Kumpulan mafia yang diketuai oleh Felix kecoh apabila puak pemerintah menangkap ketua mereka, Felix. Max selaku orang kanan Felix terpaksa mengambil alih tugas Felix sementara.
Baby Mallone tidak diserahkan kepada Nour sebaliknya dia dilindungi oleh kumpulan mafia The Cleo pimpinan Felix. Nasiblah, semua anak buahnya setia belaka.
Max tidak percaya pada Nour. Lihat saja Jeana yang menjadi bahan uji kajinya. Mana tahu si baby jadi bahan uji kaji.
Percaya pada naluri si Max..
Aset Felix dalam kumpulan The Cleo tidak terkira. Aset Datuk Paque kepada Felix hanyalah rumah agam dan Syarikat VM Holdings serta saham di beberapa buah cawangan lain.
Harta peninggalan arwah ibu bapa Felix juga banyak. Jadi, kalau Darline ambik pun, tak luak sebenarnya kekayaan Felix.
Buat apa harta banyak kalau tak buat sara anak kan? Max gunakan peluang ni untuk balas jasa Felix terhadapnya. Berapa sangatlah harga susu baby Mallone. Dia siap bagi gaji lumayan kepada maid yang mengasuh baby Mallone. Tak apa, boleh claim Felix.. hahaha
Max tinggal di mansion Felix yang diyakini selamat dari Puak Pemerintah. Hari berganti, Mallone membesar dengan cepat dan sangat bijak. Dalam usia dua tahun, dia boleh selesaikan 1 +1 = 2. . Dia juga petah berbicara. Mewarisi kekacakan ayahnya si Felix, Mallone sangat kacak. Rambut perang yang diwarisi dari ibunya Jeana pula menjadikan wajahnya perfect ten. Indah sungguh ciptaan Tuhan.
Mallone diberi pendidikan awal sejak umur 4 tahun dan diajar cara-cara mengendalikan pelbagai senjata mafia.
Mallone amat menyayangi orang tuanya. Max sering bercerita tentang Felix dan Jeana yang dikurung di ruangan bawah tanah oleh puak pemerintah vampire dan berazam akan membebaskan mereka kelak.
Pelbagai strategi diatur termasuklah menyamar sebagai pekerja di tempat kurungan bawah tanah yang menempatkan Felix dan Jeana.
Mallone adalah genetik half vampire dan half rama-rama. Dua-dua kelebihan yang dimilikinya menjadikan dia senang bergerak sana sini.
Ada masanya, akan ke tempat ibu bapanya dikurung. Tapi, dia tidak menunjukkan diri kerana khuatir akan keselamatan ibu bapanya apabila dilihat pengawal.
****
Lain kisahnya di Pejabat Syarikat VM Holdings.
Darline memecat semua pekerja Felix dan membentuk kumpulan kerja yang baru.
Pekerja yang diberhentikan diberi pampasan supaya tutup mulut. Solomon sebagai PA dikekalkan kerana dia mengetahui semua selok-belok syarikat dan Puan Adda juga kekal sebagai setiausaha. Josh dilantik menjadi CEO VM Holdings yang baru.
Josh kesal melihat sikap bapanya yang tamak. Harta mereka, makan 7 keturunan pun tak luak lagi mahu berebut harta Felix. Kesian sepupunya itu yang dianiaya oleh bapanya, Darline.
Diam-diam, dia mahu membantu Felix supaya bebas dari tawanan puak pemerintah.
Di luar pengetahuan Darline, Josh bergabung dengan Max. Shaun juga tidak ketinggalan. Sahabat sehati sejiwa dengan Josh rupanya si Shaun. Walaupun berlainan spesis, Josh dan Shaun tetap berkawan baik.
Mereka bergabung dan menuntut supaya Felix dan Jeana dibebaskan. Kalau tidak, mereka terpaksa isytiharkan perang. Sogok semua orang dan undi banyak.. eh, bukan demokrasi ya..
Tetapi, puak pemerintah bertegas takkan membebaskan Felix dan Jeana.
Maka, memerangi puak pemerintah adalah pilihan utama.
Apalagi, jom pergi perang..
Share this novel