Elsa kemudiaannya ditinggalkan di Pulau Rama-rama bersama Nour.
Jeana dan Felix pulang semula ke rumah mereka.
Pagi itu, Elsa bangun dari lena. Dia tersenyum melihat Nour yang terbaring di sebelahnya. Nampaknya, Nour masih kacak macam dulu. Sama seperti perasaannya yang tak berubah dari dulu lagi.
"Are you awake wife? " teguran Nour membuyarkan lamunan Elsa.
"Yes dear"
"Come, let me help you" kata Nour.
Nour bangun dan mengambil wheel chair Elsa. Elsa diangkat dan didudukkan di sana.
"Do you feel better now? Bagitahu saya kalau awak tak selesa ok? " kata Nour dengan nada lembut.
"I 'm ok. Don't worry" kata Elsa.
Nour mengangguk faham.
Mereka membersihkan diri dan Nour menguruskan Elsa.
Setelah itu, mereka pergi ke meja makan untuk sarapan. Di sana, Shaun telah selesai menghidang sarapan ringkas. White coffee dituangkan ke dalam mug.
Dia tersengih mengusik Nour.
"Selamat pagi pengantin baru. Ada apa-apa berlaku semalam ke? "kata Shaun kepada majikannya itu.
"Jangan mengarut boleh? " kata Nour. Sejujurnya, dia berasa bahagia. Orang yang disangka sudah meninggal ternyata masih hidup
Dia diberi peluang untuk menghabiskan usia bersama orang yang dicintai, itu sudah cukup memadai baginya.
"Kamu tu yang bila mahu kahwin. Paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih"kata Elsa memerli Shaun.
Shaun memegang dadanya. Bisa betul kata-kata Elsa sampai dia sesak nafas.. Deep gitu.
"Eh, saya bukan tak laku tau. Tapi, bidadari saya belum turun dari kayangan" kata Shaun.
"Banyak kau punya bidadari. Tu, ada orang usha kau, buat-buat tak tahu"kata Nour.
"Ada calon ke? " buat-buat tanya si Shaun.
"Si Alice tu ha.. lama tunggu kamu lamar dia. Kamu buat tak tahu.. Nanti dikebas orang, melopong kamu" kata Nour.
Alice seorang perempuan yang bekerja di makmal rahsia Nour. Dia sudah lama ada hati dengan Shaun namun Shaun bolayan. Ya la, macam mana nak suka kalau pagi petang siang malam nak hadap wajah yang sama.. bosan tauk.
Nasiblah wajah Alice cantik dan body meletops gitu. Dia dan Shaun sudah lama berkawan. Sejak bayi lagi. Tunggu punya tunggu, si Shaun tu tak juga lamar dia jadi girlfren. Patah hati jugak si Alice jadinya. Takkan dia pula nak mula dulu. Malu la macam perigi cari timba.
"Jangan kenankan saya dengan dia. Tak taste"kata Shaun pada Nour.
"Aduh, kamu ni Shaun. Umur dah 40 tahun masih nak memilih. Takkan nak kawin dengan bayi yang masih merah kakinya. Tak peduli, kalau kamu tak kahwin hujung tahun ni, saya carikan calon suami Alice. Lagipun, saya nak kenalkan dia pada seseorang nanti. Buat jadi teman lelaki Alice. Dah kamu tak mahu, nak buat macam mana" kata Nour mengangkat sebelah keningnya.
"Ah, tak boleh. Jangan kata boifren, budak pun tak mahu dekat dengan dia. "Kata Shaun.
"Kamu yakin sangat. Nanti jangan melopong. Calonnya tampan dari kamu. Lagi bodynya sado macam bang Jago.. Bersainglah kalau nak. Jangan kempunan sudah" kata Shaun.
"Sudah la tu. Sarapan dulu"kata Elsa.
Nour dan Elsa menuju ke makmal. Hari ni mereka akan mencuba formula gabungan penemuan Nour dan Elsa untuk menyembuhkan mutasi rama-rama. Semoga semuanya dapat berakhir.
Seorang perempuan yang mengalami mutasi dijadikan sebagai bahan uji kaji. Dia disuntik dengan Vaksin penawar dan dibiarkan selama 2jam sebelum mengimbas keberkesanan vaksin.
Tiba-tiba, perempuan itu pengsan selepas disuntik. Mereka panik seketika. Nampaknya, vaksin mula bertindak balas dengan virus.
Mereka menunggu sehingga perempuan itu sedar.
Share this novel