Max dan Mallone terkejut melihat kemunculan Jeana dan Eva. Jeana sedang mendorong kerusi roda yang diduduki Elsa.
"Mallone, inilah nenek kamu" kata Jeana
Mallone hanya memandang tanpa mahu bercakap. Speechless seketika. Elsa adalah manusia biasa. Felix juga berubah menjadi manusia setelah Mallone dilahirkan. Jeana pula kekal dengan mutasi rama-rama. Jadi, Mallone adalah kombinasi genetik vampire dan rama-rama. Satu dalam seribu.
Elsa memandang Mallone dengan senyuman manis.
"Cucu nenek sudah besar. Come, nenek nak peluk" kata Elsa mesra. Tutur bicaranya lembut sambil tersenyum. Seolah menggamit Mallone untuk mendekati neneknya itu.
Elsa mencapai tangan Mallone dan menggenggamnya erat. Tubir matanya sudah bertakung air mata. Mallone terus memeluk neneknya erat. Jeana juga memeluk ibunya. Mereka berpelukan bertiga di ruang tamu.
Manakala, Max dan Eva hanya memerhati adengan jejak kasih itu. Terlalu menghayati sampai Eva tak sedar Max sudah berdiri di sisinya.
Eva menangis terharu melihat pertemuan itu. Max menghapus air mata yang menodai pipi cantik Eva dengan tangannya.
Eva tersedu-sedu.. Comelnya buah hati Max.
Max mendepangkan tangan. Acah mahu memeluk Eva.
Eva menampar dada Max sambil tersenyum malu. Malu tapi mahu.. Ahakks..
"What's going on here? " sapa Felix. Vincent mengekori dari belakang.
"Meet my mother" kata Jeana kepada Felix.
Felix memandang ibu mertuanya. Eh, macam kenal?
Professor Elsa??
"Hi prof" kata Felix.
"Sayang kenal ke? " tanya Jeana.
"Kenal.. sayang bekas pelajar ibu masa menuntut di universiti dulu" kata Felix.
"Apa khabar ibu? " tanya Felix. Dia memeluk Elsa sekejap.
"Ibu sihat. Macam nilah, duduk atas kerusi je. Ibu lumpuh separuh badan" kata Elsa.
"Tak apa.. kita cari inisiatif lain biar ibu sembuh dan dapat berjalan semula" kata Jeana mencelah.
"Terpulang pada kamu Jeana. Sekarang ni, ibu mahu jumpa dengan Nour. Apa khabar dia sekarang agaknya? " kata Elsa.
Nour dan Elsa dulu adalah rakan sama universiti. Nour sudah lama sukakan Elsa namun Elsa hanya menganggap Nour sebagai sahabat baik.
Elsa bercinta dengan Maverik iaitu sahabat karib Nour. Nour hanya pasrah melihat crushnya bercinta depan mata. Rasa sakit hatinya dipendam jauh di lubuk hati.
Elsa dan Maverik selamat mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jeana.
Nour yang patah hati membawa diri.
Setelah sekian lama, Nour kembali berhubung dengan Maverik. Tak terduga, Maverik terlibat nahas kereta dan meninggal. Dia sempat menitipkan pesan buat sahabatnya, Nour supaya melindungi Elsa dan anaknya, Jeana.
Nour bergegas ke hospital yang menempatkan Maverik
Kelihatan, Elsa meraung kesedihan melihat mayat suaminya yang berbalut kain putih.
Nour memeluk Elsa untuk menenangkannya.
Urusan pengebumian Maverik berjalan lancar.
Elsa menyerahkan sepucuk surat kepada Nour.
"Ini surat dari arwah Maverik buat kamu" kata Elsa.
Nour membuka surat itu lalu membacanya.
Ke hadapan Nour Sahabatku,
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya saya ada buat silap kepada kamu Nour. Maafkan juga kerana telah merampas Elsa daripadamu. Saya tahu jika selama ini kamu mencintai Elsa dalam diam. Bodohnya, saya pura-pura tak tahu tentang hal ini. Saya ingat dengan menjadikan Elsa hak milik saya, saya akan bahagia. Namun, saya tak pernah bahagia Nour. Elsa ternyata mencintai kamu. Saya hanya dijadikan sebagai alasan supaya kamu cemburu dan langsung menyatakan rasa cinta pada Elsa. Tapi kamu pula buat tak tahu. Saya kahwin dengan Elsa pun kamu tak halang. Sakitnya hati saya. Sampai begitu sekali kamu pentingkan diri sendiri..
Jika surat ini sudah sampai ke tangan kamu, tandanya, saya sudah menyerahkan balik cinta hati kamu. Nikahi Elsa kerana kamu lebih berhak kepadanya. Saya titipkan Jeana buat kamu. Jagalah permata hati saya baik-baik dan berbahagialah..
Salam sayang, sahabatmu.
Maverik.
Nour menangis membaca surat itu.
Dia menikahi Elsa tak lama selepas itu. Namun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Hal ini kerana mereka terbatas dengan kesibukan sehingga tiada masa. Jeana pula selalu dihantar ke rumah abang Elsa iaitu Vincent.
Share this novel