik.

*****

"Abang" Panggil Myra.

"Hmmm" Gumam Ryzal yang mamai.

"Abang bangunlah, My tak boleh tidur" Rengek Myra.

"Kenapa?" Tanya Ryzal.

"Tak mengantuk"

"Apa yang abang boleh buat ni?" Tanya Ryzal yang sudah duduk menyandar pada katil.

"Cakap lah dengan My. Anything"

"Jom pergi dapur, kita minum sambil sembang" Ryzal memberi cadangan.

"Boleh"

"My, ingat tak buku-buku universiti yang My suruh abang dermakan tu?" Tanya Ryzal.

Myra yang sedang seronok makan biskut cicah susu panas yang dibancuh suaminya mengangkat wajahnya memandang Ryzal. Tidak lain tidak bukan, alasan dan sebab dia tidak boleh tidur hanyalah kerana dia lapar. Tapi, kenapa dengan buku tu?

"Kenapa dengan buku My tu?" Tanya Myra.

"Abang ada jumpa satu buku, warna hitam, terselit celah-celah buku itu. Diari My" Balas Ryzal.

Myra terberhenti tangannya. Buku hitam...? Matanya terkebil-kebil cuba mengingati semula buku hitam yang dimaksudkan. Buku mana. Diari? Seketika kemudian, mulutnya membulat, menyebut O tanpa suara.

"Ingat dah?" Tanya Ryzal.

Myra angguk.

"Abang baca ke?" Tanya Myra perlahan, perutnya tiba-tiba kenyang.

"I have to. Kalau tak buka, tak baca mana nak tahu buku tu penting ke tak. Terbuang lah nanti" Jawab Ryzal.

Myra mendiamkan diri. Terasa bagaikan tercekik biskut yang dimakan tadi. Jadi Ryzal dah baca ke semua luahan dia dalam tu?

"So abang dah baca ke semua yang ada dalam tu?" Tanya Myra perlahan.

"Ha ah. Nak cakap sekarang ke pasal apa yang My tulis dalam tu?" Tanya Ryzal.

Myra menggeleng.

"Errr, My dah mengantuk. Kita sambung cakap nanti lah. Eh?" Balas Myra.

"Okay. Up to you" Ryzal mengangkat bahunya.

Mereka berdua kembali ke bilik. Myra terus baring sahaja. SpongeBob diambil untuk menutup mukanya. Malu, suami jumpa diari merapu entah apa-apa itu.

"My..." Panggil Ryzal perlahan.

"Yes abang?"

"I love you" Ucap Ryzal tiba-tiba.

"I love you too abang, and I love you more" Balas Myra.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience