"Tak, My bukan sedih pasal tu. My sedih sebab 15hb hari tu abang tak tanya My"
Myra lihat sekeliling ruang tamu. Setelah dapat dipastikan yang Rayyan juga sudah ke rumah Jannah, cepat dia keluarkan pregnancy test kit dan tunjuk kepada Ryzal. Dua jalur garisan merah jambu terang terlihat jelas.
"Ya Allah, Myyyyyyy....." Ryzal sudah menutup mukanya, terharu mendengar berita gembira dari isteri.
Biarlah kali ketiga dah pun, reaksi Ryzal tetap begitu. Dapat Myra lihat, Ryzal melakukan sujud syukur yang agak lama. Sebaik dia bangun, ada kesan airmata pada pipi Ryzal yang cepat-cepat di lap dengan tangannya.
"Ada rezeki kita lagi My" Tutur Ryzal, sebak.
"Alhamdulillah. My tak beritahu sesiapa lagi. Abang je tahu ni. Abang happy tak?" Tanya Myra.
"Takkan lah tak happy. Tapi abang harap baby tak ikut suara Raudhah. Boleh insaf abang kalau hari-hari Raudhah dan baby menjerit" Ryzal gelak dengan ayat dia sendiri.
Myra pun sama. Tu lah, dulu masa kecik meleset je dengan daddy. Ni daddy pulak yang serik nak dekat dengan Raudhah.
"Tak baik abang cakap macam tu pasal Raudhah. Nak buat macam mana kalau dah suara dia macam tu, dan adik dia yang dua tu pulak suka mengusik" Komen Myra.
"Ohh, yes, them too. Jangan nanti asyik usik baby dah lah. Jenuh daddy kena hantar dorang pergi kaunseling dengan nenek" Ucap Ryzal pula.
"Hahaha, tak lah, Raudhah dengan Rania jaga Camelia okay je. Rasanya boleh diharap dah tu" Balas Myra.
"I hope so. Thank you My, sebab sudi kandungkan zuriat abang lagi" Awww~sweet sangat ni Ryzal.
"Terima kasih jugak abang, sebab izinkan My mengandung lagi"
__________________________________
"Abang long bila balik My?" Tanya Jannah sewaktu Myra sedang mengemas dapur dirumah Jannah selepas berbuka puasa bersama.
Hajar dah mula membantu Myra mengerah anak-anak bersiap untuk solat Maghrib berjemaah. Rayhana pula berbuka dirumah mentuanya hari ini.
"Esok mak. Tapi abang kena kuarantin dulu seminggu. Minggu depan boleh jumpa, insya Allah" Jawab Myra.
"Abang long dah tahu ke?" Tanya Jannah.
"Tahu apa mak?" Myra mengerut dahi, tak faham apa yang Jannah cuba sampaikan.
"Tuuuuuuuu kat dalam tu" Jawab Jannah sambil berbisik.
Myra sudah tersipu malu. Mak ni hebat betul. Kalah ahli nujum.
"Mana mak tahu?" Awal-awal macam ni pun mak dah tahu.
"Tadi masa Hajar tumis bawang, My dah berair mata tahan muntah. Mana pernah My macam tu selama ni" Jawab Jannah perlahan.
"Bagus betul mata mak. Ha ah abang dah tahu. Tapi My tak beritahu anak-anak lagi. Tunggu abang balik, nak cakap sama-sama" Myra ikut sama memperlahankan suara.
"Alhamdulillah, baguslah macam tu, jangan melasak sangat. Dah lama tak mengandung ni, mesti perasaan macam mengandung sulung semula" Usik Jannah.
"Tu lah, My pun berdebar. Entah macam mana lah. Sebab dah lupa perasaan mengandung dulu-dulu macam mana. Lama sangat dah cuti ni" Pecah tawa Jannah bergabung dengan gelak Myra.
"Tunggu anak-anak tahu, mesti gembira semuanya. Camelia tu hari-hari direbut Raudhah dengan Rania" Lapor Jannah.
"My harap dorang tak adalah buat apa-apa yang tak baik. Kang cedera anak Abang Rafiq, risau pulak jadinya" Jawab Myra risau.
"Tak adalah sampai bergaduh. Tapi dok buat giliran Raudhah riba berapa lama, Rania berapa lama. Bila Camelia tidur, dua-dua baring sebelah Camelia.
Firas dengan Dania pun tak ada nak sayang adik macam tu. Ni kalau ada adik ni, mak tak tahulah. Jangan tak nak pergi sekolah sudah" Cerita Jannah sambil tergelak apabila teringat telatah cucu-cucu.
Enjoy reading! :) Love, N
Share this novel