Sejak dari hari pertemuan mereka di taman bunga, Felix selalu bermimpikan Jeana. Rindunya untuk melihat senyuman yang menghiasi mimpi tidurnya. Adakah si kacak sedang angaukan Jeana?
Pagi itu, Felix dan Max mengadakan interview untuk mencari pegawai pemasaran yang baru. Ini kerana pekerja yang lama sudah bersara. Tetapi mereka memilih yang muda belia. Beri peluang kepada generasi muda untuk menimba pengalaman.
Tok tok tok..
"Masuk" arah suara dari dalam bilik interview.
Masuklah seorang gadis bercermin mata bulat, rambut ditocang dua. Dia memakai blouse lengan panjang dipadankan dengan mafela di lehernya. Bibirnya dicalit sedikit lip balm dan solekan sederhana.
Resume dihulurkan kepada mereka yang ingin menemu duganya.
"Please tell us something about yourself" Kata Max. Max adalah driver Felix. Namun, kadang dia lari dari skop kerjanya atas arahan Felix sendiri..
"Hi, my name is Henna Jeana. I am 20 years old and finish my degree in business managing one month ago"
"Apa jaminan kamu kalau kami mengambil kamu as employee di masa akan datang? "
"Saya akan work hard untuk menaikkan imej syarikat ini asalkan kamu beri kepercayaan kepada saya".
Manakala, Felix terpana. Muka Henna Jeana memang seiras seperti Jeana yang pernah ditemuinya. Bezanya, gadis itu memakai spectacles bulat. Nampak macam budak nerd.
" Okay. if you pass we contact your number. Good luck miss" kata Max.
Jeana segera keluar. Tak sangka dia terjumpa Felix. Tajam renungan Felix masih berlegar-legar di kepalanya.
" Wait miss. Do i know you?" kata Felix
.
Share this novel