Felix dan Jeana telah berpindah dari mansion. Mereka tinggal di sebuah rumah yang dibeli oleh Felix. Mansion hanyalah tempat untuk aktiviti mafia dan tak sesuai didiami selamanya.
Pagi itu, Felix bersenam di bilik gym. Semuanya kerana Jeana mempersoalkan postur tubuhnya yang kurus. Macam cicak kubin katanya. Peluk pun macam peluk tiang je.
Gym dibina di sebuah bilik khas yang terdapat di villa tersebut. Bermacam peralatan khas untuk work out disediakan.
Jeana juga turut serta ke gym menemani Felix. Dia melakukan senaman ringan sebelum berpindah ke punching bag. Felix pula terleka melihat Jeana yang berpeluh sakan. Amboi Felix, cuci mata nampak.. Jeana tetap nampak slim walaupun dikurung dulu. Dah lama tak bersenam, tulang temulang pun pegal jadinya.
Jeana melempar tuala ke arah Felix.
pap!!
Tepat kena sasaran. Felix terpinga bilamana tuala yang tersangkut di leher Jeana tepat kena wajahnya. Bau peluh pun wangi.. Angan-angan sudah sampai ke bulan. Mana taknya, Felix termenung jauh sambil lalit memandang isterinya work out.
"Your turn sayang" kata Jeana.
"What? "
" Angkat berat la.. biar bina otot. Ni tak, badan kurus macam ni, kena tiup angin, terbang nanti"kata Jeana.
Felix terbaring manakala Jeana meletakkan besi di palang. Senaman bagus untuk membina otot. Mula 5 kilo 30 kali angkat. Patah tulang jadinya nanti.
Jeana beralih ke tepi memerhati Felix. Aih, macam coach pun ada.
"Times up. Jom buat regangan" kata Felix dan mereka membuat regangan badan. Kemudian beransur dari bilik gym. selama dua jam Felix dan Jeana akan bersenam tiga kali seminggu.
Lama-lama, badan Felix pun sado semula. Dia begitu menjaga pemakanan begitu juga Jeana. Di usia 40 tahun, Felix tetap kelihatan kacak ditambah lagi badannya berketak-ketak dengan six pack.
Mallone pula jarang berada di rumah. Dia lebih suka mengekori Max ke mana sahaja. Jangan dia terlibat dengan kerja haram sudah. Max seolah-olah berperanan penting kerana dialah yang berada si sisi Mallone sejak bayi lagi sehingga besar panjang. Mallone juga lebih senang berkongsi masalah dengan Max.
Jeana sedang memasak dinner untuk mereka malam nanti. Masakannya memang tak pernah mengecewakan. Patutlah Felix makin berisi. Kalau tak kerja keras, memang gemuk Felix menyantap masakan Jeana. Biasalah, lepas makan, kena bakar kalori berlebihan. Nasib boleh maintain badan kat gym.
"Mallone, malam nanti pulang ke rumah. Kita makan malam bersama" pesan Jeana pada Mallone. Mallone yang baru nak keluar menghentikan langkah.
"Baiklah, pukul berapa mommy?"
"Around 8pm.. Nak pergi mana ni? " tanya Jeana.
" Nak pi lepak kat starbuck dengan uncle Max mommy. Dia text nak jumpa tadi"
"Ha, elok sangatlah.. Jangan lupa carikan jodoh buat uncle Max sekali"
"Kalau dah jodoh, takkan ke mana" kata Mallone.
"Kamu tu, jangan merayau. Balik sebelum dinner. Ajak Uncle Max sekali" kata Jeana.
"Baik Mommy. Orang gerak dulu eh.. Jaga daddy elok-elok" Kata Mallone.
"Daddy kamu dah besar. Tau jaga diri. Kamu tu ha, jalan elok-elok"kata Jeana.
Mallone berlalu menuju ke keretanya. Deruman bunyi kereta terdengar sampai ke dalam rumah.
"Ish, budak ni, mesti dia modified ekzos kereta dia. Mengaum bunyi sampai sini. Memang nak kena piat telinga budak ni" ngomel Jeana sendirian. Dia menyiapkan apa yang patut supaya senang dimasak.
Felix pula ketika itu sedang membaca di mini library di dalam villa. Pelbagai genre buku terdapat di situ. Tak lupa juga Felix sedang memikirkan strategi untuk mengambil balik syarikat VM Holdings dari tangan pak cik Darline.
Baru-baru ini, syarikat besar itu hampir muflis dan akan dijual. Tengoklah, kalau tamak dan tiada pengalaman, semua akan merugikan. Felix harus bersemuka dengan Darline.
"Perhitungan kita belum selesai Darline" desis Felix.
"
Share this novel