Bab 7: You're dead meat

Vampire Completed 7641

" Kamu diterima kerja. Mulai besok boleh start kerja" kata Felix.

Jeana mengangguk macam burung belatuk. " Okay boss. Tak perlu tunggu orang contact Ke? Saya tidak ada kain yang sesuai" terang Jeana.
"At least bagi masa seminggu kepada saya untuk buat persediaan"

"Tak perlu. Awak pass interview tadi"
"Takkanlah secepat ini. Tak adillah buat calon interview yang lain" Kata Jeana.

"Saya dah pilih awak. So, no more objection. Meet you at usual place tonight" kata Felix.

"Pandai-pandai arah orang. huh, mister conquerer" kata Jeana perlahan. Bibirnya mencebik.. "Awak jangan nak mengata saya. Pergi. One week saya bagi awak buat persediaan. Siapkan mental dan fizikal. Pastikan ikut SOP" kata Felix lagi.

Jeana berlalu. "Thank you mister." ucapnya.

Malam itu, mereka berjumpa di tempat biasa iaitu taman bunga di tengah hutan.
Bulan mengambang penuh dan Felix sedang mencari mangsanya.
Dia berhasil menghisap darah seorang lelaki yang kebetulan sedang mabuk teruk.
"Teruk benar rasa darah orang yang minum alkohol" Gumam Felix. Kalau dia tidak minum darah, mukanya akan berubah sangat pucat seperti mayat. Entah sampai bila dia akan menjadi vampire. Melainkan kelahiran semula jika dia berjaya menemui cinta sejati.

Setelah itu, dia menghilang untuk berjumpa Jeana. Tak sabar mahu berjumpa buah hati.

Dari jauh dia melihat Jeana berlarian sambil menyanyi kecil. Rupanya lebih menyerlah di bawah sinaran bulan. Bak puteri turun kayangan saja. Dia memakai gaun labuh berwarna merah. Tampak menyeramkan namun masih kelihatan anggun.
"Hai Jeana" Sapa Felix.
"Owh, awak dah sampai Felix. Nak bincang apa malam ini? Esok saya takkan kemari lagi. Ada seorang yang ingin membunuh saya. Saya takut sangat"

"Siapa itu? Kenapa dia ingin membunuh awak? "Kata Felix.

"Nour!! Dia sangat berbahaya. Puak kami dalam bahaya. Saya terpaksa menyamar supaya dia tidak mengecam kehadiran saya dalam kalangan manusia."

"Puak? apa maksud awak dengan Puak?"
"Saya adalah mutasi rama-rama. Sebagai penghisap madu, saya sering ke taman bunga ini pada waktu malam. Nour adalah musuh kepada puak rama-rama. Nenek sihir yang mengubah saya sehingga bermutasi menjadi rama-rama pada waktu malam. Saya dijadikan bahan eksperimen gila Nour." terang Jeana.
Kalau dia tahu, you're dead meat Felix.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience