Bab 55 ( Final chapter)

Vampire Completed 7641

Hari berlalu dengan penuh meriah dan kegembiraan. Rumah agam Felix kedengaran gegak gempita dengan teriakan, tangisan dan tak kurang juga bunyi muzik yang bergema rancak.

Masa hujung minggu dihabiskan dengan berkumpul beramai-ramai. Mallone juga membawa keluarga kecilnya bertandang ke rumah ayahnya. Mereka bersantai danI mengadakan parti bbq.

Felix dan Jeana duduk berdua memerhati suasana di hadapan mata.

Perlahan, Felix mencapai tangan Jeana dan menciumnya lembut. Pandangan penuh cinta dilemparkan pada Jeana.

"I Love you my pretty butterfly wife"bisiknya romantis.

"I love you too mr. Vampire.. " kata Jeana lembut. Pandangan mata mereka bersatu. Seakan irama cinta sedang bergema dalam hati.

Mereka dari dua alam berbeza dan yes, kekurangan mereka adalah kelebihan mereka. Mereka saling melengkapi antara satu sama lain dengan jalinan cinta yang tak berpenghujung.

Jeana menyandarkan kepalanya di dada Felix. Mereka menikmati hujung minggu bersama keluarga. Mereka bergurau senda dan saling ketawa..

"Hi..." sapa Eva.

Eva mendekati mereka bersama Max. Max melemparkan senyuman mengejek pada Felix. Atau tepatnya bergurau.

Eva duduk di bangku kayu yang terletak di laman rumah Felix. Melihat itu, Max segera duduk dan menyuruh Eva duduk di ribanya. Amboi kau Max..
"Bila due? " tanya Jeana. Kelihatan perut Eva sudah memboyot. Percaya atau tidak, itu adalah kandungan kali ke lima. Maksudnya, Eva dan Max sudah mempunyai 4 cahaya mata dan yang kelima masih on the way.

"Em, sebulan dari sekarang. 36 weeks already" Kata Eva.

Felix dan Max pula hanya berbual kosong.

"Ehem, nampaknya sistem reproduktive kau masih elok. Tiap tahun kau buat isteri mengandung" kata Felix.

"Paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih" jawab Max.

"See the leg la" kata Felix.

"Betul la.. Bagitahu tips sikit macamana nak dapat anak ramai macam kau. Sekali keluar lapan orang" tanya Max.

"Itu rahsia kelambu aku. Kau tak payah tahu" kata Felix.

"Kedekut" kutuk Max.

"Aku dengar anak sulung kau dah masuk sekolah menengah"kata Felix.

"Ha 'ah, asal tanya? "

"Tak de.. saja tanya.. dia dah ada boifren tak? "

"Mana aku tahu. Tak tanya lagi. Kenapa?"tanya Max.

"Saja. Nak booking jodoh buat Alexa" kata Felix.

"Tak boleh.. dia budak lagi" kata Max.

"Kedekut" kata Felix.

"Samalah.. kau pun kedekut. Tak mahu kongsi rahsia"

"Kau nak tahu juga ke? "

"Eh, mestilah"

"Kalau aku bagitahu, kau mesti jadi besan aku"

"okay"kata Max menganguk mantap.

Felix pun berbisik pada Max.
Tak lama, wajah Max berubah merah. Entah malu atau marah. Atau lebih tepatnya geram.

"Arghh, kau tipu" jeritnya.

Nak tahu apa yang dibisik Felix tadi?

Felix kata...

"Saiz tak penting, yang penting skill"

Ha, ambik kau Max. Nak tahu sangat kan..

Mereka pun menjalani aktiviti riadah bersama.

***Tamat***

Akhirnya tamat juga cite ni.. thank you pada yang sudi baca walaupun novel ni takde cover.. Semoga jumpa lagi di lain novel..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience