Rutin Felix seperti biasa. Pergi bekerja dan pulang ke rumah. Ulang dan ulang..
Tak terasa dua tahun sudah berlalu.
Alexa dan Aleandra juga kini berusia 2 tahun.
Jeana sudah menyiapkan diri untuk menerima vaksin rama-rama. Dengan harapan, hidupnya akan kembali seperti dahulu.
Nour dan Elsa sudah menunggu kedatangan Jeana. Jeana datang bersendirian tanpa ditemani Felix. Tetapi dia sudah memaklumkan pada Felix tentang perkara itu dan Felix hanya mengiakan sahaja.
"Welcome home Jeana" kata Elsa seraya memeluk Jeana. Elsa sudah semakin baik. Kini, dia sudah boleh berjalan dan tidak lagi bergantung pada kerusi roda.
"I miss you so much mom.. You look great and healthy" kata Jeana.
"Berkat siap yang jaga ibu" kata Elsa sambil melirik Nour.
Nour hanya mendiamkan diri. Jeana menghampirinya dan langsung memeluk Nour. Mungkin sudah tiba masanya untuk Jeana menerima Nour sebagai ahli keluarganya.
"Thank you papa" kata Jeana. Buat pertama kalinya selepas belasan tahun, Jeana menggelar Nour sebagai 'papa'. Nour rasa terharu. Belakang tubuh Jeana diusap. Dia memang sayangkan Jeana selama ini namun caranya salah kerana terlalu memaksa. Mereka bertiga berpelukan.
"So, are you ready? " tanya Elsa.
"A little bit nervous" kata Jeana.
"Just calm down. Relax you body first. Harap semuanya akan baik-baik saja" kata Nour.
Mereka pergi ke makmal. Di sana Jeana disuruh baring di atas katil sebelum disuntik vaksin.
Jeana menahan nafas apabila jar terasa sejuk mencecah kulitnya. Syringe yang berisi cecair berwarna biru laut kemudian ditekan perlahan di lengan kirinya.
"It's done" kata Elsa.
Jeana buka mata. Badannya terasa lain macam. Rasa ringan dan pandangannya kabur. Wajah ibunya juga kabur.
"Mom, kenapa penglihatan saya kabur? "
"Side effect sayang. Lama-lama penglihatan kamu akan normal. Baring dulu"kata Elsa.
Jeana pejam mata dan tertidur.
Elsa dan Nour berbincang sambil menunggu perubahan Jeana.
Selepas beberapa jam, Jeana sedar. Dia mendapati dirinya berada dalam sebuah bilik. Atau tepatnya, bilik bawah tanah.
Jeana melaung memanggil ibunya.
"Mommy! " jerit Jeana.
Elsa datang.
"kenapa aku di sini mommy? "tanyanya.
"Badan kamu menolak vaksin itu Jeana. Hasilnya lebih teruk. Kamu menjadi raksasa rama-rama.Kami terpaksa kurung kamu" kata Elsa.
Jeana menangis. Meraung dan menjerit. Emosinya terganggu. Dia memikirkan suami dan anak-anaknya di rumah.
Dan perubahan terjadi. Jeana berubah menjadi raksasa. Saiznya jauh lebih besar dari saiz asal. Pintu kurungannya pecah dan Jeana terpaksa keluar dengan susah payah.
Dia sampai di luar dan tanpa berlengah, Jeana terbang tinggi ke udara. Selamanya, dia takkan pernah menjejakkan kaki ke situ lagi.
Di rumah, Jeana mengurungkan diri. Badannya masih tak berubah ke bentuk asal. Jeana menangis teresak-esak.
Senja menjelang dan Felix pun pulang. Dia mencari kelibat isterinya. Anak kembarnya dilihat sedang dilayan oleh pengasuh.
Serata rumah dicari dan akhirnya dia menemui Jeana berada di stor. Alangkah terkejutnya Felix melihat keadaan Jeana. Saiz Jeana yang jauh lebih besar serta sayapnya yang terlangkup menutupi badan isterinya.
"Jangan dekat!" teriak Jeana.
Felix berhenti melangkah. Dia juga terkejut.
"I am monster now.. Leave me alone" kata Jeana lagi.
Felix tetap melangkah menghampiri Jeana. Dia memeluk Jeana walaupun dia kelihatan kerdil sekali.
"Jangan sedih sayang..Shu..shu.. Don't cry" kata Felix dengan nada memujuk.
"Saya tak boleh tinggal di sini lagi. Saya perlu pergi..Tempat ini sudah tidak sesuai dengan saya. " kata Jeana.
"kenapa cakap macam tu? Saya takkan benarkan awak tinggalkan saya. Kita akan hidup bersama sepanjang hayat" kata Felix.
"I have no choice dear. Hanya ini jalan penyelesaian"kata Jeana.
"How about me and our kids? They need you. And i need you more" rayu Felix.
"Awak tolong jagakan dorang untuk saya. Sampai masanya saya akan kembali untuk awak. Tetapi sekiranya saya tidak kembali, awak kena teruskan hidup awak dengan sebaik-baiknya. Dan, saya mohon agar awak jangan lupakan saya" kata Jeana dengan sendu.
"Awak akan kembali kan? " tanya Felix lagi.
"Tak pasti lagi. Awak jaga diri, jaga anak-anak dan ketahuilah, saya mencintai awak sepanjang hayat saya. Semoga kita bertemu lagi. Selamat jalan" kata Jeana. Dia memecahkan dinding stor dan terbang pergi meninggalkan Felix.
Felix pula hanya menangisi pemergian isterinya. Nampaknya dia terpaksa menjadi jomblo lagi.
"Selamat jalan. Semoga kita bertemu lagi darling" katanya sambil memandang kelibat Jeana yang sayup-sayup kelihatan terbang tinggi di ruang udara. Dia lambai tangan tanga bye-bye.
Muka Felix berubah kembali menjadi dingin. Sejak itu, dia sudah lupa untuk tersenyum dan mula menjadi ketua keluarga serupa diktator. Jiwanya amat terkesan dengan pememergian isterinya. Dia amat rindukan Jeana.
"
kadang cinta itu ada tempohnya..ia boleh memudar seiring waktu. Mencintai juga kadang tak mungkin memiliki..
Share this novel