Jeana dijaga oleh seorang maid di rumah Nour. Dia dijaga dengan ketat termasuklah pemakanannya.
Nour bukanlah jahat sangat sebenarnya. Dia tidak mempunyai keluarga selain Jeana, anak tirinya itu. Sebelum berkahwin dengan ibu Jeana, dia merupakan anak yatim dan seorang yang genius. Yang jahatnya, dia suka jadikan Jeana bahan uji kaji yang belum tentu hasilnya. Bilalah dia mahu berubah.
Jeana mula mengalami alahan ibu mengandung. Rasa mual dan loya menyebabkan tubuhnya kelihatan kurus dan muka cengkung. Wajahnya sudah hilang seri dan tidak mahu senyum mahu pun ketawa. Dia mengalami depression akibat dikurung oleh Nour di rumahnya.
"Cari Felix dan bawa ke sini. Pastikan tiada yang tahu tentang hal ini" Kata Nour kepada orang suruhannya. Nour kasihan kepada Jeana. Setelah kematian isterinya, hak penjagaan Jeana jatuh kepadanya. Apa salahnya kalau berkorban sedikit demi kebahagiaan anak tirinya itu.
Penawar bagi mutasi rama-rama yang disuntik ke dalam tubuh Jeana menemui jalan buntu. Nour bertekad mahu mengakhiri segalanya termasuklah mencari formula baru untuk penawar vaksin virus rama-rama yang dihasilkannya.
"Little Jeana, makanlah sikit. Pak cik risau melihat keadaan kamu. Kenapa kamu masih berdegil? Ingat sikit tentang bayi yang dikandung oleh kamu tu" pesan Nour.
"Pak cik risaukan saya? Nonsense.. Unbelieveble. Biasanya pak cik tak bagi saya ambil keputusan sendiri. But now what? Pak cik kongkong saya! "
I hate you. Jangan dekati saya. Pak cik kejam. Muka tak malu. Dah jadikan saya bahan uji kaji and now what? You better die old bitch" tempik Jeana berang. Habis barang dalam rumah disepahkan.
Nour keluar dari rumah. Dia sedih sekali. Orang jahat pun ada perasaan sedih.. lawak tak lawak.
Dia pergi ke makmal dan membuat formula buat penyakit mutasi Jeana.
Dia akan cuba yang terbaik supaya Jeana memaafkannya.
Share this novel