Bab 20: Rancangan Nour

Vampire Completed 7641

Seperti dirancang oleh Nour, Felix dan Jeana kembali ke rumah Nour setelah Jeana mendapatkan tandatangan idola itu.

Cemberut muka Felix. Mana tak kad ucapan yang ditulis ' Smile Always and love you' serta tandatangan sekali. Biarlah dia beralah dengan ego. Kali nie jangan harap dia nak lepaskan orang yang berani-berani nak love you dengan bininya.

Perkahwinan Jeana dan Felix diadakan secara tertutup. Pak Cik Darline dan saudaranya yang lain turut dijemput.
Nak tak nak, Shaun harus bersemuka dengan Josh.
Dengan muka simpati khusus buat Si Josh Shaun meminta maaf setulus hati kerana hal yang sebelum ini.

" Josh, aku nak minta maaf sebab pergunakan kau hari tu. Kau maafkan aku ek? " kata Shaun.

"Kau ni masih berani tunjuk muka dekat sini. Kenapa kau berani buat masalah tanpa berbincang dengan aku. Aku malu tahu tak. Ada kawan pembelot macam kau ni. Eh dahlah.. baik kau blah sebelum aku tumbuk muka kau" kata Josh dalam dilema. Dia memang sayangkan Shaun sebagai sahabat namun tindakan Shaun memang tak boleh dimaafkan.

Shaun masih tunjuk muka simpati. Ingat cute ke buat macam tu. Nyampah ada la.. Tak mahu blah sudahnya Josh melayangkan tumbukan padu dekat kepala Shaun. Biar bersambung sikit wayar di otak Shaun.

Kasihan Shaun. Dah la tak sembuh dibelasah Felix. Sekarang pula kena tumbuk Josh.. Apalah nasib badan.

Felix dan Jeana selamat dikahwinkan. Walaupun persiapan ala kadar namun tetamu yang hadir berpuas hati.

Apa pula rancangan Nour kali nie? Betulkah dia sudah bertaubat atau masih buat jahat?

Nour menghadiahkan rumah untuk didiami Jeana lengkap dengan perabotnya sekali. Kawasan lapang di halaman rumah dibiarkan kosong supaya ada tempat menanam pelbagai jenis bungaan.

Untuk malam pertama mereka sebagai pengantin, Jeana dan Felix masing-masing tidur keletihan selepas perkahwinan ekspress mereka. Tak ape, masih ada malam-malam yang lain kan. Dapat ke mereka beradaptasi walaupun mereka berlainan spesis?

"Hish, apa nie? " kata Felix. Melopong melihat aksi bebas bininya tidur. Lasak sangat. Sudahlah katil banyak ditaburi bunga. Waktu tu, Jeana tak sedar meletakkan kakinya atas ribaan Felix yang sukakan posisi tidur duduk. Terasa berat kaki Jeana, Felix cuba alihkan tapi Jeana menelentangkan kaki tiba-tiba.. Muka handsome Felix disepaknya. "Hoi, bangunlah" sergah Felix geram.

Namun sia-sia kerana Jeana tidur mati. Tak padan dengan hamil, suka suki buat kuak rentang atas katil. Kalau terjatuh macam mana..

Sudahnya, Felix berjaga. Dia lapar sebenarnya. Nak cari mangsa apakah ada manusia biasa di pulau ini? Semuanya mutasi rama-rama belaka.

Felix pun menghendap keluar. Tak ada satu pun binatang kelihatan. Dia pun sampai ke reban ayam Nour. Habis dihisapnya semua darah ayam Nour sampai Felix hilang dahaga.

Pagi-pagi lagi, Felix dengar kekecohan. Rupanya Nour mengamuk pasal ayamnya semua mati. Mana nak cari stok daging lagi. Felix pura-pura tidur. Buat tak tahu je.. Siap berdengkur lagi. Diakan masih offday.. Cuti kahwin sebulan. tempat nak honeymoon pun tak fikir lagi.

Nanti-nantilah fikir.. nak tidur dulu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience