Jeana mencelikkan mata. Dia mengeliat membetulkan urat saraf yang terasa lenguh. "Eh, kat mana nie? " Katanya. Iris matanya yang berwarna hijau melilau memandang sekeliling bilik yang kemas. Memorinya berputar mengingati apa yang berlaku. Sudah tengah hari. Tepat pukul 12 tgh hari namun bilik tersebut sangat suram. Agaknya matahari tak bersinar atau mendung fikirnya. Dia menyelak langsir dan memang matahari sudah terpacak atas bumbung.
Jeana terfikir ke manakah Felix pergi..Seperti pencuri, dia menyelinap keluar dari bilik. Namun malang sekali, Felix sudah terpacak di depan pintu. Menyandar dengan sebelah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Stylo habis. Jeana menelan air liur.. bukan terpesona tapi tertangkap semasa cubaan melarikan diri.
"Err.. boss, tumpang lalu jap" katanya sambil tersenyum manis. Haraplah dapat terlepas namun ternyata sia-sia. Felix masih merenung Jeana tajam.. seperti sakitnya luar dalam menusuk jantung ku, terasa terhenti..ha, kira gitulah renungan si Felix.
"Sweetheart, kau nak lari ke mana? Teman sayang pergi makan boleh? Sayang tahu sweerheart lapar. Nanti baby dalam perut pun lapar" kata Felix.
"Ish.. apa awak ni? bersayang bersweetheart bagai. Lagipun saya tak mengandung. Macam mana pula ada baby" kata Jeana dengan muka masam. Kalah masam buah asam Tok Adi.
"Relax lah.. Jangan nak emo. Kita pergi makan lepas tu kita gi kahwin ok? Tak mahu la marah-marah" Kata Felix selama badak.
Ditariknya tangan Jeana ke arah restoran berdekatan. Dengan sebal Jeana melangkah sambil mulutnya menyumpah dalam hati.
"Selamat datang Boss dan isteri. Nak makan Apa? " tanya waitress yang mengambil pesanan.
"Saya mahu makan hati berulamkan jantung satu mangkuk dan air mata Segelas" kata Jeana. Waitress itu terbahak.. " Maaf puan, menu tiada dalam senarai" kata waitress. Felix merenung Jeana tajam. Tahu Jeana sedang memerlinya.
"Bagi yang biasa. Favourite saya " katanya senada.. Bagi isteri saya nasi sup dan buah-buahan"
" pandai awak je"
Share this novel