Selepas beberapa tahun berlalu..
Felix tetap sabar menunggu kepulangan Jeana. Dengan harapan agar penantian yang berhasil. Tak lupa juga Felix mencari keberadaan Jeana di seluruh pelusuk dunia. Malangnya, Jeana tidak diketahui keberadaannya.
Alexa dan Aleandra sudah menjangkau umur 12 tahun dan menjadi seorang kembaran yang berwajah serius, dingin dan seperti didikan Felix yang tegas.
Mallone sudah mendirikan rumah tangga bersama Melia selepas mereka berjaya menamatkan pengajian di universiti terkemuka di kota.Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Shalley.
****
Felix duduk termenung. Usahanya mencari Jeana menemui jalan buntu. Felix memilih untuk menjadi vampire semula. Ini kerana dia merasakan dirinya tidak sesuai menjadi manusia biasa. Jadi, selayaknya seperti vampire idaman kalbu, Felix tidak kelihatan tua walaupun hari berlalu. Awet muda gitu..
"Daddy, ada surat" kata Alexa pada ayahnya. Kasihan betul daddy yang hidup menjomblo.
"Surat apa Alex? " tanya Felix.
Alexa hanya mengangkat bahu tanda tak tahu.
Felix pun membuka envelop yang berisi sekeping surat. Sekeping kertas berlipat ditarik keluar.
"SILA DATANG KE ALAMAT INI" dan terdapat sebuah gambar bercetak yang menunjukkan sebuah tempat yang sangat cantik. Tempat itu sepertinya tempat yang dikenali.
Felix menitip pesan pada Alexa supaya menjaga Aleandra sementara dia ada urusan.
"Alex, ayah ada hal penting. Kamu duduk rumah dan jaga adik ok? Ayah pergi sebentar"Kata Felix.
Felix pun ghaib dari pandangan Alexa. Mesti korang tertanya macamana Felix dapat kuasanya semula dan jadi vampire balik. Of course ada prosedurnya.
Dia digigit vampire dan tak mati. Sebab tu jadi vampire. Mythical history macam ni agak diluar kotak sikit. Otak pun tak leh brain..
Felix menggunakan daya fikiran dan menjelma di tempat yang terdapat dalam gambar yang dikirim secara misteri.
Sebuah taman yang cantik dan dipenuhi bunga. Dan Felix teringat kalau itu adalah tempat pertemuan pertamanya bersama Jeana.
Angin meniup lembut menghasilkan desiran bunga yang kembang mekar. Haruman yang tak asing bagi Felix menusuk deria rasa. Haruman Jeana.
Jeana muncul berkaki ayam tanpa alas kaki. dengan senyuman manisnya.
Felix terpana. Tua-tua pun masih tangkap cintun.Rasanya seperti ada rama-rama berterbangan di perutnya.
Wajah Jeana tak banyak berubah. Hanya rambutnya yang kelihatan berwarna kebiruan. Mungkin dia buat hair colour kot.
"Do you miss me dear? " kata Jeana.
"I miss you so bad" balas Felix. Jeana menerpa masuk ke dalam dakapan Felix.
"Kenapa awak berbau sangat ni? " kata Jeana tiba-tiba.
"Saya belum mandi" kata Felix tersengih.
"Tak, bukan itu maksud saya. Awak jadi vampire lagi? " kata Jeana ingin tahu.
"Yup"
"but how? "
"It's a long story"
"Tell me" kata Jeana.
"Follow me home and i tell you" kata Felix.
Felix kembali memeluk Jeana. Kerinduannya berakhir.
Perlahan dia dekatkan mukanya pada Jeana. Bibir Jeana dicium lembut dan Jeana membalasnya. Hampir kehilangan nafas, Jeana menolak wajah Felix.
"Wow, such a good kisser" kata Jeana.
"Of course.. Kalau dilanjutkan ehem-ehem di sini pun, saya boleh je" kata Felix gatal.
"Lah, ya ke? kalau macam tu, tunjukkan kehebatan awak" kata Jeana mencabar. Jujur, dia rindukan sentuhan dan belaian dari Felix.
Felix yang pantang dicabar pun memulakan aksinya. Faham-fahamlah..
Keadaan kembali menjadi normal. Jeana dan Felix tengah sibuk berasmara. Mereka saling melengkapi satu sama lain. Dan berakhir dengan penuh keringat dan kepuasan.
cinta bertaut kembali. Jika kita percaya, tiada yang mustahil. Yakinlah dengan harapan..
Share this novel