Vincent membuat majlis pertunangan Max dan Eva. Felix juga membantu seboleh mungkin memandangkan Max adalah sahabat baiknya. Max adalah anak yatim piatu jadi Felix mewakili Max hantar rombongan merisik.
Semuanya berjalan lancar sehinggalah Jeana menyarungkan cincin pertunangan di jari Eva. Maka rasmilah Eva dan Max sebagai tunangan.
Max bekerja dengan Felix sebagai butler seperti biasa. Manakala Eva menjalani sesi persekolahan seperti biasa. Tiada yang berubah. Yang berubahnya adalah status Eva sebagai tunang Max.
Eva merahsiakan identitinya sebagai tunang Max. Rakan baiknya yang dikenali sebagai Dela sahaja yang mengetahui Eva sudah bertunang.
Pagi itu, Max menemui Eva pada hari minggu. Ini kerana mereka jarang bertemu dan hanya berhubung melalui telefon. Eva memahami kesibukan Max dan Max mengerti betapa sibuknya Eva membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM yang bakal menjelang.
Mereka berjumpa di sebuah Mall. Sambil bersiar-siar, Max akan memegang tangan Eva erat sehinggalah Eva rimas.
Eva menarik tangan. Max enggan lepaskan.
Takut sangat tunangnya lari.. hahaha..
Eva membeli barang, tak lupa Eva beli barang keperluan peribadinya. Eva buat muka selamba sambil meletak pad jenama kotex di dalam troli yang ditolak oleh Max. Sebagai seorang yang matang, Max hanya memandang. ' Nak malu buat apa la kan.. nanti-nanti jadi bini aku, boleh juga aku tolong belikan' kata hati Max.
Selesai buat pembayaran di kaunter, barang di troli diletakkan di di bonet kereta..
"Kita pergi library boleh? " tanya Eva.
"Boleh sayang.. Jom.. hari ni baby nak teman sayang sepanjang hari. You can count on me.. nak apa, bagitahu je.. Baby belanja sayang" Kata Max mesra.
"Wah, bestnya.. lepas tu kita pergi taman petang sikit. Sayang nak cari maklumat pasal pelajaran"kata Eva.
Max angguk. Mereka bertolak menuju ke perpustakaan besar negara. Eva memang seorang yang rajin belajar, jadi tak mustahil dia jadi murid harapan sekolah.
Eva tekun mencari buku manakala Max hanya membelek-belek bahagian novel. Tak sangka mat beku pun layan novel. Biasalah, dalam hati ada taman kan..
Beberapa jam selepas itu mereka pun keluar dari library.
Okey, next place is Taman Gardenia.. mereka berdua bersantai sambil menikmati angin petang.
Max hulur gula-gula HACKS.
"Nah.. Hanya aku cinta kau seorang" kata Max.
Eva sambut.
"Eh, satu je ke? Baby punya takde ke? " tanya Eva.
"Aah.. satu je.. nak ke? banyak lagi dalam plastik di bonet kereta" kata Max.
"Tak payahlah.. kita share" kata Eva.
Dia membuka plastik dan gigit gula-gula itu jadi dua. So sweet gitu.. "Nah, makan la"pelawa Eva.
Muka Max merona merah. Macam budak baru bercinta saja lagaknya.. malu pula kite.. Max gelar Eva sayang manakala Eva panggil Max baby.. atau lebih tepat, baby tua.. hahaha..
Share this novel